cerita lawak : vokal bukan sekadar rupa


     Da lama gila rasanya aku tak update blog miskin aku nih.Nasib baik je aku tak gila.Jadi hari ni saje lah aku nak update.Tak ada ape pun cerita yang menarik utk aku tonjolkan dan paparkan kat sini.Idea pun tengah kering ni.Mungkin aku kene pergi bercuti sekali sekala seorang diri kat dalam hutan untuk mengembalikan sentuhan jari jemari genius aku yang tangkas mengorek hidung ni.

     Ok,hari ni aku nak bukak topik pasal "TV SHOW" ,Vokal Bukan Sekadar Rupa yang dianjurkan oleh TV3.Hari Sabtu dan Ahad lepas telah berlangsungnya ujibakat pencarian bakat-bakat yang memiliki vokal yang hebat.Aku turut terlibat untuk mencuba nasib walaupun menyedari suara aku ni lebih dasyat daripada suara kucing sedang meneran berak sehingga tertonjol sembelit.Dan aku menyarankan anda-anda yang berada di luar sane yang memiliki suara yang sedap untuk pergi menyertai ujibakat tersebut.Anda tak perlu risaukan tentang penampilan anda.Tak perlu risau jika wajah anda lebih hodoh dan lebih ngeri daripada wajah seekor pontianak yang sedang tersangkut kat atas pokok durian,jika perut anda hanya berSEKETUL,jika tulang anda terkeluar daripada daging kulit anda.Anda tak perlu risaukan itu semua kerana pencarian bakat ini tidak memandang kepada paras rupa mahupun fizikal anda.Jika suara anda benar-benar dasyat,anda akan terpilih tanpa ada prejudis.Ini yang menjadikan rancangan ini agak berlainan daripada rancangan-rancangan sebelum ini.Kepada yang ingin mencuba,aku ucapkan semoga berjaya.Kepada yang tidak berjaya,aku ucapkan tahniah juga kerana berjaya mengikuti jejak langkah aku..hahahahaha.Setakat ni je lah perjumpaan kita kali ini.

     Nantikan kemunculan cerita-cerita terbaru daripada aku ye.Sekarang aku masih dalam mod kedaifan idea.Ada sedikit sebanyak masalah yang memang mengganggu gugat sistem peranakan otak aku ni.Semoga dengan penulisan ini akan membuktikan bahawa aku masih lagi belum ditempatkan di wad orang-orang gila.Hahahahahaha..Assalamualaikum semua..

0 comment... add one now