Terasa Kehilangan. Sejak sehari dua ni, kenapa aku terasa kehilangan. Rasa lain bila dia tiada lagi. Rasa lain bila tiada tempat untuk aku memaut. Rasa lain bila tiada tempat untuk aku menarik-narik, membelai-belai sepenuh kasih sayang, dan menggentel-gentel. Aku rindukan kau. Sangat-sangat. Kenapa kau pergi dan hilang begitu sahaja?
Aku rindu kau sangat-sangat. Wahai rambut. Kini kau telah pergi dan tinggalkan aku botak sendirian. I miss u so so much.
|
Gambar sekadar hiasan juga. sumber |
P/S : Aku kini telah bergelar abang botak. Rambut yang dipotong telah dipos kepada Jejaka Ini dan Jejaka Ini untuk diproses menjadi bulu dada.
P/S Kedua : Comel kan gadis kat atas tu. Teringin nak jadikan dia bakal isteri. Heh heh.