Cerita Lawak : aku tak layak utk memiliki dia


Assalamualaikum dan selamat hari jumaat semua.Semoga hari penghulu segala hari ini akan memberi sinar keceriaan kepada anda semua.Pada hari ini,aku tak nak 'story' yang mengarut-ngarut lagi.Hari ni aku akan cube berkongsi dengan korang semua tentang hati dan perasaan aku.Kisah aku dan dia.Yang mana sehingga sekarang masih tidak kesampaian untuk aku memiliki dia.

Dia adalah seorang yang benar-benar aku ingin miliki.Dia sangat cantik dan aku percaya dia adalah idaman sesiapa jua yang memandangnya.Setiap malam sebelum aku tidur aku akan sentiasa terbayangkan dia.Bukan itu sahaja,setiap kali aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang "mat despatch' ataupun budak penghantar surat,bayangan dia sering bermain di mata aku.Entah kenapa bayangan dia sering bermain dalam kepala otak aku.Dan setiap kali bayangan itu menjelma,aku akan merasa berdebar dan kadang-kala sehinggakan pada satu tahap aku seakan-akan hidup di dalam dunia khayalan aku sendiri.Dia benar-benar telah membuat jiwa dan perasaan aku merana.Namun tidak sikit pun aku menyalahkan dia kerana apa yang terjadi ini lahir secara ikhlas dari dalam hati aku tanpa ada paksaan.


Ramai juga teman-teman yang menasihati supaya aku melupakan dia kerana aku tak layak untuk memiliki dia.Mereka mengatakan aku tidak setaraf dengan dia.Bagi aku,walau apa pun yang mereka katakan,aku tidak kisah kerana aku sentiasa sedar siapa diri aku.Aku tidak pernah sesekali mengharapkan aku berjaya memiliki dia.Cukuplah sekadar aku dapat melihat dia daripada jauh,itu pun dah cukup menceriakan hati aku ini.Tiada siapa mampu memahami perasaan aku ketika ini.Orang nampak aku sering tertawa dan keriangan,tetapi mereka tidak pernah tau apa yang terselit jauh di dalam lubuk hati aku ini.

Aku cuma dapat berdoa agar satu hari nanti akan ada rezeki untuk aku memiliki dia.Dapat bersama walaupun hanya untuk seketika pun sudah cukup.Aku tak pernah mengharapkan lebih daripada itu.Cukuplah dapat menaiki dia...Owh Ferrari...kenapalah dia mahal sangat...HAR HAR HAR HAR





{ 7 comments.. read them below or add one }

MrPingu Gonzalesz MrPingu Gonzalesz 30 September, 2011
Abg Boni!

Lawa la Ferrari tu.. Meh la baak Tomat jalan2.. ngeeee ^_^
Unknown Unknown 30 September, 2011
hahahahaha..tak leh..orang punya tu..hahaha
fae jamal fae jamal 30 September, 2011
grr! kalau baca entry dia mesty menyirap je..
kuat loyar buruk ni..hehe

ingtkan cerita pasal awek mana..
rupanya pasal ferrari..hehe
Unknown Unknown 30 September, 2011
fae : hakhakhakhak..janganlah menyirap..hahahaha
Unknown Unknown 28 October, 2011
haha..dah tau dah mesti camni punya..adeh la..

tapi saya pun teringin nk memilikinya..klu awak dapat dia sekejap, jangan lupa kenalkan dengan saya dan bawak saya sekali yea.. :P
Unknown Unknown 31 October, 2011
@DianaAzis
hehehe..tak mahal charge bayaran dia,saya kenekan sewa sebanyak rm5000 tuk sejam.
hnahdy hnahdy 22 September, 2012
napa sama ni.. hana berangan nak memiliki kereta ni. tapi hana xmampu nak memilikinya