Raya Pertama Blogger Kacak
Blogger kacak? Siapakah? Dah tentu lah aku. Walau tak kacak pun, konfiden kena lebih. Hahaha. Okay, hari ni baru berkesempatan nak bercerita tentang raya pertama aku. Padahal dah raya ke 24 dah ni. Baru nak cerita.Raya pertama aku macam biasa akan ke Selayang Baru. Rumah Grandpa and Grandma belah bapak aku. Boleh dikatakan memang agak meriah dan terasa suasana raya bila ke sini. Apa lagi nak berkumpul ahli keluarga ni bukan senang. Setahun sekali je. Apa lagi aku makin kacak dari tahun ke tahun. Memang wajib aku tonjolkan wajah kacak aku ni kepada seluruh ahli keluarga aku.
Malas aku nak cerita panjang, jom layan gambar-gambar blogger kacak ni beraya pada hari raya pertama. Heh heh.
Ada tokoh jadi Perdana Menteri tak? Hahaha. Aku bersama keluarga. |
Bersama dua orang adik aku. Kepada encik yang suka makan, sila jangan menggatal ye. |
Big Boss dan Madam Besar. Romantik gitu. Pewwit. |
Putih-putih melati, merah-merah mata gatal sebab resdung. |
Anak-anak yang lebih besar daripada mak sendiri. Lawan tokey namanya. Hahaha. |
Bermulalah episod duka.
Hah! Kalau objek ni, dia memang susah nak kawal perasaan. Selalu akan jadi Jejak Kasih. |
Objek yang ni pula tau nak tersengih je. Haha. Suka blurr. Mungkin masa ni dia tengah blurr juga. Muka macam Lost je tu. Hahaha. |
Pose mahal telah muncul dan dikesan pada hari raya pertama!! |
Raya aku biasa-biasa je. Tak sehebat raya orang lain. Tapi detik-detik terindah masa raya tu lah yang paling mahal walau raya tu biasa-biasa je. :)