KESAN BURUK AKIBAT TAK CUKUP TIDUR. ADOI!

Aku sekarang ni memang asyik tak cukup tidur. Mungkin terlalu penat. Selalunya purata aku tidur 4-5 jam sehari. Risau pulak aku. Bila tak cukup tidur ni, badan terasa lesu sangat. Kadang-kadang tu tengah bersembang pun aku boleh terlelap kejap. Pernah sekali aku tengah lompat melangkaui sebatang longkang besar, aku boleh terlelap. Nasib baik aku tersedar balik. Kalau tak, aku dah terterjun dalam longkang tu. 

Disebabkan aku dah mula risau dengan perubahan diri aku, aku cuba Google kesan-kesan buruk bila tak cukup tidur ni. Baru aku tau banyak yang buruk bila kita tak cukup tidur ni. Rupanya setiap peringkat umur ada masa-masa yang tertentu untuk tidur. 

1. Peringkat bayi. Masa yang amat cukup untuk dorang tidur antara purata 16-18 jam sehari. Seronokkan jadi baby ni. Sedap je tidur lama. Aku rasa dengki pulak sekarang.

2. Peringkat remaja dan budak sekolah menengah. Purata tidur yang diperlukan sekitar 9 jam. Aku rasa masa aku peringat remaja ni, tidur aku lebih 9 jam.

3. Peringkat tua kutuk macam aku ni pulak, purata masa yang diperlukan adalah 7 jam. Dan akan berkurang bila makin tua dan makin tua.

Ok, tengok pada jadual yang tertulis tu, memang aku punya tidur kurang. Aku buat-buat lah macam tak ada apa yang penting pun. Tapi bila aku teruskan pembacaan, aku terus jadi takut. Hahaha, Rupanya banyak kesan-kesan buruk bila tak cukup tidur ni.

Antaranya :-

1. Stress. Yang ni memang aku tak nafikan aku memang selalu stress. Kadang-kadang tengok semut panjat kasut aku pun aku dah stress. Sampai aku capai kapak untuk kapak semut tu. Tapi tak sampai hati.

2. Sistem Imun Lemah. Yang ni pun salah satu yang aku alami. Kalau dulu kaki aku terseliuh, kejap je baik. Sekarang ni sebulan pun susah nak baik.

3. Cepat tua. Patutlah Lately muka aku dah mula nampak tanda-tanda penuaan. Jenuh aku sapu Foundation tapi masih jugak nampak sikit tua. Kalau tak sebelum ni muka aku seakan-akan remaja kiut yang berumur 14 tahun.

4. Kencing manis. Rupanya bila tak cukup tidur ni, sistem insulin dalam badan terjejas. Ini menakutkan. Aku nak pakai lama lagi kaki aku ni. Tak nak aku kena potong.

5. Letih. Ok, ni aku akui memang terasa pada aku, Aku selalu sangat rasa letih dan lesu. Kalau sebelum ni, angkat benda berat selamber je. Lagi- lagi bila ada awek usyar aku. Tapi sekarang ni, nak angkat barang berat pun jadi lembik walau ada ahmoi seksi pakai Skirt pendek usyar aku. 

6. Hilang tumpuan. Memang tumpuan dan fokus aku terjejas. Aku susah nak tumpu pada satu-satu perkara. Otak aku tak boleh nak fokus. Kejap-kejap aku Lost. Kejap-kejap aku terasa berada di awang-awangan dan kadang-kadang jugak aku rasa aku ni sebenarnya adalah Ultraman.

7. Memori teruk. Hahaha. Yang ni aku memang alami. Aku susah nak ingat apa-apa. Kalau aku letak cermin mata kat atas meja, mesti aku akan cari dalam tong sampah sebab aku tak ingat. 

8. Tekanan Jiwa. Ok, Aku belum lagi ada menatang ni. Tapi hampir ada sebab aku akan selalu meroyan dalam hati kalau ada sesuatu benda yang aku tak boleh terima.

9. Jangka hayat pendek. Baiklah. Yang ni memang buat aku risau. Dah ler aku belum kahwin lagi. Ok, aku dah kena mula tidur cukup lepas ni. 

Jadi, jangan ambik mudah perkara ni. Sebenarnya walaupun ia nampak remeh macam buat aiskrim pasu, tapi kesan-kesan buruk dia teruk dan Disaster. Jadi, cukupkan tidur korang tau. 


ANTARA PENYAKIT YANG MUNCUL AKIBAT TAK CUKUP TIDUR, BERAPA LAMA MASA DIPERLUKAN ORANG DEWASA UNTUK TIDUR, KESAN-KESAN BURUK BILA TIDAK CUKUP TIDUR, BAHAYA TAK CUKUP TIDURAda sesiapa tahu macam mana nak mudahkan tidur malam. Aku susah betul nak lelapkan mata.

{ 16 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous 10 February, 2015
Nak terburai gigi Cik Yana membacanya.. Senang je nak mudah tidur. Buat susu panas lepas tu sebelum minum tu baca selawat dan niatkan dalam hati supaya senang tidur untuk aku beribadat pada esok hari.. Confirm lena.. Tapi jangan terbabas pulak waktu subuh... peace
mohdridzwan mohdridzwan 10 February, 2015
Patut baby ambe tido lame. Ingat dia memang letih ke hape ke.
Ambe memang senang tido..tapi senang juga bangun. Cuma tak pernah cukup 7 jam la kot (kalau ikut ranking umur ambe yg tua ni la...hehehe).
Buku Online Buku Online 10 February, 2015
satu info yang sangat menarik..saya jenis yang kurang tidur sekarang ini..
titan titan 10 February, 2015
yela. gua gi tdo la nih.

demm..
♥ Nana BamBam ♥ ♥ Nana BamBam ♥ 10 February, 2015
senang je nak cukup tidur..

off internet. jadi bile takde internet dalam masa sebulan...tidur anda akan lebih lena..

hekhek
Dayang Deno Dayang Deno 11 February, 2015
thanks for sharing boni. ermmm deno ni susah nak tido, nak buat macam mana eh.. ada tips tak.. dah macma zombi gayanya sebab x cukup tido.. tengok ni dekat kul 5am pun x tido2
AnonymousAnonymous 11 February, 2015
biar tak cukup makan jangan tak cukup tidur.
Hafiz Rahim Hafiz Rahim 11 February, 2015
Boni aku suggest ko baca buku sejarah kalau nk senang tido. Hahaha
I N A  A I N A A I N A A I N A A 11 February, 2015
Ena pun lately ni susah nk tidur. Otak berjalan je even badan dah penat
y i e n y i e n 11 February, 2015
nak tips senang tido? meh tlg jagakan anak2 kite, confirm pukul 9pm dah tido, kahkah~
✿Cik Cappuccino Latte ✿ ✿Cik Cappuccino Latte ✿ 11 February, 2015
yana pown susah jgk nk tido . . tmbh² bila blik kja mlm
Sani Sini Sana Sani Sini Sana 11 February, 2015
Biar betul..kena cukup tidur..lately memang selalu tidur lambat.. Kalau cover hari minggu boleh aci tak??
Unknown Unknown 14 February, 2015
info yang menarik..

Jom Blogwalking... pelbagai info menarik di sini tentang kesihatan dan kecantikan.

http://suppl3m3nt4u.blogspot.com/
Unknown Unknown 14 February, 2015
Pada ngomong apa tong :D
Ezad Skytech Ezad Skytech 17 February, 2015
kalau hari weekdays...memang aku tak nafikan yang memang aku tak cukup tidur...haha