Nampak tak? Terlalu kacak untuk menjadi seorang pengundi kan? Sepatutnya wajah ini jadi wakil rakyat. |
Cuma ada sesuatu yang buat aku tak berapa berpuas hati. Aku beratur selama DUA JAM untuk mengundi. Sepatutnya benda ni boleh dielakkan. Takut akan membuat PENGUNDI-PENGUNDI BARU seperti aku trauma dan hilang minat untuk mengundi lagi selepas ini. Mungkin boleh ditambah empat atau lima meja di setiap saluran. Meja tak perlulah menggunakan meja yang besar. Nak pangkah pun kat kertas undi yang kecil je. Cadangan aku gunakan meja yang kecil sahaja memandangkan dewan tersebut agak kecil ukuran lilit dan isipadunya.
Dah terkeluar manusia daripada perkarangan dewan. |
Menyesal aku tak bawa payung. Kalau aku tau akan berpanas macam ni, aku dah bawa payung gambar Herman Tino. |
Keadaan jari aku selepas DUA JAM pengundian. |
Tahniah Najib dan BN sebab menang. tunaikan segala janji anda. ingat bahawasanya anda dan wakil2 rakyat yang lain HANYA BEKERJA untuk rakyat, BUKAN TUAN BESAR kepada rakyat. Jadi, utamakan rakyat dahulu selepas ini. Rakyat adalah keutamaan. Bukan poket sendiri mahupun kroni. Peringatan juga kepada wakil2 rakyat lain yang menang. Kami semua adalah keutamaan. Rakyat adalah keutamaan anda.
so lagi 5 tahun akan datang silalah bawa payung n kerusi kalau boleh..ahaha..
btw BK undi di kuala selangor ka?