Aku bertolak daripada rumah dalam pukul 11 pagi bersama Cik Nurul dan juga Yana Yassin. Akibatnya aku telah dicubit-cubit manja oleh Melastik Bintang dan juga Hafiz Rahim kerana tidak menunggu mereka. Sebenarnya Cik Nurul dan juga Yana Yassin nak tatap wajah aku. Mereka kata kalau korang ada, mereka tak puas tatap raut wajah kacak aku ni. Mereka kata. Aku iyekan je.
Sesampai di sana, rupanya ramai blogger-blogger yang telah menghadirkan diri. Siapa blogger-blogger tersebut? Akan aku update dalam entri seterusnya. Entri kali ni aku hanya akan update gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan Bro Framestone dan juga pasangannya. Jom kita layan gambar-gambar tersebut.
Feveret aku. Aku makan banyak sampai aku kencing warna coklat.Nampak tak korang kena kencing dengan aku. Hahaha. |
Simple je tapi menarik. Aku pun ingat nak buat macam ni lah nanti. |
Kamera pun nak bergambar lah |
Adik Bro Framestone dan pengantin lelakinya. |
Pasangan yang sama cantik sama padan. Begitu juga dengan pasangan pengapit. Sama cantik sama padan. |
" Lebih baik kau buang habuk kat baju aku ni sekarang, kalau tak, aku tikam kau dengan keris aku ni!"-Bro Framestone |
" Anje janganlah pandang ayang macam tu.. Ayang malu.", - Bro Framestone |
So Sweet. Memang sama cantik sama padan. Serasi bersama. |
Style Uncle Gedek. Hehehe. |
Nantikan entri tentang blogger-blogger di sekitar majlis perkahwinan Bro Framestone dan Iera Kan. Ramai betul. Rasa macam dah boleh buat satu team untuk tumbuk laju-laju muka perdana menteri Israel.* NAK MINTA TOLONG KORANG SEMUA UNTUK TEKAN BUTTON G+1 KAT ENTRI --> IPHONE 5 GADGET IMPIAN <-- SAYANG KORANG KETAT-KETAT
Bro Boni bila lagi...hehe..
Boni pegi Perak jumpa tak semangat yg hilang tu??...haha...:)