Satu pengalaman baru buat aku kerana selama ni aku tak pernah shooting di Shopping Complex yang dipenuhi dengan orang. Biasanya shooting syok sendiri dalam rumah pusaka aku ni sahaja. Tapi sedaya upaya aku buang rasa malu dan kekok tu memandangkan ada beberapa gadis mula menjeling-jeling dan melemparkan senyuman manja keanak-anakan kepada kami. Bila dah dijeling tu, mulalah perasaan bangga diri membelengu diri aku. Hidung kembang kempis kembang kempis. Dada yang tak berapa nak menonjol tiba-tiba terkedepan dengan sendirinya. Malas aku nak cerita panjang-panjang, nanti dikatakan riak. Jom layan gambar-gambar sekitar pembikinan video promo hari Aids sedunia 2012 ini.
Bophairy terlupa yang kamera aku tak digunakan untuk merakam video, tetapi beliau tetap juga berkeras untuk menampilkan penampilan paling macho. |
Kamera bermasalah. Mungkin akibat semangat Malik KL Gangster sedang menyerapi Aman Wan |
Reja berbaju biru sedang khayal memerhati sepasang burung merpati yang sedang berlari-lari anak di langit. |
Akhirnya, dapat juga aku menyelit untuk bergambar. Ada nampak macam penjaga kaunter fun fair tak? |
Aku pun tak faham apa yang cuba dibuktikan oleh Awie hinggakan mata hitam beliau hilang. Mungkin masa ni bahagian bawah perut beliau terhantuk pada kerusi agaknya. |
Allah ciptakan sesuatu itu bersebab. Mungkin diciptakan penyakit pembunuh Aids ni tiada penawar supaya manusia menjauhi dadah dan juga seks bebas. Namun kita yang tak sedar. -Peringatan untuk diri sendiri-
Nak tonton video tersebut bolehlah klik --> Video Promo Hari Aids Sedunia 2012
1hb..? tapi kenapa jauh sgtttt....!