Perasmian Smashies Burger Bersama Presiden Obama
Semalam aku dijemput untuk ke perasmian Smashies Burger di Metro Genting, Jalan Genting Klang, Setapak. Dan dengan bangganya aku telah datang lambat disebabkan tersangkut dalam hujan lebat. Biasalah, mat motor macam aku terpaksa berteduh bawah jambatan kalau hujan. Kalau tak, basah lencun tu. Habislah martabat wajah kacak aku di mata gadis-gadis nanti.Pada perasmian tersebut , sebenarnya aku terlepas detik-detik penting semasa Presiden Obama merasmikan Smashies Burger tersebut. Jadi, dengan tenangnya aku terpaksa menculik beberapa keping gambar daripada rakan blogger.
Presiden Obama bersama dengan Founder Smashies Burger iaitu Mr Will Soh. Kredit - nizamijam.com |
Majlis perasmian bermula. Kredit - nizamijam.com |
Kehadiran Presiden Obama adalah sebagai mewakili Amerika Syarikat yang memang kita ketahui adalah negara kelahiran burger pada 273 tahun yang lalu.
Jujurnya pada aku sendiri yang dah merasai sendiri keenakan Smashies Burger ni, aku amat tertarik pada keunikan yang ada pada Smashies Burger. Kerana ia didatangkan dengan warna ban roti yang berlainan. Ada ban berwarna hitam, oren dan merah. Begitu juga dengan nama-nama burger. Ia sangat-sangat unik. Di samping rasa daging burger yang sangat lembut, tidak liat dan sangat "JUICY". Ia memang buat aku sangat-sangat tertarik.
Jom tengok dulu menu yang ada di Smashies Burger.
Pilihan daging. Lihat pada nama dan warna roti burger tersebut. Ia sangat unik. |
Pilihan ayam. Lihat juga pada warna roti burger dan nama burger. |
Pada hari itu aku telah memilih menu Happy Cow. Sebab aku nakkan kegembiraan. Haha. Tak sangka lepas mengokak dengan satu gigitan, aku terus gembira. Sebab rasa dagingnya memang betul-betul lembut, tak liat, "JUICY" sehingga benar-benar terasa basah di dalam mulut. Sangat mengiurkan. Aku boleh katakan ia benar-benar "JUICY" yang asli. Susah untuk aku rasakan daging burger "JUICY" yang sebegini.
HAPPY COW yang aku rasa pada hari tu. Memang aku jadi lembu yang gembira lepas tu. Hahaha. |
Voucher yang sangat menarik buat pelanggan Smashies Burger |
Sebenarnya ada kisah yang dilalui sendiri oleh Founder @ CEO Smashies Burger ini iaiti Mr Will Soh. Untuk aku ceritakan mungkin agak panjang, jadi korang boleh klik gambar di bawah untuk mengetahui sejarah hidup dan Mr Will Soh dan juga kewujudan Smashies Burger ni.
Klik untuk membesarkan gambar. Dan boleh tengok kartun Mr Will Soh ni. |
SMASHIES BURGER
Lot 126-G-5 , Metro Genting,
Jalan Genting Klang , Setapak,
53300 Kuala Lumpur.
Phone : 012 3997815
Business Hour : 12.20pm - 11.30pm
Presiden Obama di atas adalah seorang rakyat Indonesia bernama Ilham Anas yang mempunyai wajah mirip Presiden Amerika Syarikat iaitu Barrack Obama. Disebabkan wajah yang mirip itu, beliau telah mendapat berbagai-bagai tawaran termasuklah berlakon.