1 Jun 2016, bermakna hari ni lah ye dak? Hari ni berlangsungnya satu Operasi di beberapa kawasan kat Johor. Operasi ni satu operasi yang bagus pada pandangan mata aku, cuma dari segi perlaksanaannya tu aku tak berapa tau sebab aku tak dapat info.
Ok, sebelum tu aku nak terangkan dulu Operasi Pengasingan Sisa Di Punca ni apa dia. Operasi ni untuk memastikan setiap rumah mengikut arahan yang telah diberikan untuk membuang sampah. Yakni mengasingkan setiap sampah itu mengikut kategorinya. Kalau tak ikut arahan, DENDA menanti korang!!
Senang cite, tengok je gambar kat bawah ni. Senang sikit nak faham.
Hahaha. Dah macam jenayah berat pulak aku tengoknya ni. Ni mesti ketua depa suka tengok C.S.I ni. Hahaha. Sorry.. Gurau gurau.
Ok. Ni aku masuk bab serius pulak. Bagi aku apa yang dilakukan ni sangat-sangat bagus. Kenapa aku cakap mengasingkan sampah ni bagus? Sebab antaranya:-
- mengelakkan pembuangan sampah yg boleh dikitar semula
- mengurangkn jumlah sampah dihantar ke tapak pelupusan sampah
- memanjangkn life span tapak pelupusan sampah sedia ada
- jimat bajet gomen utk buat tapak pelupusan sampah baru
- 'Waste To Wealth', iaitu di mana jika dipraktikkan aktiviti pngasingan boleh dijadikan sebagai pendapatan sampingan
Aku setuju operasi yang dilakukan ni. Sebab BANYAK MANFAAT nya pada masyarakat. Cuma aku tak dapat INFO macam mana pulak dengan penyediaan tong sampah dan jugak plastik sampah tu?
Adakah tuan rumah kena sediakan sendiri? Jikalau kena sediakan sendiri, kesianlah kat tuan rumah. Bertambah lagi perbelanjaan lepas ni. Dah lah macam-macam nak kena bayar, kena tambah lagi belanja untuk beli plastik-plastik ni.
Pada pendapat aku insan yang kerdil tapi kacak ni, mungkin yang melaksanakan operasi ni boleh SUPPLY dan sediakan tong-tong sampah dan jugak plastik sampah pada tuan rumah. At Least meringankan sikit beban tuan-tuan rumah yang dah pun terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang ni.
Dan lagi satu, perlaksanaan operasi ni bagus. Jujur aku cakap. Menyedarkan orang ramai. Tapi adakah perlaksanaannya tu tersusun? Macam mana dengan yang mengangkut sampah pulak? Adakah depa asingkan atau campur je kat dalam lori? Kalau yang angkut sampah main campur je, apa relevannya operasi ni sampai keluarkan denda kat tuan-tuan rumah?
Tuan rumah kena denda sebab tak asingkan sampah, tapi bila dah asing pulak, pengangkut sampah tuang campur sekali dalam lori sampah. Tak ke sia-sia je buat operasi ni?
Mungkin ada seseorang daripada pihak berkenaan boleh jelaskan tentang operasi ni dan terangkan kebaikan malah apa yang sedang diusahakan di ruangan komen kat bawah ni. Dan boleh juga tambah info yang mana penulis tak masukkan dalam ni.
Ok. Jumpa nanti. Pada pembaca setia aku, maaf.. lama tak BERUPDATE. Sibuk memanjang kebelakangan ni. Apa-apapun, #SayangKeketat korang!
*Segala info dan gambar kredit pada SWCorp Kluang
wooooo...template thesis jugak..same la kiteee
Jom tgk kat sini..sape mamat ni Kenapa Tiada Warna Merah Jambu di Terengganu