1. MyCreative Ventures
MyCreative Ventures merupakan salah satu cabang pelaburan kerajaan untuk merangsang industri kreatif Malaysia melalui pembiayaan strategik dan inovatif dalam bentuk pelaburan ekuiti atau hutang. Ditubuhkan pada 20 APRIL 2012 di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965 oleh Menteri Kewangan Diperbadankan ('MOF (Inc)').
2. FashionValet
Ditubuhkan pada 2010 dengan tujuan membawa trend fesyen terkini. Merupakan butik fesyen Online pertama dan terhangat di Malaysia. Menawarkan pelbagai pakaian untuk wanita, beg tangan yang klasik dan bergaya. FashionValet terus berusaha membawa pelanggan-pelanggan mereka dengan nama-nama yang terkenal di Asia. Di samping itu, FashionValet menyediakan kemudahan dengan memberikan pengalaman membeli-belah denan wajah yang baru dan segar melalui satu pasukan perkhidmatan pelanggan yang berdedikasi.
Baiklah, di atas ni adalah dua nama besar yang bertanggungjawab memberi PELUANG kepada pereka-pereka fesyen dan juga penggemar-penggemar fesyen untuk MEMULAKAN ataupun MEMPERLUASKAN PERNIAGAAN. Hanya perlu membentangkan idea , kreativiti, dan aspirasi untuk menjalankan perniagaan dalam bidang fesyen. Mereka yang terpilih berdasarkan idea, kreativiti dan aspirasi yang Awesome layak untuk memohon pinjaman dari MyCreative sehingga rm2 juta. Dan paling menariknya, peluang ini tidak terbuka hanya kepada 2-3 orang sahaja. Kerana jika ada 10 orang yang mempamerkan kreativiti, idea dan aspirasi yang sangat Marvellous dan berkarisma tinggi, maka 10 orang itu juga layak menerima pinjaman sehingga rm2 juta ini jika terpilih.
Pereka Fesyen terkenal tanah air Bon Zainal turut berada di majlis tersebut. |
Sasi The Don turut berada di situ. |
Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative , Johan Ishak memberitahu bahawa pemohon mesti mengemukakan cadangan dan permohonan mereka pada 31 Mei 2013. Warganegara berumur 18 tahun layak untuk memohon untuk menyertai PELUANG ini, manakala calon-calon yang memohon juga mesti mempunyai MINAT di dalam industri fesyen.
Pemohon harus menghantar borang permohonan melalui emel ke fashionpitch@mycreative.com.my. Manakala borang permohonan boleh Di Download di laman web www.mycreative.com.my bersama-sama dengan kertas cadangan seperti yang dinyatakan. Calon yang TERSENARAI akan dipanggil untuk sesi pembentangan "Pitch Day" pada bulan JUN. Wakil-wakil dari FashionValet dan MyCreative akan bekerjasama dengan dua pereka fesyen terkenal Malaysia untuk bertindak sebagai panel semasa hari perbentangan tersebut. Ingat! Pemohon akan dinilai berdasarkan keunikan betapa Awesome nya idea itu.
Aku bersama Bon Zainal |