10 Tahun Tak Jumpa Nenek
Lama betul aku tak balik kampung. Bila dah balik ni terasa sempurna raya aku. Selama ni aku hanya balik Selayang. Tapi raya aku terasa tak berapa sempurna sebab tak balik Bagan Serai.Orang Bagan Serai dan Parit Buntar mesti cam ni kat mana. Hahaha. |
Banyak aku nak cerita, tapi untuk hari ni cukuplah setakat aku cerita yang aku sangat gembira raya tahun ni sebab dapat balik kampung kat Bagan Serai ni. Walaupun sekejap, tapi sangat menusuk di jiwa. Dapat juga aku merasai suasana damai kampung dan udara segar kampung di pagi hari. Apa lagi rasa bangga bila dikejar dan digoda penuh taksub oleh awek-awek Bagan Serai. Hahaha. Ok, aku tipu.
Jadi sampai sini dulu entri pembukaan lepas lama tak update. Adeh. Rasa mood berblog terus ke laut.
nenek cam ker x lagi abg boni tue..
hehe..