Cerita Lawak : GENG FIGHTING

            " Bro,apa macam?Budak-budak dah ready bro!Bila mau on?",tanya Sood kepada aku.

     " Tunggu wa cakap ok.Tapi pastikan budak-budak betul-betul dah bersedia.Jangan jadi macam itu hari.Itu hari kita gagal disebabkan budak-budak kecut.Wa sudah cakap sama lu,bawak datang budak-budak yang kering.Yang tak tau apa itu takut!",arahku kepada Sood sambil menjeling tajam kepadanya.

     " Sorry bro.Itu hari wa salah bawak budak.Tapi ini kali,wa janji sama lu bro.Budak-budak ini kalu takkan kecewakan lu bro!",tegas Sood bersungguh-sungguh.

     " Ok,pesan pada dorang,bersiap sedia 100% dari segi fizikal dan mental.Aku tak nak terima kegagalan lagi!",tegasku kepada Sood.

     Selepas memberi arahan kepada Sood,aku terus menghidupkan enjin motorsikal dan terus meninggalkan tempat itu.Destinasi aku yang seterusnya adalah tempat yang bakal menyaksikan pertumpahan darah dan mungkin juga ramai yang terkorban bila tiba waktunya nanti.Lama aku termenung di atas motorsikal dan di dalam waktu yang sama,otak aku ligat memikirkan strategi yang ingin aku atur supaya tidak akan muncul lagi kegagalan dan kekalahan seperti yang aku alami sebelum ini.Dan ketika itu juga kejadian sebelum ini bermain di kepala aku.


(FLASHBACK)

     " Bro,macam mana ni bro?!Geng musuh terlalu ramai!Budak-budak kita ramai yang lari.Yang tinggal ni pun dah macam putus asa.Apa arahan bro?",tanya Sood kepada aku.

     " What the hek!Jangan mengalah Sood!Agi hidup agi gelaban!Kita teruskan perjuangan!Arah budak-budak terus bertahan dan bertempur!",arahku kepada Sood sambil menghayun sebatang kayu ke kepala musuh.

     " Baik bro!!Kita lawan!",teriak Sood sambil membuat tabik dan menitiskan air mata kerana terlalu bangga dengan aku.

     Pertempuran pada hari itu begitu sengit dan menakutkan sekali.Walaupun kami tidak ramai,tetapi kerana semangat berjuang dan melawan yang benar-benar tinggi,ramai di antara geng musuh yang cedera parah dan berundur.Tetapi secara tiba-tiba datang lagi segerombolan geng musuh menyerang kami.Entah daripada mana datangnya.Ketika itu jugalah aku melihat satu persatu budak-budak aku bertempiaran lari dalam keadaan kelam kabut dan tak senonoh.Ada yang berlari sehingga terlucut seluar,ada yang berlari terkengkang-kengkang kerana terpijak paku,dan berbagai-bagai lagi aksi-aksi dramatik yang terlalu ganas untuk ditonjolkan di dalam cerita ini. 


     " Bullsit!!Tak guna punya budak-budak!",jerit aku melepaskan kemarahan sambil melepaskan satu sepakan yang terlalu bertenaga dan bergaya ke arah perut musuh.


     Dengan serta merta Sood menarik tangan aku dan mengajak aku lari bersama.


     " Bro,kali ini kita berundur dulu bro!Wa tak nak bro teruskan pertempuran seorang diri.Tak apa bro!Kita akan repeat lagi bro!Wa janji sama lu,kita pasti akan repeat lagi.Wa takkan biarkan air muka lu jatuh bro!",Sood terus mengeluarkan kata-kata untuk meyakinkan aku.


     Walaupun ketika itu hati aku sangat-sangat membara dengan kemarahan yang membuak-buak,aku terpaksa akur dengan kata-kata Sood memandangkan geng musuh yang terlalu ramai.Dan secara sawannya kami berlari pecut sambil mendongak ke langit dan menjelirkan lidah sepanjang-panjangnya meninggalkan lokasi panas tersebut.


------------------------------------------------------------------


      " Sood,malam ni kita on!Kumpul budak-budak dan pastikan mereka memang fighter hati kering.Wa tak mau budak-budak macam itu hari!",arahku sambil menghembuskan asap sampah-sampah yang aku bakar sebentar tadi ke udara.


     " Jangan risau bro!Wa akan kumpul budak-budak tu dan tepat jam 10 malam kami akan sampai ke port kita!",tegas Sood bersungguh-sungguh ibarat seorang 'salesman' sedang menjual produknya.


------------------------------------------------------------------


     Tepat seperti yang dijanjikan,Sood tiba ke port(sebuah restoran mamak yang terletak berdekatan Hospital Selayang)sambil diiringi segerombolan lelaki yang agak bengis dan sasa.Suasana ketika itu amat menggerunkan orang ramai yang menyaksikan kehadiran Sood dan konco-konconya.As usual,aku tetap tenang dan kacak sambil menjeling ke arah mereka.Dan ketika itu juga,secara tiba-tiba angin bertiup agak kencang menerbangkan daun-daun kering,plastik-plastik sampah,beberapa ekor tikus,seekor kucing dan seekor buaya,lantas mencantikkan lagi babak kehadiran mereka di situ.


     " Bro,inilah budak-budak kita bro!!",jelas Sood kepada aku.


     " Jangan hampakan wa lagi Sood.Wa harap budak-budak yang lu bawa kali ini mampu menjelmakan kemenangan kepada geng kita!",tegas aku kepada Sood sambil mengumpil-ngumpil biji mata aku sendiri untuk memastikan ia sentiasa di dalam mod jegil dan garang.


     " Sudah tentu bro!!Kali ini wa betul-betul pasti!",ujar Sood penuh keyakinan.


     Selepas itu,aku mengambil masa untuk bersuai kenal dengan kesemua fighter yang dibawa oleh Sood.



 
BONI(KETUA)


SOOD (ORANG KANAN)






BIAWAK 
PAKAR STRATEGI                                                                                        


MAN
PAKAR PENGESAN







KINEN 
PAKAR SENJATA  









PAJIE
PAKAR PERTEMPURAN JARAK JAUH        









CEK YOEP
PAKAR PERTEMPURAN JARAK DEKAT    









IJOY
PAKAR PERTEMPURAN JARAK SEDERHANA  









ND
PAKAR PENYAMARAN  






UMAR BRUNOZ
PAKAR MOTIVASI   





 

YON
PAKAR SERANGAN BERANI MATI   









ARULE
PAKAR PERTAHANAN








ADI
PAKAR ALIH BAHASA








AJEEB
PAKAR YOGA










AMIRULLAH
PAKAR PERUNDING  










MUNCUT
PEMBEKAL MAKANAN BASAH

  






 

GJAL
PAKAR SAKIT TUAN


ABUN
PAKAR POCO-POCO
------------------------------------------------------------------

     

Setibanya di lokasi(sebuah gudang yang terletak di pinggir ibu kota).Alu terus mengarahkan ahli-ahli geng kuntum untuk berkumpul di satu sudut yang tersorok untuk memberi arahan.

     " Sood!Biawak!Cek Yeop!Lu bertiga ikut wa.Lu orang akan cover kiri kanan dan belakang wa.Jangan lupa senjata lu orang.Kinen,lu standby senjata-senjata.Pajie,Ijoy,ND,Umar,Yon,Arule,Adi,Ajeeb,Amirullah,Muncut,Gjal dan Abun!!Lu semua pecah jadi dua kumpulan.Satu kumpulan ambil sudut belah kanan sana,satu lagi kumpulan ambil sudut belah kiri sana.Bila dengar wa menjerit,lu orang semua serbu masuk dalam.ingat semua,walau apa pun yang terjadi,jangan malukan nama kumpulan kita,GENG KUNTUM!Berjuang berhabis-habisan hinggalah titisan darah terakhir.Itulah cara kita.Itulah cara GENG KUNTUM!!",tegasku memberi kata-kata perangsang dan semangat.

      Setelah selesai memberi kata-kata akhir,aku bersama Sood,Biawak dan Cek Yeop terus melangkah menuju je dalam gudang dengan langkahan yang terlalu bongkak dan berlagak.Wajah yang kami paparkan ketika itu adalah wajah yang teramat maha bengis bak wajah pahlawan-pahlawan melayu dahulu yang sedang dahagakan darah-darah penjajah.Sesampainya di tempat yang ditujui,as usual,aku akan menjadi orang pertama yang akan memulakan pertempuran.Dengan nafas yang berdengus-dengus,selamber badak je aku mengangkat rak-rak kayu yang disusun di dalam stor gudang itu.Dan secara menggilanya juga beratus-ratus ekor lipas keluar menyerang kami untuk mempertahankan kubu mereka.

     " SPRAY!SPRAY!SPRAY!",teriakku kepada Sood,Biawak dan Cek Yeop.

     " Geng Kuntum!!Serang!!!",teriakku lagi untuk memberi arahan kepada ahli kumpulan yang lain.

     Dan suasana yang tenang di malam hari itu bertukar menjadi teramat kecoh dengan bunyi suara-suara jantan dan garau kami terpekik-pekik dan terlolong-lolong.Ada juga yang menjerit kesakitan digigit oleh geng-geng lipas.Ada juga yang menjerit kerana ter'spray' muka sendiri.Pertempuran malam itu begitu tragis sekali dan begitu menggerunkan.Tapi bagi aku,as usual,aku tetap maintain macho.Dengan wajah yang tenang ibarat wajah tenang Khairul Fahmi(penjaga gol Malaysia),aku berjaya menewaskan sehingga 30 ekor lipas dalam masa tidak sampai 3 minit.Ada yang aku tendang,ada yang aku tanduk,dan bermacam-macam lagi skil yang keluar ketika itu berkat latihan bersama Ben 10 seminggu yang lalu.

     Pertempuran berlarutan selama 3 jam.Kami hampir kehabisan senjata(racun serangga).Namun masih banyak lagi geng lipas yang menyerang kami.Namun kami masih lagi kental bertahan.Aku mengarahkan semua untuk menyerang lebih ke hadapan dan ke dalam lagi.Satu persatu kotak-kotak dan kayu-kayu aku selongkar untuk menghapuskan kubu kuat mereka.Dan seperti biasa juga,setiap kali aku selongkar,beratus-ratus ekor lipas menyerang aku.Ada yang menggigit kelopak mata aku,ada yang menggigit hujung bibir aku yang seksi ini,ada yang menyepak-nyepak perut aku,sehinggakan pada satu tahap di mana seluruh tubuh aku ini dihurungi beratus-ratus ekor lipas.Namun as usual juga,aku tetap tenang.Dengan selamber je aku berlari pecut selaju yang mungkin dan terus menghempaskan tubuh aku ke timbunan kayu-kayu yang dipenuhi paku dan kaca-kaca yang bertaburan.(Nampak tak kebijaksaan aku di situ apabila diserang?Aku sering dipuja kerana kehebatan dan kebijaksaan aku ketika bertempur)Selepas aksi yang begitu mengujakan itu,dengan menggilanya juga aku terus mengguling-gulingkan tubuh aku ke lantai yang dipenuhi dengan najis-najis lembu dan kambing.Entah daripada mana datangnya.Hairan dan pelik juga aku ketika itu.Kenapa ia tiba-tiba muncul tatkala aku sedang membuat skil yang penuh bergaya dan termasyur itu?Sedangkan tadi bersih je lantai.Tapi,as usual,aku tetap maintain macho dan kacak.Aku abaikan segala itu dan meneruskan penggulingan aku sambil membuat bunyi kereta kebal dibom,bunyi senapang M16 yang terlupa isi peluru,bunyi kipas yang sedang berpusing,bunyi kertas A4 yang sedang dikoyakkan,bunyi berudu sedang bermain anak patung,bunyi hamster yang sedang tersepit,bunyi kucing yang sedang membuang hadas besar,bunyi belut yang sedang marah,bunyi seorang ibu yang sedang memarahi anaknya dan berbagai-bagai lagi bunyi yang kadang kala tidak mampu diterima dek akal.Dan ketika itu juga,lipas-lipas yang masih lagi terselamat ketika menghurungi tubuh aku terus bertempiaran lari akibat ketakutan.Takut akan kehebatan dan ketampanan aku ketika menyerang.

     Akhirnya selepas 6 jam bertempur,kami beroleh kejayaan besar.Kali ini aku benar-benar bangga dengan budak-budak yang di bawa oleh Sood.Kesemuanya adalah fighter-fighter yang paling hebat pernah aku jumpa.

     Mayat-mayat musuh pula bergelimpangan merata-rata di dalam stor itu.Tiada seekor pun yang terselamat kali ini.Begitulah kehebatan Geng Kuntum yang sangat-sangat digeruni umum.

     " Sood,terima kasih kerana mengembalikan air muka wa,air muka geng kita",ujarku sambil membuat aksi seekor lipas yang sedang nyawa-nyawa ikan.

     " Bro,wa pernah bagitau lu bro,ini bukan janji tapi pasti!!",tegas Sood sambil menanduk terbang sejambak najis lembu yang secara tiba-tiba hadir di sisi beliau.

     " Terima kasih semua!!Wa bangga dengan lu orang semua!!",jeritku kepada semua ahli kumpulan Geng Kuntum.

     " No hal bro!!",jerit kesemua ahli kumpualan Geng Kuntum sambil menampar-nampar halkum sendiri dan membuat tarian poco-poco.

     Selepas mendapat fullpayment oleh Louis Khoo,pemilik gudang tersebut,aku terus terbelanja kesemua ahli kumpulan Geng Kuntum breakfast.

     -TAMMAT- 

P/S : KEPADA SESIAPA YANG INGINKAN PERKHIDMATAN PENGHAPUS LIPAS BOLEH HUBUNGI SOOD DI TALIAN BEBAS TOL 1-300-ABCD      

5 comments.. read them below or add one

AnonymousAnonymous 13 April, 2011
aku pun terlibat.. baekk!! (pajie)
akmaLoweyz akmaLoweyz 13 April, 2011
hehe..oyeah..law tmbh c0wg ag membe yg hebat n talented cm sy ney,sy ase geng kuntum akn lbeyh sukses..hahahak..thunbs up!
org kananorg kanan 13 April, 2011
sood ko bg name aku,bg la name lg kampung skit..!hahaha
Unknown Unknown 13 April, 2011
pajie : hahahaha..musti..ko orang2 penting..bak kata orang2 kaya..VVIP

akmalovey : hehehehehe..nanti amik borang pendaftaran yer.nak daftar online pun leh gak

sood : hahahaha..aku nak letak nama baizura bahadun macam tak berapa nak kene plak..sood ak amik nama bersempene ngan watak pembunuh dalam drama gemilang tv3 tuh..bukan calang2 tuh..pembunuh tau
Mummy MM Mummy MM 28 August, 2012
Terer lh geng kumtum nie. heheh