Memang Mat Rempit Yang Hebat Dan Berjaya

Hari ni macam biasa, aku akan lalu kat Jalan Kuching, Jalan Wahyu dan Rawang untuk balik rumah. Lepas je sarung jaket dan helmet, aku terus hidupkan motor sambil jeling kiri dan kanan. Manalah tau ada gadis-gadis Korea lalu lalang ataupun mengesot tak tentu pasal, boleh aku baling helmet aku. Hahaha. Jahatnya. 

Lepas enjin motor dipanaskan, aku pun terus pulas Throttle dan membelah jalanan keluar dari rumah bos aku. Siap buat isyarat Peace kat Security Guard lagi. Bergaya betul aku rasa. As Predictable, Jalan Kuching memang dah aku jangka jem teruk. Motor pun tak boleh laju dan kena beratur macam kereta juga sebab terlalu banyak sangat motor. Dan kisah itu pun bermula...

mat rempit yang hebat, mat rempit yang bergaya, jem di jalan kuching, jalan yang jem, mat rempit
Gambar sekadar hiasan. sumber
Tengah aku menunggang motor berkuasa keldai aku ni, dalam keadaan Slow dan Steady, tiba-tiba motor kat depan aku tu mengaum. Aku dah syak dia Drop Gear. Aku agak dia mesti nak pecut dan cilok untuk potong motor depan dia. Seperti jangkaan aku, dia cilok ke belah kiri Lane. Punya laju. Badan dia pun dah tergedik-gedik atas motor. Tiba-tiba menggeletek. Kena gigit kerengga kat perut agaknya. Aku terus menunggang sambil perhati kelibat dia. Punya laju. Cilok sana cilok sini untuk potong motor depan dia. Sesekali hilang daripada pandangan, dan muncul pula dari celah-celah lori. Memang hebat. Dasyat. Hati kering betul. Tak lama kemudian, dia pun hilang lagi. Aku syak dia dah pergi jauh dah. Hebat betul gaya tunggangan dia. Tahap Champion woo! Aku pun meneruskan tunggangan seperti biasa.

mat rempit yang hebat, mat rempit yang bergaya, jem di jalan kuching, jalan yang jem, mat rempit
Gambar sekadar hiasan. sumber
Secara tiba-tiba, motor tadi tu muncul balik dan buat aku terkejut sampai aku terjerit manja sikit kat atas motor. Hebatnya! Dia muncul balik dan berada di kedudukan asalnya.. iaitu kat depan aku dan kat belakang motor yang cuba dipotongnya tu. Ikutkan aku boleh je tak bagi dia masuk dan biarkan dia berada kat belakang aku, tapi takut dia rasa kecewa dan sedih. Takut dia menangis. Aku biarkan dia berada kat depan aku. Hahaha. Dasyat gile lah. Memang mat rempit yang hebat dan bergaya

Jom dengar radio ni. Menarik juga aku dengar. Kepada blogger, aku sarankan korang Stay Tuned dengan radio ni sebab banyak aktiviti melibatkan para blogger akan dijalankan termasuklah projek video raya dan drama radio. Menarik tu. Jom terjah


{ 13 comments.. read them below or add one }

ma ❥ ma ❥ 20 June, 2014
paling geram ngan moto rajin remmmmp...hehe
Lea IsNawi Lea IsNawi 20 June, 2014
fobia dgn mamat-mamat motor skrg

huhuh
Kereta Sewa Selangor & KL Kereta Sewa Selangor & KL 21 June, 2014
Mat rempit memang tak reti nk slow kalu bawa motor...
Ezad Skytech Ezad Skytech 23 June, 2014
haha...tunjuk skill la tu...kalau jatuh depan aq...aku gelak je...HAHA
Cik Itah Cik Itah 23 June, 2014
salam. huuuu sampai terjerit manja eh? haha :D
Promosi Perodua Promosi Perodua 23 June, 2014
Berhati2 tuan. memang bahaya sikit bawa motor nie.
Montana Montana 23 June, 2014
Boni kacak memang ada rupa Joki 125z yg disegani
Syazana Zainn Syazana Zainn 24 June, 2014
perghhh kental giler rempit tu

benci dgr bunyi motor deme -_-
fairus fairus 24 June, 2014
DAH PENAT BAWAK LAJU KOT..
Ibu Lala Ibu Lala 03 July, 2014
Adoi x larat la bulan pose ni. Jem sana sini.
lame xrempitlame xrempit 02 September, 2014
sejak ak rempit susah nak jatuh motor tau n roblok pun xprnh kne tahan...hahaha