Semalam juga aku dapat berjumpa dengan barisan kartunis-kartunis lain yang sangat sempoi, dan paling mengharukan, aku dapat merasai sendiri suasana shooting shortfilm ni. Sangat-sangat memenatkan. Apa lagi dengan pelbagai dugaan daripada pagi kami harungi. Tapi, apa yang dapat aku simpulkan, pengalaman itu sangat-sangat berbaloi. Dapat juga aku kutip ilmu sikit-sikit cara-cara untuk membuat shortfilm dan juga teknik-teknik merakam video yang ditunjukkan oleh Vlogger terkenal iaitu Aman Wan. Sebelum ini juga mereka pernah membuat satu video parody 'Iklan Gangster'. Dan amat menakjubkan, video yang terpacak di youtube itu sudah mendapat view melebihi satu juta.
Iklan gangster. Sumber |
Nantikan kemunculan shortfilm ini di youtube. Aku boleh katakan yang shortfilm mereka kali ni lebih berkualiti ditambah dengan aksi-aksi yang sangat awesome dilakonkan oleh mereka sendiri tanpa menggunapakai pelakon lagak ngeri. Dan, nantikan juga kemunculan aku di dalam shortfilm tersebut. Korang pun memang nak sangat tengok kepala aku yang botak ni kan? Hahaha. Jadi, tunggu...
Gambar-gambar sekitar proses pembikinan
Aman Wan sedang digrafitikan wajahnya. |
Aksi Bophairy sedang digoda oleh Razi |
Proses perbincangan. Nampak aku yang kacak berbaju oren tu? Ada gaya seorang pengarah filem tak? Masa ni aku sedang mencarut dan memaki hamun orang yang lalu lalang. |
Barisan pelakon yang terdiri daripada kartunis-kartunis Komik M. Aku amat teruja dengan karya mereka. |