Aku Tercampak Ke Balai Seni Bersama PeKOMIK
Pada 22 Jun 2013 hari tu, aku telah tercampak ke Balai Seni Negara dan terus mengikuti perkembangan semasa MESYUARAT AGUNG PeKOMIK ke-4. Bagi yang masih tak mengetahui apa itu PeKOMIK, PeKOMIK adalah singkatan kepada PERSATUAN PENGGIAT KOMIK MALAYSIA.
|
Tak syak lagi, sinilah tempat yang aku tercampak hari tu. |
Pada mesyuarat tersebut , ahli-ahli PeKOMIK telah membincangkan beberapa perkara termasuklah pencarian dana, majalah PeKOMIK, kerjasama antara AJK, keahlian, penggiat komik, aktiviti dan kerjasama dengan syarikat, badan kerajaan dan bukan kerajaan.
Walaupun bab ni aku tak berapa faham, tapi aku iya kan je. Maklumlah, aku ni mudah terbayang wajah Nora Danish. Apa lagi time mesyuarat-mensyuarat ni. Memang susah aku nak tumpukan perhatian.
|
Sungguh aku tak tau jari siapa yang buat peace tu. Aku tak buat pun. Betul. |
Dan pada hari itu juga sebenarnya telah berlangsung perlantikan beberapa AJK untuk PeKOMIK. Dan aku yang mempunyai wajah agak kacak ini dengan slamber badaknya telah dilantik menjadi salah seorang AJK untuk PeKOMIK.
Baiklah. Satu pengiktirafan bagi aku. Hahaha. Boleh juga berbangga kat anak cucu nanti. Aku ada sijil AJK untuk sesuatu persatuan yang agak besar. Tak lah aku asyik terlena dan berbangga dengan sijil Bendahari Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah aku tu.
Habis mesyuarat, kitorang disergah ke bahagian luar untuk majlis makan beradab. Sedap juadah petang tu. Dua pinggan aku tambah. Sejak daripada petang tu, aku dah mula gemuk.
|
Para penggiat komik dan ahli PeKOMIK menikmati juadah petang yang sedap. |
|
Bergambar kenangan sebelum balik. |
Sempat juga aku tembak beberapa keping gambar sebelum chow dari situ. Bukan senang aku nak berada kat sini. Haha.
|
Bersama kartunis-kartunis hebat seperti kartunis SIREH (berbaju kuning) |
|
Sempat lepak dengan team Penyamun Inc. kat Laman Santai Istana Budaya pekena rojak buah. |
|
Sambil makan sambil tengok tarian daripada penari-penari istana budaya. Rasa macam raja yang sedang dihiburkan oleh dayang-dayang. Haha. |
|
Jom ramai-ramai memeriahkan majlis ni. |