Aku marah ni bukan sebab apa? Sebab semalam aku sendiri menyaksikan satu kejadian langgar lari beberapa puluh meter depan aku je. Dan aku sendiri hampir-hampir terlibat sama.
Tengah aku bawak motor dalam keadaan yang memang bergaya, tiba-tiba aku nampak depan ada satu kelibat macam melayang-layang. Keadaan tak berapa jelas sebab jalan yang aku lalu tu memang gelap. Dari Sungai Buaya menuju ke Bukit Sentosa memang jalan dia gelap gelita. Tiba-tiba aku nampak percikan api. Mula-mula aku ingatkan Goku berubah jadi Super Saiya, tapi bila tengok motor depan aku mengelak ke tengah jalan baru aku sedar yang depan motor tu ada satu lagi motor yang jatuh.
Motor depan aku yang mengelak ke tengah jalan tu sikit lagi nak masuk Lane sebelah dan hampir bertembung dengan lori. Aku dah panik. Sebab aku tak nampak motor yang jatuh tu. Aku tak nampak mana kedudukan motor tu. Aku risau motor tu melintang kat tengah jalan. Aku terus mengelak ke tengah sikit. Memang nasib aku baik. Sikit lagi aku nak langgar motor yang melintang tengah jalan tu. Aku cuma nampak kelibat penunggang motor tu melompat ke tepi jalan je sebab takut dilanggar kereta kat belakang.
Aku berhenti dan dapatkan penunggang motor tu. Aku perasan dia pekerja Perodua sebab baju dia pakai. Aku tengok tangan dia dah terkoyak. Berdarah-darah. Dan aku terus tanya dia apa yang terjadi. Katanya ada kereta Myvi Putih himpit dia. Dah lah himpit sampai dia jatuh, lepas tu terus pecut tak berhenti. Dem! Disebabkan pemandu kereta Myvi Putih tu yang himpit penunggang tu sampai jatuh, pemandu tu jugak hampir menyebabkan motor depan aku eksiden bertembung dengan lori, dan hampir jugak menyebabkan aku bersepai atas jalan kalau tak mengelak motor yang jatuh tu. Apa agaknya dalam fiiran pemandu tu kan? Langgar lepas tu lari? Mana pergi rasa tanggungjawab tu? Mana pergi rasa prihatin tu? Mana pergi rasa kemanusiaan tu? Langgar lepas tu lari? Itu memang perangai orang yang tak ada tamadun. Aku cuma mintak korang yang suka langgar lari ni bayangkan kalau yang korang langgar lari tu mak bapak korang sendiri atau anak sendiri. Apa perasaannya tu?
Cuma satu yang terkilan sebab aku tak nampak kejadian tu. Sebab paling utama aku tak nampak sebab jalan tu terlampau gelap. Kalau aku nampak kereta tu himpit dia, memang aku dah kejar dan dapatkan nombor plat kereta tu. Lampu jalan pun tak ada. Jadi, kepada wakil rakyat Hulu Selangor, sila ambik Port pasal jalan ni ye.
Jadilah manusia yang bertanggungjawab dan berperikemanusiaan. Nilai-nilai ni yang makin hilang pada manusia zaman sekarang.