KISAH DUA AWEK CINA

Pagi ni aku pergi ke SSM untuk daftar syarikat aku sendiri. Heh heh. Aku dah ada syarikat woo! Nampak makin ghairah aku nak berniaga secara profesional ni. Dah lah kacak, berniaga pulak cara profesional, memang dipandang tinggi lah aku lepas ni. 

Masa kat sana, aku terpandang pada sorang awek cina ni. Hurm, ada satu yang buat aku Respect kat dia. Dia sibuk daftar syarikat dia dan nak Running bisnes dia sendiri tapi aku tak tau bisnes apa. Kenapa awek cina sorang ni buat aku Respect kat dia? Sebabnya tangan dia hanya ada sebelah je. Sebelah lagi kudung. Tapi tetap bersemangat nak Set up Company sendiri. Hurm. Itu memang memberi inspirasi kat aku untuk bersemangat macam dia walaupun dia tak sempurna. 

Lepas daftar Company, aku gerak pulak ke kedai biasa aku buat cop syarikat. Memang boleh katakan aku baik jugak dengan awek cina kedai ni. Bukanlah bermaksud aku mempunyai skandal liar dengan ahmoi tu, tapi aku memang peramah dengan dia. Dia pun ramah dengan aku. Sampaikan tadi dia bagi aku Free buat cop syarikat aku tu. Dia puji lagi yang aku ni rajin. Lepas tu dia sendiri cakap yang orang Melayu sekarang kuat kerja. Dia nampak perubahan tu. Aku sendiri tak nafikan sebab nampak bangsa aku ni makin kuat kerja sekarang. Walaupun tak semua, tapi nampak graf kebangkitan tu. Mungkin tekanan dari segi ekonomi agaknya. Dan mungkin juga zaman sekarang ni, orang melayu tak dididik dengan cara 'makan suap'. Terutama golongan bawah dan rendah ni.  Itu yang menjadikan orang Melayu sekarang pandai cari ruang dan peluang untuk mencari nafkah. 

Setel tempah, aku pun berlalu pergi dengan gaya yang paling kejam kacaknya. 

Dalam perjalanan balik, aku terngiang senario dua ahmoi yang aku jumpa tadi. Buat aku semakin bersemangat nak menjadikan impian aku sebagai realiti. Kena kuat kerja dan rajin. Kena jadikan awek cina pertama tu sebagai Role Model, dan awek cina kedua yang Support aku kaw-kaw tu sebagai batu loncatan untuk terus berjaya.  

Fikiran aku melayang-layang atas motor tadi. Nak sampai rumah dah, tiba-tiba aku tersentak. Motor aku hilang kawalan. Nasib baiklah ada dua tiga orang awek kat tepi jalan tadi. Disebabkan awek-awek tu lah aku bersungguh-sungguh kawal motor aku dengan sehabis baik sambil terus kontrol muka agar tak jadi buruk. Malu lah kalau jatuh motor depan awek. Tercalar maruah woo.  

Aku cari puncanya, rupanya Spoket aku dah haus. Rantai sampai terkeluar dari spoket dan tersangkut. Nasib baik tak jadi kat jalan yang sibuk. Kalau tak, kena sapu lah aku tadi. 

Bila kita baik dengan orang lain tak kira apa bangsa dia sekalipun, sebenarnya agak susah nak wujud istilah Racist ni. Yang penting kita hormat antara satu sama lain kan?



{ 11 comments.. read them below or add one }

I N A  A I N A A I N A A I N A A 26 January, 2015
Wow!! nasib tak jatuh.. kalau tak sian boni.. Apapun, hidup ni jangan terlampau memilih kaum.. Bergaul dengan semua orang.. kan kan kan hehehehe
Unknown Unknown 26 January, 2015
last2 tu kalau tak buat orang gelak tak boleh ye.??hahahahha
sohoque sohoque 26 January, 2015
Mmg brtambah kacak ar lu lps ni sbb ada company
Sya_Merpati Putih 88 Sya_Merpati Putih 88 27 January, 2015
semoga berjaya dlm business yg diceburi..
Tunsha Ayunie Tunsha Ayunie 27 January, 2015
All the best Boni...

Hurm... racist ni jadi kalau masing2 rasa bangsa diorang yang paling hebat.. hee
Unknown Unknown 27 January, 2015
Semoga berjaya encik boni yang kacak! lepas ni boleh jadi jutawan kacak petala 18 pulak..
Kstiawan Kstiawan 27 January, 2015
Heemmm.. gambarnya keren Bang. mirip bintang dunia..hehehe
Mummy MM Mummy MM 27 January, 2015
Hahah, bukan main lagi control hensem dekat budak pompuan erk.

Read my latest entry : Rutin Penjagaan Wajah Jazz Lover
yoorinmelacolea yoorinmelacolea 27 January, 2015
hahahha..sudah sudah laaa..kacak sangat pon nak ke mana?? hahahhaa..adooiiiii tergolek jantung baca entry ni
blogger bumi lasinrang blogger bumi lasinrang 28 January, 2015
semoga selalu diberi keselamatan Berkendara rakan boni
iha iha 02 February, 2015
Kagum dengan awek cina tu.. harap beliau perasaan akan kekacakan awak. Eh? hahaha..
Memang betul, kalau kita niat nak berbaik dengan semua orang, takkan ada istilah racist kan..
Btw, semoga syarikat berkembang maju ^^