Baru-baru ni aku ada pergi ke pejabat ustaz untuk selesaikan urusan perkahwinan adik perempuan aku bulan depan. Masa jumpa ustaz tu lah, dia ada bagitau, yang dulu kita dimomokkan dengan syarat satu nafas tu. Dia ada cakap, dia dah buat perbincangan dengan beberapa ilmuan disertakan dengan rujukan banyak kitab, tapi tak ada pun tertulis tentang lafaz nikah kena satu nafas tu. Yang ada cumalah lafaz nikah satu lafaz. Satu lafaz bermaksud tak mengubah lafaz nikah tu dengan ayat lain.
Contoh, "aku terima nikah err si polan bte si polan err dengan mas kahwin rm300 apa tadi? Owh, RM300 tunai."
Bila fikir balik, ada betulnya. Kalau syarat akad nikah satu nafas, terbeliak bijik mata kalau nama perempuan tu panjang. Paham-pahamlah nama orang-orang sekarang ni panjang-panjang pelik-pelik. Silap-silap boleh terkena strok kalau nak sebut lafaz nikah tu satu nafas. Tak percaya cuba Try Test.
" Aku terima nikah Dewi Yusra Neelofa Nora Danish Emma Maembong Bte Rayyan Haikal Iskandar Raden Amzar Atan dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai."
Betapa buruknya muka korang yang bakal terhasil depan bakal bini dan bakal keluarga mertua kalau korang lafazkan lafaz nikah tu satu nafas je.
Satu ilmu aku dapat hari tu. Dan ilmu tu tak habis kat situ je. Ada lagi beberapa ilmu yang dia sempat ajar. Antaranya:-
Saksi
- Saksi tak boleh terdiri daripada senarai wali akrab. Wali akrab ni termasuklah adik beradik wali, anak wali dan yang terdiri daripada ahli keluarga wali. Jika tak, akad nikah tu tak sah.
- Saksi perlu cari yang berkeperibadian yang cantik. Jaga solat lima waktu. Ikut perintahNYA dan menjauhi laranganNYA. Kenapa kena cari dan pilih betul-betul saksi ni? Jika salah pilih saksi, ia akan menjejaskan sesuatu perkahwinan. Sebab tu, kebiasaannya ustaz yang menguruskan pernikahan pengantin akan membawa sendiri saksi-saksi untuk majlis akad nikah.
Tanggungjawab
Pengantin lelaki terutamanya tak harus memandang remeh segala urusan perkahwinan ni. Sebab katanya, banyak pengantin lelaki yang ambil mudah urusan perkahwinan terutama urusan dokumen ni. Seolah-olah macam tak berminat nak berkahwin.
Kenapa perlu ambik serius segala urusan perkahwinan termasuk urusan dokumen-dokumen ni? Kerana dari situ lah akan terlihat kesungguhan pengantin tu nak kahwin dan juga boleh nampak yang pengantin tu bertanggungjawab. Bermulanya tanggungjawab seorang imam kepada keluarga bukan selepas akad nikah, tapi sebelum tu lagi. Jadi, jangan ambil remeh urusan perkahwinan ni terutama urusan dokumen-dokumen untuk kahwin ni. Itu menentukan samada korang sangat bertanggungjawab selepas kahwin atau tak.
Alhamdullillah. Ada jugak ilmu-ilmu yang aku dapat kutip dalam beberapa urusan perkahwinan adik aku. Boleh aku jadikan rujukan untuk majlis aku sendiri nanti.