Sambutan Hari Guru Dan Pekerja SMKIH 2013 | Lepas je daripada mana-mana event yang besar, aku mesti ada masalah nak update blog. Tak diketahui apa punca dan sebabnya. Mungkin sebab aku tak dapat Samsung S4 kat Seminar Buat Duit Dengan Blog anjuran Denaihati Network tu agaknya. Hahaha.
Okay, hari ni aku nak update gambar-gambar sekitar majlis sambutan hari guru dan pekerja SMKIH 2013 yang aku pergi hari Sabtu lepas. SMKIH stand for Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights. Sekolah aku dari tingkatan 1 sampai SPM. Memang best. Terimbas kenangan-kenangan zaman dulu bila menjejakkan kaki ke sana. Teringat masa member aku terjatuh dalam lobang taik, kaki tersadung masa lompat longkang air taik dan macam-macam lagi kenangan-kenangan yang tak berapa nak senonoh. Dan semestinya perasaan seronok dan teruja tu bertambah bila dapat menatap kembali wajah-wajah cikgu yang pernah berjasa mendidik aku dulu. Cuma nasib tak berapa menyebelahi aku bila banyak Failed dalam SPM. Hahaha.
Jadi, jom layan gambar-gambar sekitar sambutan hari guru dan pekerja SMKIH 2013 tersebut.
|
Harap dapat ditebas sikit rumput-rampai tersebut. Menutup logo dan alamat sekolah. Mohon tanam pokok strawberi kat sini. |
|
Tengok je gambar ni, automatik terimbas aku berada dalam kelas sambil main batu seremban dengan kawan-kawan. |
|
Sempat aku curi gambar ni masa cikgu-cikgu tengah leka bergaduh manja sesama sendiri berebut tempat. Hahaha. Jangan marah cikgu-cikgu. |
|
Cikgu-cikgu bergambar kenangan bersama bekas-bekas pelajar daripada tahun 1996 sehinggalah tahun 2012. |
|
Ucapan daripada pengetua pertama SMKIH yang dijemput untuk menyertai sambutan hari guru dan pekerja smkih ini. Legend ni. |
|
Ucapan daripada wakil bekas pelajar yang mewakili bekas-bekas pelajar pada hari tu. |
|
Aku tak pasti berapa ratus cikgu yang menghadiri majlis ni. Mungkin ada dalam 200 lebih kalau tak salah aku. Nasib baiklah aku ni kacak. Jadi aku kena jaga krebiliti aku tu. Tak boleh tunjuk kegatalan aku untuk mengorat cikgu-cikgu muda kat sana. |
|
Aku panjat tingkap untuk dapat view cantik macam ni. |
|
Barisan cikgu yang sentiasa murah dengan senyuman daripada dulu. Dua paling depan ni antara cikgu yang lama kat sekolah. Puan Siah Bee Fong dan juga Puan Norlizawati. |
|
Antara cikgu yang lama sekali kat sekolah. Cikgu Mat Aris. |
|
Cikgu-cikgu yang menyambut Hari Lahir. Selamat hari lahir guru. Semoga diberkati umur kalian, dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya dan sentiasa dilimpahi kebahagiaan sehinggalah ke syurga. Amin. |
|
Yang ni pun sorang lagi cikgu otai kat sana. Cikgu BENSEN bak kata ADI BUN. |
|
Cikgu ADD MATH yang dah tak kenal aku lagi. Haha. Sebab aku paling suka ponteng kelas dia ni dulu. Hehe. Walaupun muka aku baik, tapi sebenarnya aku nakal diam-diam. Hehehe. Sebab tu pelajaran aku tak berkat dan akhirnya failed dalam spm. Korang jangan jadi macam aku. Tak baik. |
|
Antara cikgu kesayangan aku. Cikgu akaun Tapi disebabkan dulu belajar main-main, aku Failed juga akaun. Kadang-kadang rasa menyesal juga belajar main-main. Tapi pilih subjek yang dasyat-dasyat. Ingatkan terel, tapi rupanya tak terel langsung. Hahaha. |
|
Cikgu Zaharah bersama Yunus. Cikgu ni special sikit. Dengan suara sahaja beliau mampu mengghaibkan pelajar. Kalau kat sekolah aku dulu, pelajar-pelajar suka berjalan-jalan kat koridor. Kalau tengok daripada bawah nampak macam orang-orang lalu lalang kat pasar tengah cari ikan. Tapi, bila muncul je suara Cikgu ni memekik daripada bawah, terus ghaib kelibat-kelibat pelajar kat koridor tu. Hahahaha. Hebat tak hebat cikgu ni. |
|
Antara bekas pelajar. Batch 2008. Merangkap junior aku dulu. Aku batch 2002. Patutlah aku tak kenal. Aku dah habis sekolah baru dorang ni masuk. Dah tua dah semua kan. Hehehe. |
|
|
Yang ni batch campur-campur. Ada Senior aku dan ada Junior. Paling kiri cikgu Umi Hani. Cikgu yang bertanggungjawab membuat aku rasa sebak hari tu. Hampir-hampir aku menitiskan air mata jantan keramat aku di khalayak ramai. |
|
Bekas-bekas pelajar bersama dengan Cikgu Zaharah. Cikgu yang pemes di kalangan pelajar-pelajar dulu. Hehehe. |
|
ADI BUN bersama LOKMAN HASSAN bergabung meletup. Dua-dua masih bujang trang tang tang macam aku juga. Hehehe. |
|
Yeah. Sempat lagi ADI BUN boring souvenir-souvenir tersebut. Sempat juga Cikgu Jamilah mencelah tengah-tengah tu dan sempat juga si baju hitam a.k.a BALIE BABLOO datang walaupun dia sebenarnya paling lambat. PUI! Hahaha |
|
Souvenir yang aku dapat pada hari tersebut. Rasa sebak tiba-tiba bila tengojk majalah sekolah yang tak ada gambar aku. Rasa nak kembali semula ke alam persekolahan. |
Kepada yang ingin melihat gambar-gambar yang lain bolehlah klik -->
SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA SMKIH 2013.
Harap selepas ini akan banyak lagi aktiviti melibatkan guru-guru SMKIH dan bekas-bekas pelajar. Dan, harapnya cikgu-cikgu takkan serik panggil kitorang lagi. Hahaha. Takut juga serik. Hehehe.