Gambar Sekitar I-FEST IPG Kampus Bahasa Melayu
Ok, berbalik pada cerita I-FEST IPG pula seperti yang aku ceritakan pada entri semalam. Sebelum aku ke program sambutan ramadhan , aku sempat singgah di IPG Kampus Bahasa Melayu selepas berjanji dengan blogger Cik Lyeen. Ini pertama kali aku menjejakkan kaki ke kampus IPG yang terletak bersebelahan Universiti Malaya. Menarik juga sebenarnya. Apa lagi pada hari tersebut banyak aktiviti yang berlangsung. Nasib baiklah aku ni dah berpunya, kalau tak.. memang aku dah mengganas dah bila terlalu ramai awek lalu lalang depan mata aku. Aumm. Hahaha.Jadi, tanpa buang masa jom layan gambar-gambar sekitar I-FEST yang berlangsung di IPG Kampus Bahasa Melayu Sabtu lepas.
Sempat aku tembak gambar dorang tengah main Paint Ball dan bola raksasa. |
Gerai kelas Cik Lyeen. Kerepek, air buah blended, tudung ada dijual di sini. Hampir-hampir aku terjual diri sendiri kat sini. |
Antara pelajar kelas Cik Lyeen. |
Kalau berminat nak beli tudung, bolehlah roger Blogger Cik Lyeen ye. |
Gerai-gerai menjual barangan kering termasuklah stokin seksi perempuan. Haha. |
Berjumpa blogger lagi. Blogger Khalila |
Apa-apapun, aku enjoy berada di IPG Kampus Bahasa Melayu tersebut. Rasa teringin nak kembali belajar sebenarnya. Terima kasih kepada blogger Cik Lyeen kerana sudi menjemput. Kepada penuntut-penuntut IPG Kampus Bahasa Melayu, belajar bersungguh-sungguh. Semoga menjadi bakal pengajar yang terbaik buat bakal-bakal pemimpin negara kita satu hari nanti.