Program Sambutan Ramadhan Anak Muda
Hari Sabtu lepas aku ke dua program. Satu adalah program I FEST IPG KAMPUS BAHASA MELAYU dan satu lagi adalah PROGRAM SAMBUTAN RAMADHAN ANAK MUDA. Hari ni aku akan ceritakan dulu tentang program sambutan ramadhan anak muda yang aku hadiri. Apa yang menariknya tentang program ini adalah ia disusun dan dirancang oleh rakan-rakan seperjuangan aku di Selayang. Dan mereka juga telah menjemput dua orang penceramah yang sangat hebat iaitu Ustaz Akhil Hayy dan Ustaz Drs Ahmad Termizi (Penceramah yang julung kali aku dengar namanya, tapi ceramah dia bertaraf 5 bintang wa cakap sama lu.. AHAK AHAK)Lepas berpenat lelah menjual muka kat IPG, aku terus pecut ke Selayang untuk ke program sambutan ramadhan anak muda tersebut. Jalan macam biasa akan sesak. Aku pun macam biasa akan pasang radio kuat-kuat dan melalak dalam kereta. Sampai tersembur taik gigi kat cermin. Apa lagi, orang kiri kanan mula perhati perangai aku. Ada aku kisah? Yang penting aku tak kacau periuk nasi orang lain pun dan aku tak menyusahkan sesiapa pun. Betul tak tuan-tuan,puan-puan, hadirin dan hadirat sekalian? Hahaha.
Sampai je kat sana, dorang masih lagi set up tempat tersebut. Dan secara terkejutnya, aku juga dilantik menjadi salah seorang krew untuk program sambutan ramadhan anak muda tersebut. Memanglah buat aku terkejut. Hahaha. Lagi best, tag aku bertali pink. Hampeh. Mentang-mentang gwiyomi aku kaler pink. Hahaha.
Hampeh punya Adi. Hahaha. |
Menyiapkan nasi makanan untuk para tetamu |
Semua sedang bertungkus lumus |
Sambutan program ramadhan anak muda ini sangat menggalakkan. Full house! Sekali lagi aku ucapkan tahniah kepada pihak penganjur. Ini satu kejayaan buat pihak penganjur kerana program berunsurkan agama ini memang sukar untuk mendapat bilangan hadirin sebegini. Terutama kepada anak-anak muda. Aku pernah menghadiri sendiri satu ceramah agama tapi bilangan penonton sangat mendukacitakan. Lebih kurang 10% daripada jumlah 1000 tempat duduk yang disediakan.
Persembahan QASIDAH daripada Perkid Hulu Langat. |
Operasi memotong pulut kuning daripada pihak penganjur iaitu gabungan anak-anak muda Bukit Idaman Selayang dan paling buat aku bangga mereka adalah rakan-rakan sekolah aku. |
Ustaz Akhil Hayy sedang memberi ceramah |
1. Ia adalah program berunsurkan agama. Program begini memang selalu dipinggirkan oleh anak-anak muda sekarang. Tetapi pada hari tersebut, ia berjaya menarik ramai hadirin. Full House!
2. Pemilihan penceramah yang tepat kerana tak semua penceramah mampu memasuki dan menyelongkar hati-hati anak muda yang memang terkenal dengan 'kenakalannya' termasuklah aku sendiri. Ustaz Akhil Hayy dan juga Ustaz Drs Ahmad Termizi memang ustaz-ustaz yang gangster. Sejujurnya, dorang berjaya menangkap hati-hati kami dengan cara ceramah mereka. Thumbs up ustaz-ustaz sekalian. Ahak Ahak! Haha.
3. Pihak penganjur bertungkus-lumus untuk memastikan program ini berjalan lancar dan berjaya. Tahniah sekali lagi aku ucapkan kepada mereka. Adi Bun, Ijoy, Izzat Adzmey dan rakan-rakan.
Bila diri kita masih mahu mendengar ceramah agama, itu bermakna hati kita masih hidup.Walau mat rempit, gangster,dan mat gian sekalipun, jika dia masih mahu mendengar ceramah agama, itu bermakna hati dia masih mahu kembali kepada Allah. -ustaz akhil hayy