Maggi Kari Ketam Terbaik Di Alam Semesta - Bucida Court
Baru-baru ni aku dijemput oleh rakan-rakan blogger lain untuk merasai sendiri kenikmatan maggi kari ketam yang dikatakan sangat sedap. Aku dengar je ketam, mulalah otak aku fikir betapa sakitnya bila kena kepit dengan sepit ketam. Tapi bila difikirkan balik, tak mungkin dia bagi makan ketam hidup. Jadi, aku terus bersetuju untuk merasai maggi ketam tersebut.Dengan nafsu yang menggila, aku terus pecut ke Bucida Court, Kg Sungai Penchala (berhampiran Showroom Porshe, stesen Petronas dan bertentangan dengan One Utama). Sesampainya kat sana, kami diperkenalkan terus dengan tauke kedai maggi kari ketam tersebut iaitu Miss Pah Hot Pot's.
Di sini, kami melihat sendiri proses memasak maggi kari ketam ni. Ketam yang digunakan untuk maggi kari ni adalah ketam dari baka ketam nipah dan ketam bunga. Manakala, baka maggi yang digunakan pula adalah dari baka jenama 'Maggi'.
Nampak kan betapa besarnya ketam tu. Sebab tu aku takut kena kepit. Nasib baik beliau telah dibunuh dan dimasak terlebih dahulu sebelum dihidangkan. |
Mula-mula dihidangkan kepada aku, aku syak maggi kari ketam ni biasa-biasa je. Macam tipikal maggi kari yang selalu kita makan tu. Sekali aku kunyah... Pergh!! Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Memang sedap. Korang memang patut cuba. Ia sangat-sangat terbaik dan sedap.
Jom layan video maggi kari ketam Miss Pah Hot Pot's dulu. Hayati keenakan maggi kari ketam ni.
Tak lengkap juga layan maggi kari ketam dan makan sedap-sedap tapi tak ada apa-apa hiburan kan? Kat Bucida Court ada juga disediakan dengan skrin besar dan juga Live Band. Kalau skrin besar wujud, memang sesuai bagi kaki bola untuk lepak kat sini. Puas hati habaq hang.
Jadi, kesimpulan yang dapat aku terangkan kat sini adalah maggi kari ketam Miss Pah Hot Pot's memang antara yang terbaik. Terbaik di alam semesta. Aku sarankan peminat-peminat maggi kari ketam untuk merasa sendiri keenakan maggi kari ketam Miss Pah Hot Pot's ni. Serbu ramai-ramai ke Bucida Court. Macam aku katakan tadi, di samping menu maggi kari ketam yang terbaik ni, banyak lagi pilihan makanan-makanan yang terbaik ada di sini. Wajib cuba!
FB BUCIDA COURT --> https://www.facebook.com/pages/Bucida-Court/260472484094549
dan
FB Maggi Kari Ketam Miss Pah Hot Pot's --> https://www.facebook.com/misspahhotpots04
Bila aku taip entri ni, air liur aku mencurah-curah tiba-tiba. Terasa lapar pulak. Ni yang nak kena serbu lagi kedai maggi kari ketam Miss Pah Hot Pot's ni.