Jadi, lepas je aku dapat maklumat pasal Gelanggang Futsal ni, aku terus telefon. Suara yang paling merdu aku lontarkan selepas panggilan berjawab.
" Assalamualaikum bang. Saya nak tanya pasal harga ikan keli.. Eh, saya nak tanya pasal gelanggang futsal ni lah. Saya nak Booking. Berapa harganya sejam? Sebelum apa-apa, saya nak pesan dulu yang saya bukan Shahrizal Jaszle walau suara saya memang seiras dia.",soal aku banyak cekadak.
" Sejam harganya rm100.",jawab seorang lelaki.
Disebabkan sangat puas hati dengan harganya, aku Book untuk 2 jam.
Tibanya saat untuk main Futsal, kitorang terus bergerak ke sana. Dan... ia... sangat... misteri.... dan menakutkan. Jalan masuk macam nak masuk kampung bunian tu. Masuk hutan dan naik bukit. Sangat gelap. Dan, gelanggang futsal tu pun hanya ada dua Court. Satu lagi Court dalam pembinaan. Debu-debu tanah pun penuh berterbangan. Kaunter pun tak ada apalagi jual air. Kalau ada orang tengah tercekik bola futsal terus kejong atas Court sebab tak ada air. Gila betul. Memang misteri dan aneh Court Futsal ni.
Adeh! Apakah semua ni? Sebabkan dah tak boleh nak buat apa, terpaksa main jugak kat Court Futsal penuh misteri tu. Dahlah 'bunga' tak ada kat sana. Tak dapat aku nak tonjolkan otot betis aku yang perkasa ni. Apalagi urat-urat yang mekar kat dada aku ni.
Ok, lepas ni pangkah Court Futsal ni. Walaupun AGAK MURAH, tapi sebenarnya masih tak berbaloi dengan harganya. Macam gudang proses dadah sintetik gred A je. First Time aku main kat Court Futsal yang seteruk ni selama 15 tahun aku hidup.
Dialog adalah rekaan semata-mata untuk menambah umphh artikel ni. Saranan aku, kalau nak orang datang main futsal, sediakan