Buffet Ramadhan 2013 De Palma Hotel Shah Alam
Hari Rabu lepas aku telah dijemput oleh rakan blogger untuk menikmati juadah berbuka di De Palma Shah Alam. Ini sebenarnya jemputan pertama aku sebagai blogger untuk merasa sendiri keenakan juadah yang berada di De Palma Hotel Shah Alam ini.Sesampainya kat sana, alangkah terkejutnya aku bila melihat ratusan jenis juadah makanan yang disediakan. Hampir sawan aku sebab terkejut. Jadi, jom aku bawa korang untuk melihat sendiri juadah yang ada di De Palma Hotel Shah Alam ini.
Lihat saja pada kuih muih yang dihidangkan. Begitu menarik dan begitu banyak. Rambang mata aku hari tu.
Agak menarik apabila ruangan di luar dewan makan ada disediakan gerai-gerai sebegini. Seolah-olah kita berada di bazar ramadhan. Semuanya fresh dan dimasak di situ.
Aku agak tertarik dengan juadah ikan keli. Bukan hanya awek penggoreng yang menawan kalbu jejaka-jejaka di situ, tapi ikan keli yang masih hidup di dalam akuarium. Memang fresh!
Kambing panggang aku tak nafikan. Antara hidangan paling laris pada hari tu. Dari segi rasa, aku boleh bagi 5 bintang untuk kambing panggang ni. Memang korang wajib serbu kalau ke sini.
Menu kenduri kahwin pun disediakan di sana. Menarik tu.
Lauk masakan kampung yang sentiasa menjadi pilihan di mana-mana sahaja. Memang terbaik. Terbaik dari ladang.
Ulam-ulaman dan jeruk buah-buahan pun disediakan. Aku memang dah tekad untuk sambar jeruk betik tu. Favaourite aku tu! Tapi, last-last aku terlupa nak ambil. Kecewanya.
Barisan pencuci-pencuci mulut yang sememangnya buat aku rambang mata. Tak tau nak pilih mana satu. Akhirnya aku buat keputusan untuk pilih yang coklat tu memandangkan Nora Danish pun suka coklat.
Apa yang membuatkan majlis berbuka puasa di De Palma Hotel ni istimewa dan unik adalah pendekatan Islamik yang mereka tampilkan. Aku respek pada perkara ini. Sepanjang ramadhan ini, De Palma Hotel Shah Alam telah menyediakan aktiviti-aktiviti seperti :-
- Laungan azan live
- Persembahan Qasidah
- Bacaan ayat suci Al-Quran dari Sheikh Hassan Abdel Ghany Mohamed Abouseta (Qari dari Mesir)
- Tazkirah
- Solat tarawikh berjemaah
Ini pula juadah-juadah yang aku bedal malam tu. Sambil-sambil bedal sambil dengar tazkirah. Layan juga rupanya. Hehehe. Sambil makan sambil dapat pahala. Betul tak? Lauk aku ambil gulai daging kambing, ikan masin, ayam berempah, dan tak lupa juga daging kambing panggang.
Kambing panggang memang betul-betul UMPH!! Buat aku rasa nak jadi manusia karnivor selama-lamanya. Sedap tak ingat!
Barisan blogger yang hadir pada malam tersebut. Bro Framestone, Abang Ensem, Melastik Bintang, Nizam Ijam, Sohoque, Nisa Kay, dan Mia. Sumber - MelastikBintang.Com
Barisan blogger yang hadir pada malam tersebut. Bro Framestone, Abang Ensem, Melastik Bintang, Nizam Ijam, Sohoque, Nisa Kay, dan Mia. Sumber - MelastikBintang.Com
Harga untuk buffet ramadhan di De Palma Hotel :-
Dewasa - RM75 nett
Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun - RM35 nett
Untuk membuat tempahan dan pertanyaan tentang buffet ramadhan De Palma Hotel bolehlah hubungi nombor dan alamat di bawah ini.
Phone - 03 55428080
De Palma Hotel Shah Alam
Jalan Nelayan 19/15
Seksyen 19, P.O. Box 7511,
40718 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
dan lagi no..'cuci2 mata'..hee