Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Gombak Sangat-Sangat Selesa

Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Gombak Sangat-Sangat Selesa!

Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Gombak

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Aku doakan agar korang semua di dalam lindungan Yang Esa dan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya.

Ok, jom cerita pasal pejabat perkhidmatan haiwan Daerah Gombak. Hari ni aku berkesempatan untuk singgah kat sini untuk mendapatkan suntikan vaksin HPV untuk aku.  Eh.. bukan. Suntikan vaksin untuk kucing aku.

Sebelum-sebelum ni aku tak pernah terlintas untuk bawak si comel-si comel aku untuk dicucuk dengan vaksin. Sebelum ni aku tak pernah ke sini sebab aku selalu anggap klinik haiwan ni penuh dengan manusia-manusia yang membawa haiwan peliharaan ke sini untuk rawatan.

Tapi hari ni aku pergi jugak! Aku nak mencuba je. Lagipun dekat dengan rumah aku, Nothing To Lose kalau nak cuba pun. Hahaha. Babek. Macam tak kena je ayat tu.

Mula-mula sangkaan aku bila masuk je Parking je adalah keadaan dalam bangunan yang akan sama macam Hospital Besar Kuala Lumpur yang penuh dengan manusia. Tapi setelah jejak je ke dalam, Ok.... aku dah mula jatuh cinta dengan Environment kat dalam Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Gombak ni yang terletak kat Rawang. Betul-betul sangat berdekatan dengan Bandar Rawang.

Dalaman dia sangat-sangat selesa dan tenang. Tak ramai manusia kat dalam ni macam mana klinik-klinik kerajaan manusia. Agak pelik aku kenapa lengang sangat. Mula-mula aku ingat aku kena culik Puteri Bunian yang dah lama mendambakan aku. Tapi macam tak logik pulak. Jadi, aku kembali berfikiran seperti manusia yang waras.

Jom tengok keadaan-keadaan di dalam bangunan ni.

klinik haiwan kerajaan di rawang

hospital kerajaan haiwan di rawang

klinik veterinar kerajaan daerah gombak

pejabat perkhidmatan haiwan daerah gombak

Nampak? Selesa kan? Apa yang membuat keselesaan dia bertambah-tambah adalah dengan kehadiran satu entiti berwarna putih kekuningan di dinding. Ia bukannya pontianak tapi adalah setangkai Aircond. Ye! Ada Aircond. Ni yang buat aku rasa lepas ni aku tak ragu-ragu lagi untuk ke sini.

Lagi satu, ianya murah berbanding dengan klinik-klinik Veterinar swasta. Aku suntik vaksin tadi sekali dengan ubat cacing hanya dikenakan RM40. RM30 cas untuk ubat manakala RM10 untuk bayaran perkhidmatan staf. Murah kan!

Staf pun okay. Senyum je.

Next Month aku akan ke sini lagi untuk dapatkan suntikan vaksin kedua. Tak sabar pulak aku rasa nak duduk bawah Aircond. Hahaha.

Korang kalau nak bawak si comel korang ke sini, aku rekemen. Untuk suntikan Vaksin lah. Untuk penyakit-penyakit lain aku tak Sure sebab aku takde pengalaman lagi buat rawatan kat sini. Kalau ada, nanti aku cerita dalam blog aku.

Ok, ambik alamat ni. Simpan elok-elok. Dan sematkan ke dalam hati korang.

Veterinary CarePoint Of InterestEstablishment
Address:
Lot 4831, Greenpark, Selangor, Taman Sri Hijau, 48000 Rawang, Selangor, Malaysia
Coordinate: 3.3255399, 101.5786542 
Rating: 4.50 
Phone: +60 3-6091 9962 
www.dvssel.gov.my/ Gombak2.html

{ 10 comments.. read them below or add one }

Online Shopping Malaysia Online Shopping Malaysia 10 March, 2018
saya memang mencari veterinar awam ni , asyik pegi swasta je koyak poket , tq share.
Design Baju Kurung Terbaru Design Baju Kurung Terbaru 10 March, 2018
tq share. nak bawak si comel ni pi jugaklah :)
Saps Saps 03 April, 2018
Thank you sharing
Len Inouie Len Inouie 27 May, 2018
Saja datang nak melawat. Semoga baik sahaja hari encik kacak terkacak.
Abam Kie Abam Kie 09 August, 2018
dah x guna domain ke? kenapa x bayar harga domain tu?
aizamia3 aizamia3 21 December, 2018
Parking sini dulu.. #Vavava..
Unknown Unknown 11 November, 2019
Tq sbb konsi...sy pn mencari utk kucing sy..
Unknown Unknown 24 February, 2021
Brp cas utk mata(anak kucing)..sakit mata,berair,merah dan mata sebelah terkeluar..juga ada bersin..
Rashid Salim Rashid Salim 20 April, 2021
Lama tak singgah sini...
Unknown Unknown 20 January, 2022
tq, saya pun mencari doktor utk kucing..😀