Nestle Drumstick Terbaru Perisa EKSTREM CHOC Memang Nikmat
Baru-baru ni aku mencuba ais krim Nestle Drumstick berperisa EKSTREM CHOC. Perisa terbaru daripada Nestle Drumstik.Nampak tak Nestle Drumstick perisa Eksterum Choc.Sangat menyelerakan walau tengok pada bungkusan je. |
Dan, paling menariknya, Nestle Drumstick dengan bangganya telah meraikan pelancaran perisa terbaru ini bermula pada bulan MEI 2013. Mereka telah mengembara seluruh Semenanjung Malaysia dan di dalam pengembaraan ini, mereka singgah di lebih daripada 110 buah kolej dan universiti.
Menariknya lagi, aktiviti yang telah diperkenalkan di lokasi-lokasi terpilih itu adalah "Bungee Trampoline". Dengar pun macam menarik. Sesuai dengan mereka yang menggemari keseronokan dan pengembaraan.
atau
Aku pernah makan ais krim coklat sampai terjatuh dalam longkang sebab terlalu menghayati kenikmatan coklat ais krim tu. Hahaha.