Budak Skema Sekolah Kebangsaan Selayang Utama Part 2


Budak Skema Sekolah Kebangsaan Selayang Utama Part 2. Aku mungkin tidak mampu mengukir nama sebagai olahragawan terbaik sekolah, mahupun mat romeo sekolah, tetapi aku tekad sepenuh hati untuk mendapat 5A di dalam UPSR. 

Sejak daripada itu aku memberi sepenuh perhatian pada pelajaran. Aku masih ingat lagi seorang cikgu berwibawa yang bernama Cikgu Hazam. Beliau lah yang banyak membantu mengemudi tongkang aku untuk berjaya menuju ke destinasi dan matlamat yang aku ingin jejaki. Dan beliaulah satu-satunya cikgu yang rapat dengan aku. Setiap apa yang diajar , aku akan benamkan sesungguhnya di dalam otak aku. Dan setiap tips yang diberikannya, aku amalkan.


Budak Skema Sekolah Kebangsaan Selayang Utama
Gambar sekadar hiasan. Sumber --> http://my3nheroes.blogspot.com
Memang benar sukar menjadi seorang yang tidak mempunyai banyak keupayaan seperti aku ini. Disebabkan itu juga, aku mendapat markah yang rendah dalam aktiviti kokurikulum sekolah. Semua itu disebabkan penyakit asma kritikal yang aku hidapi sejak dari kecil lagi. Untuk persatuan, aku hanya mampu menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah kerana aktiviti persatuan itu tidaklah selasak persatuan yang lain. Dan untuk permainan pula, aku hanya mampu sertai permainan catur. Memang kemampuan aku ketika itu hanya layak untuk menjadi budak skema sahaja. 


-Bersambung-

{ 76 comments.. read them below or add one }

- - 17 October, 2012
alah...sambung lagi...huhuhu
Miss N™ Miss N™ 17 October, 2012
caitt..! bersambung lagii..
Unknown Unknown 17 October, 2012
Assalam, so sekarang nie Asma masih ada lagik erk?...
Unknown Unknown 17 October, 2012
cam ner sambung lagi nie......
bro oh bro...... asma dah ok ker?
Unknown Unknown 17 October, 2012
jalan cerita yg menarik...teruskan2...
Si Matatajam Si Matatajam 17 October, 2012
Kesian plak kak M baca story budak skema ni...hu hu hu...
Unknown Unknown 17 October, 2012
sakit pe y kritikal tu? asma ke?

sambung pliz
PinKy MoMMa PinKy MoMMa 17 October, 2012
asma dah ok lom skrg ni? akak dulu kecik2 jer ada asma..dh besar hilang sndiri hhehe
Unknown Unknown 17 October, 2012
ada asma ke? ok jaga diri.
Unknown Unknown 17 October, 2012
PCB pon ada cikgu kesayangan masa sekolah rendah dulu
✿INA AINAA✿ ✿INA AINAA✿ 17 October, 2012
berepisode ye cerita ni... hikhik... nak tahu sgt ending dia
Mummy MM Mummy MM 17 October, 2012
Hahaha, ingatkan dah biz cite sekema awak nie. Dah macam slot akasia dah. :)
Aimacomel Aimacomel 17 October, 2012
saya suka tengok org main catur sbb sy sgt bodoh bila main binatang ni. tak reti langsung mana nk gerak buah2 tu.. cam dam aji kan main dia??? haha
cepat2 sambung, tak tahan nk baca kisah si skema ni lg =) hehe,
metrolisa metrolisa 17 October, 2012
wah itu rakan boni ks ysng jaddi cikgu tahniah tahniah
Niesa Niesa 17 October, 2012
agak2 berapa episod cerita ni?hahaha
Nor Zilla Sensei Nor Zilla Sensei 17 October, 2012
mmg xbole lasak la kalu ade asma. kesian plak.
tp sekarang da bole tebus impian yg xbole capai dulu kot..kalau xde asma lg la.
Unknown Unknown 17 October, 2012
hye..boni oh boni,saya follow u sini..:)
Budak Nakal^ ^ Budak Nakal^ ^ 17 October, 2012
pagi boni..hahah saja kacau ko pagi2 ni
Melastik Bintang Melastik Bintang 17 October, 2012
aku ingat bro yang duk depan sekali tu..kekeke...

AnonymousAnonymous 17 October, 2012
cm telenovela la pulak ada part2 ni... ada asma ke, jaga diri ye
ceklala ceklala 17 October, 2012
tu bukan budak skema la..tu budak baik namanya hihi
ceklala ceklala 17 October, 2012
tu bukan budak skema la..tu budak baik namanya hihi
Momo Momo 17 October, 2012
koh ni syok2 aku baca...terus abis pulak..ceh..
Myra Jay Myra Jay 17 October, 2012
bUDAK Skema pun ok pe, mesti ramai aweks ;D
Reena Sidek Reena Sidek 17 October, 2012
capat sambung... nak tahu ni... hehe
maszull maszull 17 October, 2012
assalamualaikum Boni....budak skema kena la tunggu apa cite seterusnya ni...:)
Yuliana Wahit Yuliana Wahit 17 October, 2012
amboi.. siap ada sambungan ag..
hafizrahim hafizrahim 17 October, 2012
wife aku pun ada asma..tapi lepas kawin dah kurang ckit..mungkin ko pun kena kawin kot..tak cukup 1, penuhkan kuota 4..hahaha

Entri terbaru Wordless Wednesday : Banjir Kilat KL

Gillette Flores Gillette Flores 17 October, 2012
Bersambung?
So kena tunggu esoklah nampak gayanya ni kan. (:
Pn Ayu Pn Ayu 17 October, 2012
alaaa.tgh best baca neh.bersambung pulak...
cheryna zamrinor cheryna zamrinor 17 October, 2012
okeh budak skema, cepat sambung cerita. dari aritu cerita asma. tp best. PBSM mmg persatuan skema sedunia:P
inche hlovate inche hlovate 17 October, 2012
haaa bersambung lagi?? takpe2 sya tggu
Dkna Abza Dkna Abza 17 October, 2012
ada bape episod nie?? :p
mujagirl92 mujagirl92 17 October, 2012
nape pendek sangat,, tak puas baca dah habis,, huh. majuk,
fadh leyanie fadh leyanie 17 October, 2012
catur..sesuai utk org yg ada asma..
Unknown Unknown 17 October, 2012
Sukanya tgk Blog Boni skrang.. :)
wantie wantie 17 October, 2012
alahai... sedih lak baca citer ni.nak tanya le, dodulu masa kecik kena bronkitis tak?

akak ni ada asma gak masa sekolah dulu tapi tak de la serious. leh lagi bersukan cuma bila banyak habuk je tak boleh.

Mak akak bagi akak minum air rebusan sarang kelulut. syukur alhamdulillah. sekarang dah ok.

iAmCekbolat iAmCekbolat 17 October, 2012
wlaupun bolat ni gemok tapi alhamdulillah tak de sakit asma . heheh
Gillette Flores Gillette Flores 17 October, 2012
Gill nak tgk mcm mana Boni dapat 5A dalam UPSR nanti :)

Anyway, reply dari entri Gill (rasanya Boni tak baca kot) :)

Makan nasi untuk breakfast adalah lebih baik berbanding lunch sebab sarapan pagi menstabilkan hormon, paras gula di dalam darah dan meningkatkan kadar metabolisma untuk bakar kalori. Kena tgk juga lauk apa yg dimakan dgn nasi :)

Dan jgn tahan lapar, takut nanti cenderung makan lebih byk selepas tu.

Lagi satu tips, lepas bgn pagi, selain dr minum air masak, minum air nanas. Air nanas mampu buang toksin dalam badan dan kurangkan berat badan.

Selamat mencuba Boni =)
Admin Admin 17 October, 2012
dah mcm cite mana hilang nya juwita dah bersambung2 hahaha
Hidayah Hidayah 17 October, 2012
1-asma ek..? skrg cemana..? masih kuat ke asma nye?

2- bersambung...? BERSAMBUNG? bersambung..? akak baru nak luangkan masa baca....dah bersambung..? bersambung...

gggrr...

(nasib ada byk entry lain nak baca..haha..maklumlah..lama tak bw.. mood lariks... blogger kacak tak kisah kan..)
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 17 October, 2012
catur mmg tuk budak skema eh?hehehe
TiranaAduka TiranaAduka 17 October, 2012
salam boni.
Ala siannya..ada lg ke bro asthma bro tu?

Moga bro boni sihat2 je..

*haha tak de niat bro nak bukak bgkel..klu betulkn mto sendiri ok la.tu pun jenis mto lama.kalau model skarang tak pandai.
Akemal Akemal 17 October, 2012
asma? kita geng.. huhu.
THE AUTHOR THE AUTHOR 17 October, 2012
Skema tak per janji hensem...hehehehhe
admin admin 17 October, 2012
bersambung rupanya.. semoga bro tabah!
Lelaki Lelaki 17 October, 2012
cuba minum minyak cap kapak...hehe
dhiashahida dhiashahida 17 October, 2012
byk guru sekarang yg peranannya hanya mengajar dan bkn mendidik..:)
anne anne 17 October, 2012
novel ke hape? hikhik
dlu mase skola salu mengelat xnk main sukan cz mls nk tuko baju. wahahahaaa
Geng Borak Geng Borak 17 October, 2012
meh laaa lawan chess dengan aku... hehehehee
Unknown Unknown 17 October, 2012
menunggu dgn penuh setia :D
Juan Juan 17 October, 2012
mana sambungannya boni? siot ah ko
Sayidah Nafisah Ruslan Sayidah Nafisah Ruslan 17 October, 2012
suka buat orang tertanya2 apa yang akan jadi seterusnya.. huhu
Evagurl Evagurl 17 October, 2012
cepat continue!

hee XD
Ezad Skytech Ezad Skytech 18 October, 2012
terer main catur pun ok what...adehhh...bersambung lagi...
Nadot Nadot 18 October, 2012
pendek gile episod niii... kejam tul...wat org tunggu2..
tibe2 dah bbrp episod, kate sume tu crite tipu, mmg sy carik boni ke lubang cacing... hehehe
Cikrosecute Cikrosecute 18 October, 2012
Menarik...kenapa bersambung pulak...sajer jer boni nie kan...buat orang penasaran kikiki
Unknown Unknown 18 October, 2012
budak skema yg chumel ye? hehehe
anamizu anamizu 18 October, 2012
todia tragisnya rasa bila semuanya jadi yg skema je.. cepat sambung Boni !
beckhrooy beckhrooy 18 October, 2012
tak sabar nak tunggu smbgn budak skema ni
RaimiSyazwan RaimiSyazwan 18 October, 2012
Sk Selayang Utama.. aku prnah mngajar kat situ. tetiba je rindu
Fatin Diana Fatin Diana 19 October, 2012
alaaa, cerita lah lebih lagi. pendek sangat ni
♥ sitifarhana ♥ ♥ sitifarhana ♥ 19 October, 2012
cikgu memang berperanan pntg jatuh bangunnye sorg pelajar tu..betul tak?hee
Solehah Shamsuddin Solehah Shamsuddin 19 October, 2012
kesiannya ada asma sejak kecik.skrg dh ok ke?
akubiomed akubiomed 20 October, 2012
Banyak aktivit gegirls yang bro terlibat akibat semput.