Obses Melampau Adalah Salah Satu Bentuk Penyakit

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh dan selamat sejahtera semua.

Okay. Ada sihat ke semua? Semoga kita semuanya berada di dalam lindungan Allah S.W.T. Dan semoga dikeluarkan kita semua daripada segala kesusahan dan apa pun jua bentuk masalah.

Okay. Berbalik pada isu Obses.

Aku bercakap ni bukan pasal lagu Obses Akim n The Majistret. Kalau lagu obses ni dah lapok dah. Dah basi dah lagu ni. Tapi obses  ni adalah sikap dan sifat yang ada pada diri kita semua.

Obses bagi aku tak salah, tapi biarlah berpada. Kalau terlalu obses, dia akan jadi taksub.

Apa beza taksub dengan obses?

Beza dia macam Fattah Amin dengan aku. Aku kacak manakala Fattah Amin tak kacak langsung. Hahha. Okay. Kasar betul aku bergurau.

Ok. Obses ni masih kategori yang "Lite" tapi Taksub ni dah tahap "Over".

Kenapa aku cakap taksub ni Over? Sebenarnya bukan takat Over je tapi berbahaya.

Kenapa Berbahaya?

Bila dah taksub, kita akan Memuja seseorang atau sesuatu itu dan menerima segalanya tentang seseorang atau sesuatu itu secara membabi buta.

Contoh :-

Kita tetap memuja dan menggilai Batman walaupun dia ada melakukan kesalahan dan kesilapan. Walaupun terang-terang Batman buat salah tapi kita tetap mengatakan dia betul.

Ini yang bahaya ni. Penyakit obses yang melampau atau taksub. Sampaikan segala kesalahan dan kesilapan Batman tu kita anggap ianya satu pahala yang sangat suci dan murni.

OBSES MELAMPAU PADA POLITIK!

Ini yang jadi masalah pada masyarakat kita sekarang ni. SEDANG TERJADI!

Obses dan taksub pada politik. Sampaikan yang salah pun tetap dikatakan betul dan terus dipuja dan dilindungi. Ini lah salah satu bentuk penyakit dalam masyarakat kita.

Ini yang sepatutnya kita kena buang jauh-jauh dari dalam diri kita. Apa yang perlu kita buat sekarang , buang rasa taksub dan obses melampau pada satu-satu parti politik. Baik pada kerajaan mahupun pada pembangkang. Kalau benda tu betul kita kena sokong dan berjuang bersama-sama, tetapi kalau benda tu salah, kita yang kena jadi penegur dan penasihat. Baik pada pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Bukalah mata kita semua. Politik telah memecahbelahkan kita semua sebenarnya. Sebab tu aku cakap obses melampau dan taksub ni adalah salah satu bentuk penyakit yang boleh merosakkan masyarakat kita.

Aku tak pandai politik, aku suka tengok kartun Naruto, tapi aku sendiri boleh tau, obses melampau dan taksub pada mana-mana parti politik bakal mengundang masalah pada masyarakat kita. Apa masalah tu? Dah tentulah masalah perpecahan pada rakyat.

This Is What Happen Now!

Tengok. Jangan buat aku marah. Kalau aku marah aku Speaking. Bila aku Speaking, nanti korang tak faham. Bila korang tak faham, macam mana Point aku nak sampai. Bila Point aku tak sampai macam mana aku nak sedarkan korang. Bila aku tak dapat sedarkan korang, aku takkan mampu makan nasi sambil duduk bersila sebab jiwa aku tak tenang.

Okay. Setakat ni je. Jumpa lagi nanti ye semua. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Obses Melampau Adalah Salah Satu Bentuk Penyakit

1 comment... add one now

reezluv reezluv 17 October, 2017
lama gak tak nampak abam boni di layar internet..emm