TAK BERAPA UMMPPH PULAK AVENGERS 2 NI

Semalam aku layan Avengers dengan Ex-Ex sekolah aku. Disebabkan dah lama gila tak layan wayang, So kitorang Decide layan semalam. 

SINOPSIS FILEM AVENGERS 2 THE AGE OF ULTRON, REVIEW JUJUR FILEM AVENGERS 2 THE AGE OF ULTRON, BEST KE TAK BEST FILEM AVENGERS 2 THE AGE OF ULTRON

Tu pun Last Minute punya Planning. Kalau tak, aku layan sengsorang je. Takut pulak ada kapel-kapel sindir aku baru lepas putus cinta pulak. Hahaha. Maunya aku Sound dorang balik, 

"Halo Brader, sedangkan Spider Man pun boleh putus cinta dengan Loise Lane, inikan pulak korang yang baru nak Up!"

Tapi aku Sound pun dalam hati je lah. 

Selfie dulu sebelum gerak. Semalam aku jadi budak Skuter pulak. Bersetail betul aku ni.
SINOPSIS FILEM AVENGERS 2 THE AGE OF ULTRON, REVIEW JUJUR FILEM AVENGERS 2 THE AGE OF ULTRON, BEST KE TAK BEST FILEM AVENGERS 2 THE AGE OF ULTRON
Oh.. Lupa pulak nak sarung helmet. Selfie lagi sekali.
Avengers 2 The Age Of Ultron ni bagi aku kurang Ummphh sikit dari Avengers pertama tu. Aku tak tau lah korang. Tapi bagi aku tak berapa Umphh. Dia punya Action dan Fighting tak berapa menyengat berbanding Avengers pertama dulu. Avengers pertama dulu, bontot aku hampir kekejangan dengan aksi yang dipersembahkan.  

Kali ni musuh tak berapa kejam dan tak berapa ganas. Tapi aku tak tau lah macam mana korang pulak kan. Mungkin Expectation aku sebelum tengok filem ni tinggi. Aku harapkan musuh kali ni lebih lebih ganas, lebih kejam dan lebih mempunyai kuasa yang macam-macam. Ni dah macam Sutun je musuh dia. Aku harapkan musuh tu akan buat aku terkentut-kentut dalam panggung wayang. Sampaikan aku menjerit-jerit kesopanan dalam panggung wayang. Aku harapkan musuh kejam macam Gaara masa dia jahat dulu.  Mungkin itu agaknya yang mengecewakan aku. 

Jalan cerita ok. Ada yang cakap bosan, tapi bagi aku ok. Takkan lah korang nak 2 jam lebih tu, semuanya tengah Fighting kan? Macam ntah apa-apa pulak kalau tak ada jalan cerita tapi semuanya Fighting kan?  Hero-hero baru nak bercakap, tiba-tiba musuh datang. Hero-hero baru nak bergurau senda ejek nama bapak masing-masing, tiba-tiba muncul musuh-musuh yang mintak pelempang. Hulk baru 3 saat jadi manusia biasa balik, tiba-tiba kena jadi Hulk balik sebab kena serang secara tiba-tiba. Agent Ramanolf baru nak pegang jari Hulk tiba-tiba musuh muncul kat tengah-tengah dorang buat Suprise. Tony Stalk baru je nak berak tiba-tiba musuh keluar dari lobang jamban. Captain America baru selesai bunuh 200 musuh, tiba-tiba muncul lagi 2000 musuh. HawkEye baru nak kutip balik anak-anak panah dia dari tubuh badan musuh, tiba-tiba keluar pulak musuh yang lain dari dalam tanah sampai buat dia terkejut lalu pengsan. Thor baru nak terbang ke langit sebab ingat musuh dah habis, tiba-tiba muncul musuh dari langit. Tak ke Stress beliau? Tak pasal-pasal dia Resign dari Avenger di usia yang muda.

Muncul pulak Ultron versi baik buat aku tergelak. Mati-mati aku ingatkan watak Ultraman ditambah dalam dalam Avengers 2 ni. Mungkin pengarah nak tunjukkan inilah asal usul sebenar Ultraman. Bukan dari angkasa lepas dan bukan ciptaan Jepun. Hahaha. Dem. Buatlah Ultron versi baik ni warna pink ke. Baru lah aku dapat bezakan Ultron versi baik dengan Ultraman. Sama je rekabentuk dia dengan Ultraman cuma ada mulut dan saiz kecik.

Tapi apa-apa pun, masih lagi filem yang tak rugi beli tiket. Ini jujur. Korang takkan rugi beli tiket. Terima kasih kat kawan-kawan yang sudi Join sekaki tengok wayang ni.. walaupun korang lambat! Kan dah rugi beli tiket tu. Hahahaha.

SINOPSIS FILEM AVENGERS 2 THE AGE OF ULTRON, REVIEW JUJUR FILEM AVENGERS 2 THE AGE OF ULTRON, BEST KE TAK BEST FILEM AVENGERS 2 THE AGE OF ULTRONAku boleh jadi Elastik secara mengejut bila lipas terbang tiba-tiba terbang ke arah aku. Babi punya lipas terbang. Tapi adakah ini dikira Super Power jugak? Kalau dikira, boleh tak aku nak Join Avengers?





{ 10 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous 08 May, 2015
Btol....bnyak sgt yg mengarut...kan
RahimAim1 RahimAim1 08 May, 2015
Assalamualaikum...best entry ko...jap2..sejak bila lah louise lane couple dgn spider-man? Law xcopule, camne ley putus? Ahha....
boni kacak boni kacak 08 May, 2015
@aisyah ambris:

hahaha. dia sebenarnya kurang ummphh je.. hehe
Unknown Unknown 08 May, 2015
@RahimAim BudakPrihatin: dorang pernah bercinta sebelum superman rampas.. hahahaa
Ahlam Miera Shafie Ahlam Miera Shafie 08 May, 2015
baru nak p tengok,. kensel lah... hahaha
Unknown Unknown 08 May, 2015
aku rasa review ni lagi best dari movie.
hahahahah.
Unknown Unknown 08 May, 2015
Louise lane bukan awek superman ke? Mary jane atau gwen awek spiderman. Hehe
Nurrul Hazieqah Nurrul Hazieqah 09 May, 2015
sETUJU... BNyk adengan lawak .. dah mcm raja lawak lak.. gaga

yg sepatutnya nampak garang jadi hampeeeehhh
Bella Idura Bella Idura 10 May, 2015
Tak tengok lagi..baru nak tengok. Best ke tak best sebenarnya? Awak x follow saya lagi kan? cepat follow.. hahhahaa... paksa.
Fnd Rocka Fnd Rocka 12 May, 2015
LOUISE LANE waklu...ho ho