Gara-Gara Backstreet Boys Dan Nick Carter Part 2. Masih ingat lagi entri Gara-Gara Backstreet Boys Dan Nick Carter ? Pada entri tersebut, aku ada menceritakan bagaimana kenangan semasa kumpulan Backstreet Boys dan juga Nick Carter ni menjadi fenomena? Bagaimana budak-budak lelaki sekolah aku pun ramai yang mengikuti trend rambut belah tengah disebabkan pengaruh Nick Carter? Dan bagaimana awek-awek juga berebut Nick Carter hingga ada yang bergaduh hingga terbogel. Ok, ni aku tipu. Hahaha.
Baiklah, dalam entri tersebut, aku ada sebut tentang satu kisah sedih kan? Jadi, moh baca kisah sedih ni.
|
Nick Carter yang... Eh, ni gambar siapa ni?? Mana datang gambar ni? Adeh. sumber |
Malam anugerah pelajar cemerlang di Sekolah Kebangsaan Selayang Utama. Pada malam itu ada persembahan daripada setiap kelas. Dan yang paling dinanti ialah persembahan tarian dengan lagu Backstreet Boys - Everybody. Apa lagi pada masa tu memang kumpulan Backstreet Boys sedang menjadi kegilaan.
|
Sejarah terimbas kembali. Bekas sekolah aku. Sekolah Kebangsaan Selayang Utama. sumber |
Persembahan bermula. Bila berkumandang sahaja lagu Backstreet Boys tu, suasana menjadi gegak gempita dengan siulan dan jeritan daripada pelajar yang lain. Lagi-lagi pelajar perempuan. Seakan-akan histeria mereka. Aku dan rakan sekelas semakin galak berjoget. Apatah lagi kami berjoget dengan gaya yang sangat style dan langkah yang sama. Aku sempat menjeling, melemparkan senyuman dan mengeyit mata kepada beberapa pelajar perempuan di hadapan, tak senang duduk mereka. Sejurus sahaja tamat persembahan, suasana kembali gegak gempita dengan tepukan gemuruh daripada semua pelajar dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Selayang Utama. Betapa bangganya aku, hingga tak menyedari aku terlompat begitu tinggi hingga terjatuh.
" Weh, ko kenapa jatuh daripada kerusi?" , soal rakan sekelas.
Aku bingkas bangun dan duduk semula di kerusi sambil terus memerhati mereka-mereka yang masih lagi membuat persembahan tarian di atas pentas. Aku berkhayal rupanya. Betapa bestnya mereka-mereka itu yang sentiasa mendapat perhatian di dalam sekolah. Kenapalah aku tak boleh jadi macam mereka. Aku ibarat ghaib. Sebab selain budak kelas, rasanya tak siapa perasan kewujudan aku di sekolah tu. Apa lagi aku ni budak berbadan kecil, berspek mata besar dan berambut sikat ke tepi. Tak siapa berminat nak rapat dengan aku.
Jadi, inilah kisah sedih yang aku maksudkan tu. Hidup bila orang seakan tak perasan kewujudan diri kita, hidup sebagai seorang yang benar-benar skema. Segala-galanya kita syok sendiri. -Gara-Gara Backstreet Boys Dan Nick Carter Part 2-
- TAMAT -
P/S : Ada siapa berminat tak kalau aku nak story kisah aku dulu-dulu??