Assalamualaikum semua. Salam sejahtera. Semoga semua sihat-sihat walafiat hendaknya. Lama jugak aku tak Update blog ni sampai dah bersarang labi-labi dah dalam ni. Anyone Miss Boni Kacak?? Harap ada lah 283 orang awek yang rindu kat aku. Ngeh Ngeh.
Tidur tepi Pantai kat Malibest Resort Langkawi. Menarik kan. Ada siapa pernah ke Langkawi tak? Kalau ada yang pernah terselit mahupun tercampak ke sini, mesti setuju dengan aku tentang keseronokan berganda bila berada kat Langkawi ni.
Sebut saja pasal Langkawi pasti korang terus terfikir tentang pantai dan aktiviti menarik di laut seperti snorkeling dan juga main jet ski. Tapi korang silap! Korang telah menyeksa diri sendiri kalau korang hanya buat aktiviti tu saja bila ke Langkawi.
Sebenarnya bukan aktiviti tepi pantai saja yang boleh korang lakukan kalau bercuti di Langkawi, malah banyak lagi sebenarnya tempat-tempat menarik yang boleh korang kunjungi sama ada di darat atau di bukit. Memandangkan Pulau Langkawi ni agak besar dan sangat luas, maka destinasi pelanconggan di sini juga agak banyak jika nak dibandingkan dengan pulau-pulau peranginan yang lain di Malaysia.
Selain kaya dengan keindahan alam semula jadi, ia juga merupakan pusat peranginan yang sangat popular. Bukan saja pelancong luar yang suka datang ke sini, malah pelancong tempatan juga tidak pernah jemu dengan pulau yang kaya dengan misteri ni. Err. Bukan Misteri Mutiara Naga ye.
Aku yakin dengan bongkaknya yang korang pun akan suka kalau datang bercuti ke sini!
Sumber |

Sebelum aku nak cerita pengalaman bercuti ke Langkawi dengan lebih jauh, macam biasalah aku nak bagi review sikit pasal tempat penginapan yang aku stay sepanjang percutian di sana. Mula-mula tu keliru juga nak pilih tempat penginapan yang sesuai, sama ada nak stay dekat sekitar Pekan Kuah atau Pantai Cenang sebab memang terdapat banyak pilihan penginpan sampai boleh jadi rambang mata wei nak pilih. Rambang mata sebab kebanyakannya memang sangat-sangat menarik!
Huhu. Jadi, aku tanyalah pendapat kawan-kawan, saudara mara dan juga bekas-bekas awek aku yang dah pernah bercuti ke sana dan ramai yang mencadangkan supaya aku stay dekat MALIBEST RESORT yang terletak di Pantai Cenang. Bila dah ramai yang cadangkan tempat penginapan tu, aku pun menggigihkan diri laa untuk baca Reviews Resort ni dan sememangnya komen-komen mereka sangat positif dan memberangsangkan. Haaa, aku pun terus buat tempahan.
So, Let,s Go For Holidays At Malibest Resort Langkawi.
Bila sampai saja dekat resort ni, aku dah rasa excited dah! Merecik-recik air liur aku. Hampir diserang penyakit tibi aku. Mana tidaknya, tempat penginapan ni terletak di kawasan yang sangat strategik iaitu di tepi Pantai Cenang. Ianya memang betul-betul menghadap laut dan korang akan dapat menikmati keindahan pantai dengan begitu asyik sekali walaupun hanya duduk di dalam bilik je! Apa lagi sambil meratah buah mangga sambil cicah dengan sambal kicap. Pergh. Sangat-sangat Hipster!
Apa yang aku boleh katakan dekat korang, Malibest Resort Langkawi ni adalah sebuah resort yang sangat menarik di sini. Selain menjadi pilihan pelancong, resort ni juga menawarkan pelbagai jenis bilik penginapan yang sangat santai dan comfortable untuk para pengunjung. Kalau korang nak tahu, resort ni mempunyai 81 buah bilik penginapan dan 5 buah Tree House chalet yang terdiri daripada Tree House, Superior Room, Standart Superior, Super Deluxe, Super Deluxe Wooden, Standart Wooden, Standard Brick, dan Deluxe Brick.
Huhu. Jadi, aku tanyalah pendapat kawan-kawan, saudara mara dan juga bekas-bekas awek aku yang dah pernah bercuti ke sana dan ramai yang mencadangkan supaya aku stay dekat MALIBEST RESORT yang terletak di Pantai Cenang. Bila dah ramai yang cadangkan tempat penginapan tu, aku pun menggigihkan diri laa untuk baca Reviews Resort ni dan sememangnya komen-komen mereka sangat positif dan memberangsangkan. Haaa, aku pun terus buat tempahan.
So, Let,s Go For Holidays At Malibest Resort Langkawi.
Bila sampai saja dekat resort ni, aku dah rasa excited dah! Merecik-recik air liur aku. Hampir diserang penyakit tibi aku. Mana tidaknya, tempat penginapan ni terletak di kawasan yang sangat strategik iaitu di tepi Pantai Cenang. Ianya memang betul-betul menghadap laut dan korang akan dapat menikmati keindahan pantai dengan begitu asyik sekali walaupun hanya duduk di dalam bilik je! Apa lagi sambil meratah buah mangga sambil cicah dengan sambal kicap. Pergh. Sangat-sangat Hipster!
Gila cantik kan. Memang tak mustahil kalau air liur aku merecik-recik |
Untuk percutian kali ni, aku memilih bilik Super Deluxe Wooden iaitu bilik chalet yang menghadap pantai. Pergh, permandangan yang dihidangkan dari chalet ni memang tidak dinafikan, sangat cantik dan boleh memukau jiwa. Kalau korang tak mahu terlepas peluang untuk bermalam di chalet ni, korang kena buat booking lebih awal tau. Kalau tak, memang menangis tepi bucu katil sambil hempuk-hempuk kepala lah jawabnya.
Bagi aku, chalet ni sangat luas dan boleh muat lebih daripada 4 atau 5 orang. Kalau korang bercuti bersama keluarga dengan membawa anak-anak, tak payah pening ataupun bergaduh anak bini sebab memang dah cukup luas. Tapi korang kena bawa toto lebih tau.
Cuma, penginapan kat sini tak ada sediakan sarapan. Tapi bagi aku itu bukan isu besar pun. Yang penting dapat kumpul beramai-ramai lepak beramai-ramai. Makan boleh cari kat mana-mana, tapi nostalgia tu susah nak dicipta kan. Ngeh Ngeh.
Selain itu, dari segi kemudahan dalam bilik pula resort ni kira terbaik jugalah sebab ada menyediakan beberapa kemudahan seperti TV yang dilengkapi Astro, peti air mini, penghawa dingin, bilik mandi dengan hot shower, dan WIFI serta kolam mandi terbuka juga turut disediakan. Lain-lain kemudahan sama juga seperti hotel-hotel yang lain.
Apa yang menariknya lagi, korang juga boleh membeli-belah barang-barang buah tangan atau cenderamata di Mali Walk Beaches. Risau rasa boring?? Eh, eh. Aku boleh gerenti kalau korang stay dekat chalet ni, korang tak kan rasa boring sebab tempat penginapan di tepi pantai kan, macam-macam aktiviti yang korang boleh lakukan seperti mandi laut, main bola tampar pantai bersama kawan-kawan, jogging atau berjalan di persisiran pantai, main sukan air, melihat matahari terbenam dan yang paling Heaven sekali, korang boleh bertemu jodoh kat sana. Mana lah tau sama-sama sedang berduka lara. Boleh berkenalan kan. Wow, memang satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Ngeh ngeh. Aku sangat hawau kan!

Merecik Hawau pemandangan kat sini. Weh!! Im In Love With This Resort. Adakah ini hubungan di luar tabie?? |
Nak meronda ke kedai-kedai di sepanjang persisiran Pantai Cenang ni pun mudah. Macam-macam barangan pula tu ada dijual dekat sini. Cuma depa tak ada jual orang. Kahkahkah.
Petang-petang pulak, bolehlah kalau nak berkelah di tepian pantai sambil tengok orang ramai bermain air dan melakukan aktiviti pantai dan juga usyar awek. Kahkahkah. Apahal aku ni.
Kira tak rugilah kalau korang nak Enjoy The Holidays At Malibest Resort Langkawi ni. Yang paling best, kalau korang bercadang nak berbulan madu, resort ni ada menyediakan penginapan di atas pokok. Tapi jangan pulak korang bergayut dan melompat-lompat dari pokok ke pokok. Korang bukan Tarzan!
Haaa, seronok wei kalau dapat cipta kenangan yang terindah, lebih-lebih lagi bersama orang tersayang. Jadi, kalau korang bercadang ke Pulau Langkawi, mungkin korang boleh senarai pendekkan resort ni sebagai tempat menginap korang sepanjang berada di pulau lagenda ni nanti. So, have fun guys!
Owh. sebelum aku lupa. Untuk memudahkan korang membuat tempahan Malibest Resort di Langkawi ni, aku cadangkan korang tempah secara Online je kat sini :-
https://www.traveloka.com (Klik je)
Mana lah tau rezeki korang, dapat diskaun 20% masa korang tempah tu.
Apa tunggu lagi!! Cepat!