PERGINYA ALMARHUM TUAN GURU NIK AZIZ 12 FEBRUARI 2015

Hari ni hilangnya seorang lagi Ulama yang sangat disanjungi iaitu Tuan Guru Nik Aziz. Pemergiannya cukup membuatkan ramai yang tersentak dan sedih. Tiada lagi akan kelihatan redup wajah dan senyuman manis beliau lepas ni. Begitu jugak ilmu-ilmu agama yang ada dalam dirinya. Begitu bertuah rasanya hamba-hamba Allah yang pernah dan juga sempat belajar ilmu-ilmu agama daripada Tuan Guru.

Almarhum Tuan Guru Nik Aziz meninggalkan kita semua pukul 9.40 malam tadi. Malam Jumaat penuh berkat. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman kepadaNYA. 

perginya seorang ulama yang disanjungi, Almarhum Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia

perginya seorang ulama yang disanjungi, Almarhum Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia



Orang ramai berpusu-pusu kat rumah Tuan Guru Nik Aziz di Pulau Melaka. Semoga segalanya berjalan lancar di sana. Kita yang di kejauhan ni boleh turut membuat bakti kepada Almarhum Tuan Guru Nik Aziz dengan memberi sedekah Al-Fatihah kepada beliau. Sama-sama lah kita mendoakan beliau agar ditempatkan di Syurga Firdausi.

Untuk makluman semua, jenazah Tuan Guru Nik Aziz akan disembahyangkan esok, 13 Februari jam 10 pagi kat Masjid Pulau Melaka. Dan harap aku agar semua masjid di seluruh negara juga akan mengambil beberapa minit untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.

perginya seorang ulama yang disanjungi, Almarhum Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia, Semakin berkurang ulama dan orang-orang baik menandakan yang semakin dekat kita dengan penghujung dunia. Hurm... aku harap aku akan menjadi lebih baik selepas ni.

2 comments.. read them below or add one

islam didadaku islam didadaku 13 February, 2015
rakan boni hendaklah kita selalu ingat akan kematian karena kita semua adalah penduduk kubur
Unknown Unknown 13 February, 2015
Innalillahi waiinailaihi rojiu'n...
Semua orang merasai pemergian Tuan Guru Nik Aziz.