ANTARA EMOSI DAN ETIKA

Aku ada ikut kisah 6 bijik Myvi yang berlumba baru-baru ni. Dan aku amat terkejut dengan apa yang telah terjadi baru-baru ni. Kejadian tu memang bagi aku boleh dielakkan jikalau 6 bijik Myvi tu tak memandu secara berbahaya. Mungkin ramai yang berasa seronok atas jalan bila dapat tekan pedal semahu-mahunya. Apa lagi bila disertai sekali kawan-kawan yang lain. Keseronokan dan jugak kepuasannya mungkin menyamai kepuasan minum air ketum agaknya.

Tapi harus diingat, atas jalan raya tu bukan je ada nyawa kita sorang, tapi ada ramai lagi nyawa-nyawa manusia yang lain. Menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan keselamatan kita dan juga orang lain bila kita berada atas jalan raya. 

Kita ni hidup dalam dunia realiti bukan dalam filem. Dalam filem bolehlah meletup sana meletup sini tapi tak jugak mati-mati. Dalam filem boleh lah kita bawak kereta laju-laju terjun gaung setinggi 500 meter tanpa ada sikit pun patah-patah walau kereta dah hancur berkecai. Dalam filem bolehlah pecut kereta laju-laju lepas tu terjun ke bangunan sebelah tanpa sikit pun langgar tiang konkrit bangunan sebelah tu. Itu semua dalam filem. Realitinya, kalau kita bawak kereta sorang-sorang, lepas tu tayar meletup pun boleh menyebabkan kematian. Ini lah manusia zaman sekarang. Yang hanya hidup berlandaskan filem-filem yang ditonton sedangkan tu hanya lah rekaan minda pengarah filem je. 

Berkenaan kisah Myvi tu, aku memang sangat-sangat kecewa dengan mereka-mereka yang menyebabkan kematian tu. Benar, ajal di tangan Tuhan, tapi jikalau kita berhati-hati dan bertanggungjawab menjaga keselamatan nyawa kita dan orang lain, rasanya benda-benda macam tu dapat dielakkan. Aku bertambah kecewa bila baca beberapa Statement daripada mereka-mereka tu yang seolah-olah sikit pun tak rasa bersalah ataupun menyesal dengan apa yang terjadi tu. Lagi bertambah menyakitkan hati bila dengan angkuhnya mengatakan mereka akan selamat sebab mempunyai 'Orang Dalam'. Mana etika korang sebagai seorang manusia yang bertanggungjawab? 

Ye aku marah. Aku bengang. Tapi aku jugak tak setuju dengan komen-komen orang yang terlalu marah dengan geng-geng Myvi tu. Sampaikan ada yang nak bunuh dorang tu. Sampaikan ada yang pamerkan alamat-alamat rumah dorang. Untuk apa pamerkan alamat dorang tu? Supaya dorang dapat dibunuh? Supaya kereta-kereta dorang tu dapat dibakar dan dibom? Supaya korang boleh buat apa je kat ahli keluarga pemilik-pemilik Myvi tu? Persoalan aku.. Jikalau korang buat macam tu, apa bezanya korang dengan geng-geng Myvi tu?

Ada yang menyarankan agar kereta-kereta yang mempunyai Sticker tu dipecahkan? Kalau tak jumpa Myvi-Myvi yang ada Sticker tu macam mana? Adakah korang akan pecahkan semua Myvi yang ada Sticker kelab kereta? Dan bagaimana pulak kalau semua Sticker-Sticker kelab kereta dicabut? Adakah korang akan pecahkan semua Myvi yang ada kat atas jalan raya? 

Harus diingat, yang bersalah cumalah 6 bijik Myvi tu je. Bukannya semua pemandu-pemandu Myvi yang lain. Apa lagi dalam Myvi tu ada terselit seorang jejaka yang amat kacak, berkaca mata, berbudi bahasa dan sentiasa melihat gambar-gambar Elizabeth Tan. Takkan korang nak apa-apakan beliau yang tak bersalah tu? Jangan macam tu. Aku tak bersalah dalam hal ni. 


KISAH 6 BUAH MYVI FAMILIA MYVI CLUB, KISAH 6 BUAH MYVI YANG BERLUMBA HINGGA MENGORBANKAN NYAWA ORANG LAIN, TRAGEDI FAMILIA MYVI CLUB,
SUMBER
Sabar semua. Jangan terlalu ikutkan emosi sampaikan kita lupa etika kita sebagai seorang manusia. Seharusnya kita ambik masa untuk tenangkan diri kita dulu sebelum kita membuat apa-apa pun jua keputusan. Kita manusia yang beretika, berakhlak mulia dan juga bertolak ansur, Jangan hilangkan nilai-nilai indah tu dengan hanya membuta tuli mengikutkan emosi marah kita. Sabar semua. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk semua.

KISAH 6 BUAH MYVI FAMILIA MYVI CLUB, KISAH 6 BUAH MYVI YANG BERLUMBA HINGGA MENGORBANKAN NYAWA ORANG LAIN, TRAGEDI FAMILIA MYVI CLUB, Antara emosi dan etika.. Pilihan di tangan korang.. Kita diajar untuk bersabar. Kita juga dikurniakan otak yang menjadikan kita makhluk Allah yang lebih sempurna berbanding makhluk-makhluk lain di dunia. Gunakan ia sebaik-baiknya.

5 comments.. read them below or add one

AnonymousAnonymous 05 May, 2015
Assalamualaikum
lawak yang ada makna..
Good job my idola..
ieta mat sa'ad ieta mat sa'ad 05 May, 2015
Emosi pabila diikutkan samalah bangangnya dengan 6 jahanam yg memang dah bangang, lantas membangangkan semua org yang tidak berupaya untuk menurunkan tahap kebangangangan yg melanda dek status² yang penuh jutaan sandiwara kebangangan.
AnonymousAnonymous 05 May, 2015
Terbaiklah bro...betul lah apa yg kau tulis..hahaha...
Noorsha Muhamad Noorsha Muhamad 05 May, 2015
betul sgt tu.. cuba guna slogan zaman dulu.. pandu cermat jiwa selamat..heheh
ienaeliena ienaeliena 06 May, 2015
Hihi lawak la boni ni
dlm myvi terselit jejaka yg amat kacak (^_~)
Apa2 pn smg yg terlibat menerima balasan yg setimpal.. mangsa tu abg sepupu kwn iena..
slalu gak tgk de update cerita anak2 arwah.. kesian tgk dorang