Motor aku yang banyak berbakti selama ni. Hitam putih warnanya. Dan aku namakannya sebagai Si tompok Milenium The Super Ultimate Kacak Bergaya. |
Bila aku buat Research kat beberapa Group forum dan berlandaskan beberapa komen, rupanya meter motor Yahama 135 LC First Model ni ringan. Maknanya tak betul. Ada ralat kat situ. Bila aku baca, mulalah aku rasa Annoying terhadap diri sendiri. Aku dah mula rasa insaf bila mana aku pernah riak pada kereta-kereta yang aku potong dulu.
Rupanya walaupun bacaan meter kat motor 135 LC aku tu dah paras-paras 150-160km/j, tapi sebenarnya kalau ikut kelajuan sebenarnya baru 120km-130km je. Kalau setakat lari 140km/j, tu lebih kurang dalam 110++km/j je. Itu ikut sukatan meter GPS. Itu lah bacaan sebenar dia. Jadi untuk pengetahuan aku dan jugak korang semua, 135 LC ni bukanlah laju mana pun. Hahaha. Tapi dalam kategori kapcai, dia boleh berlagak macho dah. Dialah sang raja. Cikaro-cikaro kapcai pasti bangga kapel dengan korang yang bawak LC. Makin tinggi tonggek bontot dorang. Hahaha.
Aku sebenarnya tak kisah kalaupun orang cakap 135 LC ni tak laju sebenarnya. Sebab utamanya aku bukan mat rempit. Dulu ye lah. Zaman aku pakai Yamaha RXZ. Tu zaman kegelapan aku. Zaman tu kalau boleh sumbat tayar basikal masuk dalam Z aku, aku dah sumbat dah. Sekarang ni aku hanya guna motor nak ulang alik dalam perjalanan yang jauh. Lebih kurang jarak perjalanan 80km pergi dan 80km balik. Setiap hari. Jadi bagi aku dah okay dah laju tu. 120km/j-130km/j. Boleh lah potong kereta yang bawak 110km/j dan boleh kenyit-kenyit mata, lambai-lambai dan mintak akaun Facebook awek-awek yang ada dalam kereta tu. Kalau bernasib baik, boleh dapat nombor Whatsapp sekali dan ajak minum kat RnR terdekat. Kan bagus untuk merapatkan silaturahim sesama insan tu.
Kalau orang lain aku tak tau lah samada kisah akan kelajuan sebenar 135 LC ni. Tapi bagi aku.. cukuplah dan memadai. Dah laju dah tu bagi aku. Kalau setakat nak buat pergi kerja balik kerja macam aku ni, dah okay dah tu. Jalan Duta-RAWANG ikut Highway Plus pun boleh dapat dalam 20-30 minit. Bagi aku dah cukup laju dah tu. Korang nak laju mana lagi? KL-Bukit Beruntung 5 minit? Walaweh. Baik korang beli jet peribadi je.
Kalau nak laju, korang tak boleh Usyar-Usyar 135 LC ni, korang kena Usyar Superbike. Paling kurang pun z800 macam ANONYMOUS dalam ARTIKEL NI. (sila klik). Mana mungkin nak ajak aku main kalau aku pakai 135 LC. Hahaha. Ibarat korang bawak Toyota Vios, tapi ajak makcik tua yang bawak kancil 660 lumba. Hahaha.
Sebab tu motor aku Standard dari dulu sampai sekarang. Dah 10 tahun. LC aku boleh lari sampai 170km/j a.k.a 140km/j meter GPS (turun bukit sambil tunduk hormat. Hahaha.) Kira okeh lah tu. Kalaulah dulu aku Modified enjin aku, memang lah jarum meter boleh pusing-pusing menari zapin lagi depan mata, tapi tak tahan lama lah enjin aku. Maunya setiap tahun Overhaul.
Sekarang ni aku masih lagi berfikir-fikir. Dan hampir buntu dah ni. Aku nak jual Yamaha 135LC aku ni. Tahun 2007. Tapi aku tertanya-tanya sampai sekarang.. Samada nak sambar Suzuki Belang 150r, Yamaha FZ 150i ataupun Kawasaki Duke 150. Kalau korang, korang sambar yang mana? At Least yang mampu buat anak mata Elizabeth Tan jeling-jeling sikit kat motor aku dan juga tuannya...
Aku sebenarnya sayang nak jual. Tapi apakan daya. Aku perlu Cash segera untuk selesaikan hutang 'Ahlong' warna biru dok megah tengah-tengah KL tu.