MAJLIS PERKAHWINAN ORANG MELAYU
Aku banyak ternampak dan terdengar rintihan kawan-kawan dan orang-orang terdekat yang belum berkahwin lagi. Antara salah satu yang aku pernah dengar," Macam mana aku nak kahwin bro? Duit tak ada. Mana nak cekau duit nak buat hantaran? Nak buat majlis persandingan lagi!",sambil pandang bulan dan cekak pinggang.
sumber |
sumber |
KESILAPAN ORANG MELAYU TENTANG KAHWIN
Balik semula kepada Al-Quran dan perintah Allah. Aku ni bukannya seorang yang hebat dalam bab-bab agama ni. Tapi mengikut apa yang aku belajar dan faham, Islam ini mudah. Islam ni sederhana. Islam ini memudahkan umat-umatnya.Islam memudahkan umatnya dalam urusan perkahwinan. Tetapi Orang Melayu sendiri yang menjadikan ia sukar. Orang Melayu sendiri yang menjadikan urusan perkahwinan ni terlalu sukar dan mustahil seperti berenang di dalam lautan api. Orang Melayu sendiri yang menjadikan perkahwinan yang sederhana itu menjadi mahal. Pernah dengar tak, bila nikah itu menjadi mahal, zina akan menjadi murah.
sumber |
Majlis Kahwin Orang Melayu
Kenapa ye orang kita ni kalau nak kahwin je, perkara pertama yang ada dalam kepala otak mesti tentang hantaran dan majlis persandingan? Itu perkara yang wajib ke? Sehinggakan perkara yang wajib iaitu nikah jatuh ke tempat yang terbawah. Aku tak faham sampai sekarang. Baik bakal pengantin, baik mak ayah kepada pengantin perempuan. Sama je pemikiran dorang.
sumber |
Kesilapan Dalam Perkahwinan
Kenapa yang tak berkemampuan tu perlu ikut orang-orang yang banyak duit tu? Hantaran dorang beribu-ribu, berpuluh-puluh ribu, beratus ribu, dan majlis persandingan dorang Grand dengan kek 56 tingkat. Kenapa nak ikut dorang? Dorang mampu biarkan lah dorang. Kita yang tak mampu ni, cukuplah buat yang wajib je. Ada rezeki nanti-nanti boleh buat majlis persandingan tu. Atau nak buat, buat je mengikut kemampuan. Jangan lah sampai pinjam sana pinjam sini. Kau Grand dan MELETOP kat majlis persandingan, tapi lepas majlis tu, kau papa kedana nak kena bayar hutang tu balik. Tidakkan itu merosakkan kehidupan korang? Korang menyeksa diri sendiri.Kepada mak ayah kepada anak perempuan pulak, janganlah terlalu Demand sampai meletakkan hantaran yang tinggi-tinggi dan mintak disediakan majlis persandingan yang macam majlis kahwin Angelina Joli. Tulunlah utamakan yang wajib. Sekarang ni dah terlalu banyak anak-anak luar nikah dilahirkan ke muka bumi ni. Jangan disebabkan terlalu Demand, bakal suami kepada anak perempuan korang tak mampu nak berkahwin. Last-Last bercinta-cintun, ke hulu ke hilir macam tu je tanpa ikatan yang sah. Bila nafsu dah menguasai diri, mula buat yang bukan-bukan dengan dimulai dengan ringan-ringan. Dan kemudian dua-dua terbarai mengikutkan nafsu. Honestly, kita ni manusia biasa. Tak sempurna macam Nabi. Susah untuk lawan nafsu. Ustazah pun kadang-kadang boleh hanyut dibuai gelora asmara. Pergh, terel juga aku buat ayat. Dulu masa SPM tak nak pulak terel macam ni.
" Kan boleh kumpul duit untuk hantaran dan majlis perkahwinan tu bro!! Lu sembang gunalah otak!"
Gila ke apa? Sebulan nak simpan rm100 pun sampai nak menitis air mata. Ikat perut, tak beli apa-apa. Agak-agak kalau hantaran RM10k, korang rasa bila boleh cukup nak kumpul tu? Kalau umur korang 29 tahun, dah nak masuk 40 tahun baru cukup duit tu. Hahahaha. Umur 40 orang dah bersiap nak sambut cucu dah, korang baru nak kahwin?
" Bro, lu cakap senang lah bro! Bukan senang-senang macam tu je kahwin. Nak bagi anak bini makan pasir ke?"
Aku percaya dan yakin pada rezeki daripada Allah. Apabila kita tak 'usik' awek kita, dan kita niat bernikah dengannya untuk elakkan zina, aku sangat yakin Allah akan permudahkan jalan kita. Banyak dah contoh-contoh daripada kawan-kawan aku yang dah pun berkahwin. Aku percaya juga lepas kita kahwin, diri kita sendiri akan berusaha untuk menggandakan Income kita atas dasar tanggungjawab. Apa-apa pun, pucuk pangkalnya kita kena rajin dan jangan malas untuk mencari nafkah buat isteri dan anak-anak. Perlu tanam sikap tanggungjawab yang tinggi. Apa yang aku yakin, lepas kita berkahwin banyak peluang-peluang dan ruang-ruang akan dibukaNYA kepada kita.
sumber |
Errkk.. Aku BZ.
Rasanya cukuplah untuk kali ni. Semoga menjadi iktibar kepada kita semua. Dalam perkahwinan utamakan yang wajib. Sebab kita semua dah tersilap tentang perkahwinan. No.1 dalam perkahwinan adalah nikah. Bukan hantaran dan juga persandingan.
"Bila urusan perkahwinan dan nikah menjadi mahal, zina semakin murah" - Aku setuju sangat-sangat dengan ayat ni.
Zaman sekarang suka sangat merumitkan keadaan kerana ceteknya ilmu agama khususnya. Ramai yg semakin memandang 'glemoressss' sbg kejayaan perkahwinan.
***Alhamdulillah, ambe yg tak berapa nak ensem ni berjaya juga kahwin awal.