Semalam aku turun ke Selayang disebabkan kawan lama sejak sekolah rendah telah melangsungkan perkahwinan yang pertamanya. Hahaha. Nama yang diberi, Izrul Khanafi atau lebih manja dengan panggilan Jerung. Jadi, jomlah layan gambar terus.
Mula-mula aku ingatkan ni hiasan deko-deko. Rupa-rupanya ni kek. Cantik betul. |
Pengantin duduk sementara menyaksikan satu persembahan hebat dan memukau. |
Ecececeh.. Bersuap-suap lagi. Hahaha. |
Antara kawan yang hadir. Ada yang dah ada anak lagi. Rasa macam.. Argh... When is my time is coming? |
Dalam ni rasanya tinggal tiga orang je yang belum kahwin lagi. Hehehe. |
Err.. Aku bukan pengantin perempuan. Sila ambil perhatian. |
Aumm Chak!! |
Selamat pengantin baru bro. Semoga berbahagia hinggalah ke akhir hayat. Amin.
Sejak dua menjak ni aku sangat-sangat sibuk. Macam-macam aktiviti. Nanti ada masa aku akan ke teratak kalian semua dan membalas kunjungan ye. Maafkan aku. Harap-haraplah ada yang merindui aku. Hehehehe.
Selamat pengantin baru juga kepada bro jerung, walaupun tak kenal, semoga berbahagian selama-lamanya.