Gerakan Pemandu Uber Malaysia Boikot Uber

Gerakan Pemandu Uber Malaysia Boikot Uber

Assalamualaikum dan selamat hari Ahad pada semua hadirin dan hadirat sekalian. Duduk bersilanya saya di sini pada hari ni adalah untuk Update artikel berkenaan Gerakan Pemandu Uber yang sedang memboikot syarikat Uber Malaysia. (Nampak? Aku dulu juara perbahasan tadika Selayang Baru tau)

pemandu uber boikot dari bawa uber

Apa korang bikin cuti hujung minggu ni? Date? Bawak keluarga jalan-jalan makan asap? Sedut Vape dari pagi sampai malam? Apa pun yang korang buat, aku harap korang Enjoy dan Release Stress tau. 

Ok. Jom berbalik pada cerita Uber. Apa yang kita tau, Uber kini dah menjadi satu medium yang sangat penting sebagai salah satu perkhidmatan awam untuk membawa penumpang ke mana-mana destinasi yang nak ditujui.

Tetapi, sejak beberapa hari ni aku terbaca tentang Post-Post dari pemandu Uber yang rata-ratanya tengah memboikot dari membawa Uber dan penumpang selama seminggu. Ada yang sampai Delete akaun Uber. 

What Happen In That Chaos Actually?? Did Someone Smoke On The Water? Ehh. terSpeaking pulak. 

Info-info yang aku dapat dari pembacaan penuh ilmiah tu, rata-rata pemandu Uber memboikot Uber adalah disebabkan beberapa faktor yang agak mengguris hati para pemandu. Antaranya

  • kadar cas yang Uber ambil dari pendapatan setiap Trip pemandu adalah agak tinggi iaitu 25%.
  • Uber tak menjaga kebajikan pemandu-pemandu yang berada di bawahnya
  • Kadar tambang yang terlalu rendah
  • Pengiraan jumlah tambang yang tak tepat dan ralat sering berlaku di Apps Uber
  • Pihak Uber sangat-sangat rakus membawa masuk pemandu-pemandu baru sampaikan pemandu lebih ramai daripada penumpang.
  • Yang lain-lain aku tak sempat nak kaji sebab sibuk dok Smule seharian ni

Adakah ini yang sedang berlaku? 

Kalau benar pemandu-pemandu Uber boikot, sememangnya akan menimbulkan kesusahan pada syarikat Uber Malaysia sendiri.

Kenapa aku cakap Uber akan bermasalah?

SERUM MAWAR ZEETA

Kuasa Boikot bro!

Sedangkan dulu satu syarikat Telco gergasi pun boleh terkesan dengan Boikot ni. Silap-silap kalau diteruskan boikot ni, boleh Drop keuntungan Uber. 

Mana taknya. Bila tiada pemandu atau kurangnya pemandu manakala penumpang atau Rider melimpah ruah, akan jadi tak cukup Supply. Bila takde Supply, pelanggan mungkin akan beralih arah ke perkhidmatan yang lain seperti Grab.

Jadi, mungkin sesuatu perlu dilakukan memandangkan kalau situasi ni berterusan, akan timbul masalah pada kedua-dua pihak pada masa akan datang. 
  1. Bisnes Uber Malaysia akan jatuh bila hilang kepercayaan penumpang disebabkan pemandu tiada, 
  2. Pemandu pula akan hilang peluang untuk menjana pendapatan. 
Kepada pemandu-pemandu Uber yang sedang membaca ni pulak. Aku harap janganlah timbul salah faham sesama pemandu. Benar ada yang boikot dan ada yang terus memandu. Jadi janganlah mengecam yang masih lagi memandu sebab kita tak tau keadaan kewangannya. Mungkin dia terpaksa memandu untuk kasi makan anak-anak. Nak tak nak, kena kayuh jugak.

Dan kepada yang terus memandu semasa boikot ni berlangsung, janganlah ditayang-tayang hasil pendapatan kerana sesungguhnya semasa keadaan boikot ni berlangsung, memang hasilnya agak banyak disebabkan ramai pemandu yang tak memandu. Dorang boikot pun untuk perjuangkan nasib pemandu-pemandu yang lain. 

Jadi, sama-sama lah bertolak ansur ye. Jangan gaduh-gaduh. Rakyat Malaysia matang-matang.

*UPDATE

Antara satu contoh yang buat pemandu Uber marah dan Boikot Uber












Errr.. Betul gak. Takkan setiap kali Trip pemandu kena kira balik Fare secara manual untuk Check apa yang Apps Uber Calculate tu betul atau tak. Jenuh macam ni. Ini tak sepatutnya jadi.

Kenapa sistem yang canggih pun boleh salah kira ni??

Uber Malaysia memang kena buat sesuatu sebelum jadi lebih parah. Sebelum Uber Malaysia kehilangan pemandu dan juga penumpang. 

{ 8 comments.. read them below or add one }

Cik Itah Cik Itah 23 January, 2017
ohh tula punca dorg boikot ya
AnonymousAnonymous 23 January, 2017
Assalamualaikum.

Saya mencari mereka yg berminat utk mendaftar sebagai Pemandu Grab.

Pemandu Uber amat digalakkan. Siapa yg berminat utk reg Grab boleh ws sy 0122212464.

Kenapa daftar dengan sy?

✔ Hanya perlu Whatsapp �� 0122212464
✔ Percuma kredit RM90(Khas utk Pemandu Uber)
✔ Akaun aktif dlm tempoh 24 jam
✔ Tidak perlu ke Kiosk
✔ Personal coaching

Hubungi sekarang untuk maklumat lanjut.
Masih ada 5 kekosongan yg belom di isi..
Bro Framestone Bro Framestone 31 January, 2017
Sebut pasal apps power.

teringat dekat Waze, xkisah gua pakai dekat iPhone ataupun hp cikai. Dia tetap bengong hahaha..

Last2 gua pakai Google Maps, senang dan kurang kebengongannya.

Apps power mana, kalau letak dekat Malaysia, gitew2 je la... Internet & service mcam..... entah la... malas nak cakap lebih, nnt ada orang halau gua suruh dok luar negara pulak

Syukur, alhamdulillah
sabree hussin sabree hussin 04 February, 2017
Ada dengar berita pasal boikot Uber, tapi tak tau atas sebab apa. Sebab benda ni rupanya.
Galaksi Viral Galaksi Viral 05 February, 2017
Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)
Unknown Unknown 21 April, 2017
Insentif uber = penipuan uber
Trust me...jd pemandu uber xberbaloi..
Asyraf Asri Asyraf Asri 12 May, 2017
Baru nak jadi UBER driver dah macam macam pulak. Adoii ..
Wan Syahida Wan Syahida 13 July, 2017
So better jadi pemandu Grab la daripada Uber.