TIGA HARI UNTUK CABUT SEBATANG GIGI

Untuk cabut sebatang gigi je aku ambik masa sampai 3 hari. Dasyat betul aku ni. Hari pertama pergi ke klinik pergigian Serendah, Check keadaan gigi. Tak ada apa-apa. Lobang tak ada. Jadi, mana datangnya sakit tu. Aku dah mula cemas. Fikiran aku mula fikir adakah ini perbuatan makhluk ghaib yang menggoncang-goncangkan gigi aku. Tapi rupanya sangkaan aku salah sama sekali. Doktor bagi tau ni kemungkinan sebab akar gigi bermasalah. Jadi Solutionnya aku kena buat X-Ray gigi. Tapi Xray gigi ni kena buat kat klinik pergigian Rawang Perdana. Kat Serendah Xray dia rosak. 

Semalaman aku tak boleh tidur. Aku dah mula takut gigi aku ni bakal dipisahkan dari diri aku. Esoknya aku kembali balik ke klinik pergigian Serendah dan bawak keputusan Xray tu dengan penuh bergaya sekali. Doktor Norhelizaatun (aku terlupa nak tanya apa nama doktor tu. Ini memang buat aku menyesal tak sudah), bagitau yang gigi geraham aku ni bermasalah sebab dia dah memang asal lubang besar tapi ditampal. Yang paling Disaster sekali tu, gigi bongsu pulak tumbuh secara senget dan menyondol-nyondol gigi geraham tu. Apa jadahnya tumbuh senget. Malas nak hidup ke apa? 

Jadi doktor bagitau ada dua Solution untuk membuat aku riang ceria kembali seperti dulu.

1. Cabut
2. Kanal (RAWATAN AKAR)

Aku terdiam. Segala perasaan semua ada. Takut Plus Neves. Tapi aku tetap Control depan doktor tu. Jatuh lah martabat aku kalau nampak tak Steady. Jadi aku bagitau dia aku tak sedia lagi. Risau jugak aku kena penampo dengan dia. Tapi nasib baik lah doktor ni Sporting gila. Dia tak marah pun. Dia suruh aku fikir masak-masak lagi. Alhamdulillah. Terasa macam nak mintak kapel je dengan doktor ni. Terselamat maruah aku dari tercalar. Dan dia suruh aku fikir masak-masak samada nak buat kanal atau cabut. 

Balik tu, aku memang dah semat dalam hati dah nak buat kanal. Sekurang-kurangnya tak cabut. Tak pulas-pulas lepas tu rentap keluar dari gusi. Itu sangat menyeksakan.. Jadi disebabkan aku dah buat keputusan untuk Kanal, aku pun dengan bangganya Up status kat Facebook. Dan aku hanya perlukan 2-3 komen negatif sahaja dari berpuluh-puluh komen yang terus buat aku bertukar fikiran. Demm. 

Ada yang komen, "Kanal ni sakit gila! Bos saya dah jadi panas baran semenjak buat Kanal."

Ok! Tak jadi Kanal! Nampaknya macam lagi teruk dari cabut. Aku terus buat keputusan untuk cabut! Dan aku buat kajian aku sendiri sebelum nak pergi cabut tu. Aku mulanya agak konpius nak cabut mana satu. Samada nak cabut geraham atau pun nak cabut gigi bongsu. Sempat jugak aku berbincang dengan diri sendiri nak cabut yang mana satu.

ANTARA CABUT GIGI DAN BUAT RAWATAN KANAL AKAR GIGI, GIGI BONGSU TUMBUH SENGET, CABUT GIGI YANG ADA MASALAH AKAR, PENGALAMAN CABUT GIGI KAT KLINIK PERGIGIAN KERAJAAN SERENDAH, BAGAIMANA RASA CABUT GIGI DI KLINIK KERAJAAN SERENDAH,
Macam ni lah keadaan gigi bongsu aku tu.
ANTARA CABUT GIGI DAN BUAT RAWATAN KANAL AKAR GIGI, GIGI BONGSU TUMBUH SENGET, CABUT GIGI YANG ADA MASALAH AKAR, PENGALAMAN CABUT GIGI KAT KLINIK PERGIGIAN KERAJAAN SERENDAH, BAGAIMANA RASA CABUT GIGI DI KLINIK KERAJAAN SERENDAH,
Ni pulak gigi geraham yang sakit akibat ditonyoh-tonyoh oleh gigi bongsu tu. Apa lagi gigi geraham tu memang dah ada masalah sebelum ni. Beliau masih lagi terselamat dalam mulut aku ni sebab aku tampal.

Jadi, aku buat keputusan untuk cabut gigi yang ni.

ANTARA CABUT GIGI DAN BUAT RAWATAN KANAL AKAR GIGI, GIGI BONGSU TUMBUH SENGET, CABUT GIGI YANG ADA MASALAH AKAR, PENGALAMAN CABUT GIGI KAT KLINIK PERGIGIAN KERAJAAN SERENDAH, BAGAIMANA RASA CABUT GIGI DI KLINIK KERAJAAN SERENDAH,

Eh. Bukan yang ni. 

ANTARA CABUT GIGI DAN BUAT RAWATAN KANAL AKAR GIGI, GIGI BONGSU TUMBUH SENGET, CABUT GIGI YANG ADA MASALAH AKAR, PENGALAMAN CABUT GIGI KAT KLINIK PERGIGIAN KERAJAAN SERENDAH, BAGAIMANA RASA CABUT GIGI DI KLINIK KERAJAAN SERENDAH,

Aku buat keputusan untuk cabut gigi geraham berbanding gigi bongsu. Sebab apa? Sebab gigi geraham memang dah bermasalah. Jadi lebih baik aku korbankan beliau berbanding gigi bongsu yang baru setahun jagung hidup tu. Lagi satu, bila tengok kedudukan dia, kalau aku cabut gigi geraham, gigi bongsu akan hidup bebas dan liar. Dia dah tak sondol sesapa dan tak akan ada gigi lain yang akan sakit. Ini mengikut kajian 'pandai-pandai' aku sendiri. Kalau salah tulun maafkan. Hahaha

Jadi, esoknya aku terus ke Klinik Pergigian Serendah untuk hari ketiga. Masuk je dalam bilik rawatan, doktor tanya dah ada keputusan dah? Aku dengan konfidennya cakap dah! 

Operasi pun terus dimulakan. Kejap je proses dia. Suntik 2-3 das bius, bila tak berapa kebas, tambah 2-3 das bius lagi lepas tu terus kokak gigi aku dengan jayanya. 

Aku tak tau lah kenapa orang ramai cakap cabut gigi kat klinik kerajaan ni menyakitkan. Aku rasa elok je. Dari awal sampailah gigi tu tertanggal keluar. Tak rasa sakit pun. Layanan dia pun okeh. Siap menyanyi lagi time cabut gigi aku. Mungkin korang dapat doktor yang tak cukup kasih sayang kot. Hahaha. 


ANTARA CABUT GIGI DAN BUAT RAWATAN KANAL AKAR GIGI, GIGI BONGSU TUMBUH SENGET, CABUT GIGI YANG ADA MASALAH AKAR, PENGALAMAN CABUT GIGI KAT KLINIK PERGIGIAN KERAJAAN SERENDAH, BAGAIMANA RASA CABUT GIGI DI KLINIK KERAJAAN SERENDAH,
Aku mintak bawak balik gigi geraham ni. Panjang akar dia. Aku nak simpan bawah bantal. Hahaha
Alhamdulillah. Setel rawatan gigi aku. Walau ambik 3 hari, tapi aku rasa berbaloi. Lagipun klinik kerajaan tak lah semahal klinik swasta kan. Kalau klinik swasta, 3 hari ulang alik maunya beratus-ratus aku habis. 


ANTARA CABUT GIGI DAN BUAT RAWATAN KANAL AKAR GIGI, GIGI BONGSU TUMBUH SENGET, CABUT GIGI YANG ADA MASALAH AKAR, PENGALAMAN CABUT GIGI KAT KLINIK PERGIGIAN KERAJAAN SERENDAH, BAGAIMANA RASA CABUT GIGI DI KLINIK KERAJAAN SERENDAH,Sebenarnya sampai sekarang Neves aku tak hilang lagi. Aku sebenarnya takut cabut gigi sebab Last aku cabut masa sekolah rendah. Bayangkanlah. Nasib baiklah aku tak terkentut-kentut tadi sebab keraskan badan. Apa-apapun aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat doktor tu yang buat sehabis baik untuk aku. Terima kasih doktor. 

{ 10 comments.. read them below or add one }

Uncle Zuan Uncle Zuan 21 May, 2015
siap lukis lagi tu hahahah

btw wa takut dr gigi.. dr gigi tu macam hantu gg pada wa
Shiqin Sunshine Shiqin Sunshine 21 May, 2015
hahaha betol2...sebnarnya cabut tu tak sakit pon... *padahal xde pngalaman, dr bacaan dgn dgr cite org jer xD

nasib baik gigi bongsu saya tak kejam, tak sondol2 gigi graham #banggakejap kehkeh


btw, kalau orang tak scroll samai bawh la kan, lukisan tu mst dia tertanya2 dah kenapa nak cabut gigi graham yang nun jauh di kiri tu...sdangkan graham kanan yg disondol2 tu yg sakit xD
Cik Miela Cik Miela 22 May, 2015
ngilunya cabut gigi, huhu... Takut ceq
Husna Yusof Husna Yusof 22 May, 2015
hahahah ok la tu boni kene cabut 1 je.. kite ni 5 terus kene cabut sbb gigi bersimbang siur and also ada masalah gigi bongsu sama mcm boni jugak heheheh but kita takleh cabut gitu je.. kene operation! lg serammmmmm :)
Unknown Unknown 22 May, 2015
ihh ngilu mas kalo di cabut gigi ..saya perna di cabut gigi tapi cuma sekali mas itu juga waktu sd alhamdulilah sekarang belum pernah lagi di cabut hehehe
RahimAim1 RahimAim1 22 May, 2015
Erk..gigi kau ke tu? Seram deh aku tengok.... Tapi #RESPECT sbb gigi kau berjaya dicabut..aku ni.. dalam barisan gigi aku..ada satu gigi rosak..sampai sekarang aku tak cabut..pi jumpa doktor apatah lagi... SERAM... ahha... BTWY... rajin tak? Meh sini lawat n follow blog picisan aq..

Jemput singgah | Baca | Follow

http://www.rahimaim.com/
JMR JMR 22 May, 2015
gambar gigi ko tu mcm gigi dinosor aku nengok
Yanty Lee Yanty Lee 23 May, 2015
Mak aih besau nya gigi Boni.. Ty pernah alami.. tapi doktor suh operate.
Unknown Unknown 23 May, 2015
Lerr... baru cabut gigi jugak. Problem yang sama jugal. Tapi cabut gigi bongsu. Masa cabut x sakit. lepas cabut ni yang rasa x selesa. :(
nadiah nadiah 29 September, 2015
Salam, Klinik Pergigian Serendah jadual tawaran hari untuk pesakit luar, hari apa ye? Sebab jenuh dah google2, tapi tak jumpa.nak tel Klinik pun, dah habis waktu kerja. 6:46pm. Memang sakit yg amat bila Gigi dah 3 hari sakit .ingat kejap je sakit. Bila baca artikel ada tentang carnal root, saya pernah buat dulu. kalau ada maklumbalas, terima kasih.