Kalau korang tercampak ke Wangsa Maju ataupun secara tak sedar berada di dalam Wangsa Walk, aku sarankan agar korang singgah sebentar ke Restoran U-Cafe. Kenapa aku sarankan korang ke sana? Sebab semestinya U-Cafe ada menyediakan hidangan-hidangan yang sangat menarik dan pasti akan mengiurkan korang.
Apa yang istimewanya U-Cafe ni? Apakah pelayan-pelayannya adalah awek-awek secantik Elizabeth Tan yang hanya menyarung Skirt pendek paras peha dan tak pakai baju? OMG! Jangan fikir macam tu. Berdosa. Mak aku marah. Sebenarnya, selain daripada pelbagai hidangan mengiurkan yang dihidangkan kat sana terutama hidangan untuk juadah berbuka puasa, ada satu perkara yang sangat menarik. Apa dia? Semestinya hidangan nasi kukus ayam berempah yang hanya berharga RM3!
Menarik dan Special kan? Mana nak cari nasi kukus ayam berempah harga macam ni? Cumanya, korang kena pergi Lunch Time. Dari pukul 12 tengah hari sampailah ke 2 petang. Dari segi rasanya, kalau ikut selera aku, aku suka. Menepati piawaian selera aku.
Okay, jom kita tengok menu-menu menarik lain yang terdapat kat U-Cafe Wangsa Walk ni selain daripada Nasi Kukus Ayam Berempah tu.
|
Kerabu Sayuran bersama isi ikan |
|
Kurma |
|
Belacan Chicken Boxing |
|
Seafood Platter |
|
Combo Platter |
|
Deconstructed Caesar Salad |
|
Spaghetti Aglio-Olio With Sea Scallop |
|
Italian Beef Carbonara with Egg Yolk |
|
Signature Combo Mixed Grilled |
|
Sticky Grilled Premium Lamb Rack |
|
Flying Fish Rice With Soy Sauce |
|
Fried Asparagus With Prawn |
|
Egg Yolk Butter Chicken And Vegetable In Yam Basket Rice |
|
Nasi Lemak |
|
Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice With Green Curry |
|
Bangkok Jazz Crab Meat Fried Rice in Lotus Leaf |
|
Penang Char Kueh Teow |
|
Penang Curry Laksa |
|
Assam Laksa With Sardine Fish |
Amacam? Beraneka pilihan kan? Kalau kat sini, korang jangan bimbang pasal menu lagi. Sebab memang macam-macam menu disediakan.
Menarik juga Restoran U-Cafe Wangsa Walk ni kan. Bagi aku, kalau korang mencari lokasi untuk berbuka puasa tak lama lagi, U-Cafe Wangsa Walk antara pilihan lokasi yang sangat memuaskan hati.
Owh ye. Selain daripada menjadi lokasi berbuka puasa yang menarik, korang juga boleh anjurkan berbagai-bagai jenis parti dan juga majlis kat sini. Antaranya parti sambutan hari jadi. Lokasi ni memang sangat-sangat sesuai. Dengan keselesaan yang terdapat dalam restoran ni, majlis itu pastinya berlangsung dengan penuh kemeriahan. Lebih menarik lagi, majlis atau pun parti itu juga akan dikendalikan oleh pihak U-Cafe sendiri. Senang kerja korang. Hanya bayar dan tak perlu buat apa-apa. Money Can Buy Your Happiness. Heh heh.
|
Ukiran tembikau yang diukirkan logo U-Cafe. Kreatif. |
Special Thanks to U-Cafe Wangsa Walk dan juga Bro Jamar kerana sudi invite kami semua ke sini dan merasai sendiri keistimewaan hidangan-hidangan menarik Restoran U-Cafe Wangsa Walk ni.
Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan bolehlah hubungi Rachel di talian 019-3133668
U-Cafe Wangsa Walk
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue,
No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel : 03-41319686
Rasanya korang dah boleh mula buat tempahan memandangkan Ramadhan pun dah tak lama je lagi. Jangan jadi macam aku dulu, lambat buat tempahan kat mana-mana lokasi berbuka puasa, Last-Last hanya dapat kat tempat yang tak Best langsung. Sebab apa. Sebab tu je yang ada. Yang lain semuanya dah Full House.