Budak Skema Di Sekolah Kebangsaan Selayang Utama Part Akhir

EPISOD LEPAS 

sekolah kebangsaan selayang utama
Sumber --> http://www.pelajarangombak.net/v1/
Budak Skema Di Sekolah Kebangsaan Selayang Utama Part Akhir

Dalam fikiran aku masa tu aku hanya inginkan keputusan terbaik. Iaitu membolot kesemua A di dalam UPSR. Aku masih ingat lagi pada seorang seteru utama aku dulu. Taufiq. Nama ni masih segar dalam ingatan aku. Kawan sekelas yang merupakan seorang yang mempunyai otak yang sangat pandai. Beliau lah sumber inspirasi aku. Setiap kali peperiksaan, aku pasti akan berusaha untuk mengatasi beliau. Dan aku tak pernah berjaya. Termasuklah semasa peperiksaan percubaan UPSR. Kesemua peperiksaan percubaan UPSR beliau berjaya memperoleh 5A. Aku pun tak tau macam mana cara beliau belajar, kerana aku nampak beliau ni banyak main daripada belajar. Disebabkan perasaan geram tu, aku telah menggandakan lagi usaha aku. Rasanya aku berusaha lebih 3 kali ganda daripada kebiasaan.
budak skema sekolah kebangsaan selayang utama
Gambar sekadar hiasan. Sumber --> http://sejarah2u.blogspot.com
Habis sekolah, terus aku membuka buku dan mengulangkaji pelajaran. Waktu malam pula aku ke kelas tuisyen. Boleh dikatakan aku hidup hanya dengan buku sahaja pada waktu itu. Dan daripada kategori budak skema aku beralih pula ke kategori ulat buku. Segala apa yang diajar termasuk tips daripada Cikgu Hazam aku praktikkan. Semuanya. Satu pun aku tak tinggalkan.
budak skema sekolah kebangsaan selayang utama
Gambar sekadar hiasan. Sumber --> http://aswadz.blogspot.com
Dan, hari yang dinanti telah tiba. Hari peperiksaan UPSR. Aku tak pasti samada apa yang aku usahakan selama itu berbaloi. Yang aku tau, aku terus fokus di dalam dewan dan menjawab kesemua soalan tersebut dengan penuh ghairah. Ghairah untuk mencapai keputusan paling cemerlang. Aku nak buktikan kepada semua. Aku nak semua orang sedar kewujudan aku di dalam sekolah itu. Aku nak orang lain buka mata terhadap aku. Aku nak orang lain kenal nama aku. Aku nak orang lain berkawan dengan aku. Aku tak nak orang lain pandang rendah pada aku lagi. 
sekolah kebangsaan selayang utama
Gambar sekadar hiasan. Sumber --> http://duniacacamarba.blogspot.com
Semasa keputusan diumumkan, aku tak berapa ingat. Tapi yang aku ingat masa tu bapak aku berlari. Berlari menuju ke arah aku dengan penuh rasa gembira. Terkejut aku. Dan, barulah aku tau yang aku berjaya membolot 5A di dalam UPSR. Alhamdulillah... Impian aku tercapai. Aku berjaya menempa nama sebagai salah seorang pelajar cemerlang Sekolah Kebangsaan Selayang Utama.
sekolah kebangsaan selayang utama
Gambar sekadar hiasan. sumber --> http://naufalnnureen.blogspot.com
*Sejuta penghargaan kepada kedua ibu bapa aku kerana telah membesarkan aku. Sejuta penghargaan kepada Cikgu Hazam kerana bersusah payah mendidik seorang anak murid skema yang tak ada keyakinan diri ini. Dan sejuta penghargaan kepada Taufiq yang telah menjadi batu loncatan kepada aku untuk berjaya di dalam UPSR.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Di mana ada usaha pasti di situ ada kejayaan. Aku telah merasainya sendiri. Namun sayangnya kejayaan aku terhenti selepas memasuki sekolah menengah. Aku telah memilih jalan yang salah. Dan sekarang aku telah merasai keperitan di atas kesilapan aku dulu. InsyaAllah aku akan bangkit semula. InsyaAllah budak skema dulu akan bangkit di dalam hidupnya. InsyaAllah aku akan berusaha untuk menjadi salah seorang blogger yang berjaya. Ini impian aku.

{ 56 comments.. read them below or add one }

hnahdy hnahdy 01 November, 2012
Erm... baguslah apa yang diusahakan itu berhasil.

Next..sek menengah pulak..
Shida Radzuan Shida Radzuan 01 November, 2012
jika byk berusaha..pasti akn bjaya dan mndapat hasil yang mmuaskn :)
Shida Radzuan Shida Radzuan 01 November, 2012
pndai ank amk nihhh heheee :D
Aliff Haikal Aliff Haikal 01 November, 2012
pandai rupanya abang boni kacak ni :)
Aimacomel Aimacomel 01 November, 2012
insyaAllah boni.. past is past. yang ada skg ni la kita kena berusaha lebih utk dpt apa yg kita mahukan.. xpe, dulu dh tersalah langkah kan? skg kita betulkan langkah tu & cuba mengorak langkah dgn betul, jalan yg betul..
moga-moga my big brother ni akan terus maju & jaya, cayalah sama lu abg boni =)
Jna marcello Jna marcello 01 November, 2012
jln hidup kita sama mase skolah rendah setiap tahun mk datang sbb dapat periksa 1 2ataw3 bole dikatakn na pelajar tip top skolah menengah jahanam terusss..mk dtg skolah sbb nk bgtw na makin merosot hhmmm..skrng menyesal sgt....
Unknown Unknown 01 November, 2012
syabas berusaha menjadi yang terbaek jangan menyesal lagi :)
Pykaa Pdott Pykaa Pdott 01 November, 2012
go go go . hehe ( bg smgat ) jgn mnyesal slagi boleh brusaha , berusaha la . :)
donyien donyien 01 November, 2012
wah boni dapat 5a dalam upsr hebat la..
Yana Halim Yana Halim 01 November, 2012
5A? terel boni ni rupanya. Pasal nak jadi blogger berjaya tu, akak doakan semoga tercapai. Jangan sesekali berputus asa. insyaAllah kejayaan itu adalah pasti.
wantie wantie 01 November, 2012
Wow.... Usaha tangga kejayaan. Ishhhh... Nak bagi anak akak pi tuusten kental la kalau mcm ni.

Tahniah. Masuk birding school ke?
Pn Ayu Pn Ayu 01 November, 2012
terer lah abg boni dpt 5A..hehe..semoga abg boni berjaya menjadi blogger yg berjaya satu hari nanti.Amin.. :)
Unknown Unknown 01 November, 2012
tahniah boni!! 5A tuh!!
Unknown Unknown 01 November, 2012
Assalam, tahniah Boni.... cite menengah pulak... hahahha... result UPSR ku memang hancur... hahaha
Unknown Unknown 01 November, 2012
aku dah agak dah boni memang seorang yang bijak ..

http://www.akumad.com/2012/11/aku-dah-agak-dahh.html
Len Inouie Len Inouie 01 November, 2012
hahaha... 5A menjadi kenangan.
Mengharap A menjadi K pada zaman ini.

Nak tak? 5A menjadi 5K?
kalau nak sila usaha lagi!!!!!!!
ada paham?
hahahahaha... selamat menyambut malam jumaat seorang diri pada malam ini.
Harap cepat kawen.
Diari Si Froggie Diari Si Froggie 01 November, 2012
Dari rupamu saja sudah ku lihat kamu seorang yang bijak dan serba boleh.. InsyaAllah kalau ada usaha dan semangat serta bertawakal padaNYA pasti kejayaan milikmu kawan :)
ceklala ceklala 01 November, 2012
manusia akang bangkit selepas kejatuhan bukan kemenangan..good luck n i know u can!! :)
Melastik Bintang Melastik Bintang 01 November, 2012
gila lah boni bergambor dengan hattan..besor spek mata ko boni...hehhe
Unknown Unknown 01 November, 2012
Wow~ tahniah laa abam Boni!! amik UPSR tahun 2010 ker 2011? heheh. Just kidding. ;P
Gillette Flores Gillette Flores 01 November, 2012
Wah!
Pelajar contoh ni Boni :)
Bagus bagus :)
Unknown Unknown 01 November, 2012
wah,,boni..pandai bah kau nie.kami lagi nie berdebar2 tunggu result upsr adik kami skrng..he
tirahzairi tirahzairi 01 November, 2012
tAHniah dan teruskan membina kejayaan...aminnn
dya nasir dya nasir 01 November, 2012
tahniah..dya dulu mama dya lh guru tusyen dya..setiap mlm dia dh pegang rotan.haha
dya nasir dya nasir 01 November, 2012
tahniah..dya dulu mama dya lh guru tusyen dya..setiap mlm dia dh pegang rotan.haha
Denaihati Denaihati 01 November, 2012
tahniah bro. walaupun dah lama tapi pasti satu kepuasan bila usaha berhasil.
fairus fairus 01 November, 2012
DAHSYAT LA LU BRO UPSR DAPAT 5A.. TU BELUM CERITA PMR DAN SPM LAGI TU.. MESTI LAGI DAHSYAT.. DAHSYAT..
cheryna zamrinor cheryna zamrinor 01 November, 2012
Hmmm...sebab org selalu kenal budak sports aje kan Boni? Kalau budak2 pandai belajar tu org selalu jadikan bahan je. Bahan lawak, bahan ujikaji.

Tapi dapat 5A...wah!! Budak pandai la Boni ni rupanya :)
si robot comel si robot comel 01 November, 2012
tahniah boni. Betul kalau kita berusaha bersungguh-sungguh pasti kita dapat peroleh hasil yg elok.
AnonymousAnonymous 01 November, 2012
suka baca cerita2 mcm ni !
✿INA AINAA✿ ✿INA AINAA✿ 01 November, 2012
betul tu... usaha ni tangga kejayaan.. jgn hanya pndg pd tangga sahaja tapi cuba menaikinya... great story
Akemal Akemal 01 November, 2012
seteru menjadi inspirasi.. bukan untuk di dengki..kejayaan sudah pasti..cayalah boni..great stori.!!!
Miss N™ Miss N™ 01 November, 2012
tahniahh..!
boni awak boleh..! chiyokk..
berusaha ya..!
lynmunir lynmunir 01 November, 2012
Errr sekarang pun sebenarnya masih skema juga tapi kadang-kadang aje ler. Hehehe...apa pun prestasi Boni kacak memang terus meningkat. Keep up good work bro .
maszull maszull 01 November, 2012
assalamualaikum Boni...tahniah2 jadi seorg yg dah berjaya skg ni...:)
Unknown Unknown 01 November, 2012
Wah,.. tak sangka... Tahniah Boni.. hehehe :)
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 01 November, 2012
untunglah 5A...aku 4A 1C je...gila susah betul subjek Sains tu.sampai skrg aku xsuka :P
hazwan hairy hazwan hairy 01 November, 2012
perghhh 5A kot...usha kan itulah kejyaan :-)
Azza Afdzal Azza Afdzal 01 November, 2012
UPSR dah tau...pas ney ktorang nak tahu pulak keputusan pmr n spm hihihi
Mia Liana Mia Liana 01 November, 2012
usaha itu tangga kejayaan... ;)
Fiza Rahman Fiza Rahman 01 November, 2012
Wah...pelajar cemerlang tu. Smoga lpas ni jadi blogger cemerlang plak. Usaha tangga kejayaan. Good luck.
Unknown Unknown 01 November, 2012
terus berusaha untuk kecemerlangan akan datang...hehe
Liselle MonCherie Liselle MonCherie 01 November, 2012
You can be what you want to be as long you never give up. I look up to you bro! :D
MAY MAY 01 November, 2012
sy upsr dpt 4A jek.huhuhu...bi hampeh...terus C..hik3.
Unknown Unknown 01 November, 2012
huhuh time tu ikut apa cakap mak je.. diorng suh stud, stud.. time tu tak pandai nak xplore pape.. huhu
tapi las2 kehilangan beberapa detik indah
mrs chenta mrs chenta 01 November, 2012
rindunya kat abg boni kita ni.;p
hafizrahim hafizrahim 01 November, 2012
hebat abang boni..aku dulu 3a 2b je..banyak termakan semut..hahaha

entry terbaru : Update Android JellyBean 4.1.1

JMR JMR 01 November, 2012
insyaAllah boleh berjaya..asalkan bila jatuh, bangkit kembali..
Sayidah Nafisah Ruslan Sayidah Nafisah Ruslan 02 November, 2012
moga apa yang kita usahakan tu akan berhasil dan bukan cakap kosong sahaja :)
Si Matatajam Si Matatajam 02 November, 2012
Usaha tangga kejayaan..M doakan Boni akan jadi blogger yg berjaya dan semakin kacak...
Hidayah Hidayah 03 November, 2012
touching ok...

sob..sob..sob...

kak dayah tak berpeluang nak dapat 5A tau..

>sbb zaman akak cuma ada empat paper<

;)

blogger berjaya..insyaAllah..
boni baik , tak berkira , rajin bW.. akak yakin boni akan berjaya...

pelbagaikan cerita...

(kalau asyik entry jenis tayang bulu kaki je pun tak boleh kan... org mesti nak baca pelbagai...
macam kedai mkn...
takkan setiap hari akak datang kedai tu akak nak makan yam goreng dengan nasi kicap je kan...suka cemana pun satu hari mesti jemu...)

;)
Fatin Diana Fatin Diana 04 November, 2012
banyak berusaha, dapat lah hasil. kan? :)
Cikrosecute Cikrosecute 04 November, 2012
jika byk berusaha..pasti akn bjaya dan mndapat hasil yang mmuaskn :)