Hari Pertama Kerja Di Tahun 2014
Hari ni adalah hari pertama aku kerja selepas bercuti semalam. Letih Shooting satu video semalam bersama dengan blogger-blogger hebat , Bro Framestone, Azwan Anuar dan juga Yusuf Taiyob.. eh, silap.. Yusuf Rosli masih lagi dirasai. Penat tapi puas.Ok, hari ni bermulalah tugas aku sebagai insan sejagat yang mencari rezeki demi 30 suap nasi sehari. Pada tahun 2014 ni, aku memulakan kerja dengan menuju ke Pertama Complex. Sambil bekerja sambil menangkap gambar apa-apa yang patut.
Cuaca hari ni memang cantik. Awan pun cantik. Rasa macam nak sambar sekepul dua untuk dijadikan awan guling. Haha. |
Cubaan untuk TEST POWER kamera Ipad Mini ni. Cantik jugak hasilnya. |
Satu lagi cubaan seksi daripada kamera Ipad Mini aku ni. Dan, ada model lelaki sekali dalam gambar ni. Haha. |
JOM SAMA-SAMA AMINKAN DOA INI
*Ya Allah.. Kau berilah keampunan kepada kami Ya Allah. Ampunilah segala dosa dan kekhilafan yang kami pernah lakukan sebelum ini. Hanya padaMU kami memohon keampunan dan kemaafaan. Dengan sifat Maha PengampunMU itu, ampunilah dosa-dosa kami sebelum ini.
Ya Allah, Kau berkatilah hidup kami semua di tahun 2014 ini. Kau permudahkan hidup kami yang kian tersepit ini. Kami telah berusaha sebaik yang mungkin untuk memperbaiki kehidupan kami. Kau permudahkanlah segala urusan kami untuk menempuhi kehidupan yang serba mencabar ini. Kau berilah kejayaan kepada kami semua pada tahun ini dan tahun-tahun berikutnya. Hanya padaMU kami memohon pertolongan dan bantuan. Tiada yang lain selain daripadaMU yang Allah..
Ya Allah, Kau bantulah saudara-saudara kami yang sedang berjuang di jalanMU Ya Allah. Kau berilah kejayaan kepada saudara-saudara kami di Palestin, Syria, Bosnia dan seluruh dunia ini yang sedang ditindas oleh musuh-musuh Islam. Kau berikanlah kejayaan kepada mereka semua. Kau berikanlah kejayaan kepada mereka semua yang berjuang di jalanMU Ya Allah.. Kami benar-benar mengharapkan bantuan dan pertolongan daripadaMU Ya Allah.. AMIN....
Selamat bekerja boni! ^_^ Rindu lak kat Boni.. hahahahha