Burger Bakar Kampung??

Burger Bakar Kampung | Hari Isnin malam aku dapat jemputan oleh blogger handalan ini untuk menikmati satu hidangan burger bakar di Meru, Afghanistan. Haha. Kalau korang percaya korang memang ada masalah otak. Meru dekat Klang lah.

Yang paling awal tiba di sana adalah aku,blogger ni  dan juga Blogger ni. Aku siap kebasahan lagi. Habis gatal kangkang aku disebabkan spender basah. Redah hujan.

Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, jom terus kita nikmati kehebatan Burger Bakar Kampung ni.


burger bakar kampung


burger bakar kampung
Harga berpatutan. Dan mampu dinikmati sesiapa sahaja.
burger bakar kampung
Siap ada set lagi. Siapa penggemar Ice Blended bolehlah ke sini sambil menikmati hidangan burger bakar.
burger bakar kampung
Proses memasak daging. 
burger bakar kampung
Daging yang diproses sendiri sepenuhnya.
burger kampung bakar
Proses penyediaan burger bakar.
burger bakar kampung
Siap cheese lagi. Sangat menyelerakan.
burger bakar kampung
Sudah siap. Aku punya set. Daging Double+DoubleCheese+Sos Blackpepper. Memang terbaik. Berguling-guling aku atas meja sebab terlalu excited.
burger bakar kampung

Apa yang dapat aku simpulkan, Burger Bakar Kampung ni antara burger bakar yang terbaik setakat ini yang pernah aku rasa. Selain daripada rasanya yang enak itu, suasananya pun memang suasana kampung. Santai dan menenangkan fikiran. Ini satu-satunya burger bakar luar bandar yang pernah aku temui setakat ini. 

Sedikit info tentang Burger Bakar Kampung ini.

  • Terletak di Jalan Meru Tambahan, Klang
  • Baru 4 bulan beroperasi
  • Menyediakan burger biasa juga (Burger Ramly)
  • Daging yang disediakan adalah daging terbaik setelah berpuluh kali try and error
  • Jika mendaftar jadi ahli Burger Bakar Kampung, terdapat pelbagai keistimewaan yang diberikan antaranya percuma set burger bakar
  • Menyediakan perkhidmatan DELIVERY ke rumah pelanggan dengan Charge hanya rm1 sahaja. (Hanya untuk kawasan MERU sahaja)
Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk ke sini bolehlah terus datang ke Burger Bakar Kampung ni. Tak sia-sia perjalanan jauh ke sini. Ia berbaloi. Di bawah ni aku lampirkan peta untuk ke sana. Kalau korang tak pergi, aku siat-siat kulit korang jadi daging burger bakar. Haha.

peta burger bakar kampung
Sila klik gambar untuk tumbesaran sempurna

Waktu operasi 
Ahad - Khamis : 6 petang - 11 malam
Jumaat & Sabtu : 6 petang - 12 malam


Hubungi Burger Bakar Kampung

010-7731917

DAN

Facebook --> BURGER BAKAR KAMPUNG

burger bakar kampung
"Mai ke kedai kami"

{ 75 comments.. read them below or add one }

Aimacomel Aimacomel 20 March, 2013
Perggh, menarik sungguh tu. Beger lama betul xmakan. Kalau dekat dah lama kena serbu tau.
Unknown Unknown 20 March, 2013
seramnya banner dia..hahaha..handsome tukang jual burger..:D

p/s: mohon abg boni belanja...T_T
Unknown Unknown 20 March, 2013
pergh, syoklah makan burger bakar.huhu
Unknown Unknown 20 March, 2013
hahahaha spender basah?? Tu la bro.. suruh pakai baju hujan taknak.. hahaha tapi takpe, atas ikut gerak hati ko, kita dah berjaya sampai lebih awal :)
Kakcik Seroja Kakcik Seroja 20 March, 2013
Sampai hati tak ajak kakik pergi sama... ;-)
Mek Onie Mek Onie 20 March, 2013
alahaiiii,onie yg duk puncak alam pun tak tahu kewujudan restoran ni,haha..thanks for sharing :D
Zaza Iman Zaza Iman 20 March, 2013
bila boni nak belanja zaza burger ni..hekhek
Yana Yassin Yana Yassin 20 March, 2013
Waaah,.. sedaaap nampak gambar. untung lah x ajak kita pung.
Miss N™ Miss N™ 20 March, 2013
okay...
awak bjaya buat saya lapar..
grrr...
hana hadi hana hadi 20 March, 2013
aik, bakar atas tu.. bukan bakar atas pemanggang yng jaring2 tu
wantie wantie 20 March, 2013
burger bakar kg. tak pe. jgn lepas mkn ko gi bakar satu kg tu udah le. ngeeeee
Faridzuan Faridzuan 20 March, 2013
Amboi, sedapnya! Oh, air liur dan mula menitik!
Ladfe Amir Ladfe Amir 20 March, 2013
beli baju hujan mahal sikit bro.

nanti nak pegi lagi roger gua ye
deq noor deq noor 20 March, 2013
nak burger bakar satu! :D
beckhrooy beckhrooy 20 March, 2013
janji burger bakar, confirm sedap hehe
JMR JMR 20 March, 2013
bonikacak leh jadi duta beger bkr kg nih...
Unknown Unknown 20 March, 2013
pergh!!!! meleleh sos dia....sedap tu..... boleh menjilat jari....
Ezad Skytech Ezad Skytech 21 March, 2013
perghhh...ni yg rasa mcm nak g try je ni..Meru bukan jauh mana pun...heee~
Bin Muhammad Bin Muhammad 21 March, 2013
Review yang menggiurkan... Nampak sedap giler burger tu, rasa nak mkn jer kat skrin ni..hehe
Bilalah nak tersesat ke Meru ni, nanti aku cuba sesat2kan diri kesana!
||aLeaSaRa|| ||aLeaSaRa|| 21 March, 2013
wah menarik lapar huhu...

#bolehlah inform jalan2 cr makan,bthu diorg info tmpt ni nnt penonton tu dpt join skli makan,makin bertambah femes lah boni ^^
Fatin Diana Fatin Diana 21 March, 2013
pehhh! mau meleleh tengok. bagus lah kan sebab ada buat delivery.
Mummy MM Mummy MM 21 March, 2013
Abam Boni, tolong pos satu.. Please.. Lapar.. Huhu..
Datin Tyka Datin Tyka 21 March, 2013
kenapa tak delivery luar meru..shah alam ke... kena cuba juga ni
Dayang Deno Dayang Deno 21 March, 2013
wow! boleh meleh air liur sbb terliur! :)
Unknown Unknown 21 March, 2013
pehhhh.. ade mase nanti boleh g same- same ke sane makan burger bakar kampung..nampak sedap je pasti hingga menjilat jari..hahah
Kamsiah yusoff Kamsiah yusoff 21 March, 2013
yg spenda basah tu yg nak tergelak tu..:)
dariilhamkehati dariilhamkehati 21 March, 2013
jauh sangat :P tett !!

tapi kt tg. malim nih pown ade yang jual burger bakar ..

burger bakar nih kan , mahal la dari burger biasa ..

so , as student nih , hehehehe ~

beli burger biasa je la :P tett !!
Nik Nik 21 March, 2013
amboi... tgk burger yg ada cheese tu.sedap tu
Sheila Salim Sheila Salim 21 March, 2013
Assalamualaikum. sedapnya daging dengan cheese tu. heee. terliur. boni, tolonglah belikan bagi sheila. hehehehe
Len Inouie Len Inouie 21 March, 2013
perosak harapanku mendapat 6pax
Zurina Zurina 21 March, 2013
Klau sedap buleh cuba ni...original dr org kg...:)
Hans Hanis Hans Hanis 21 March, 2013
walaweh
nampak sedap
menggugat perut betul la macam nih
hahaha
Korn Ahmad Korn Ahmad 21 March, 2013
ko promote ke burger ni.. kalu aku x tau jalan sane, n naik lrt, cmeana aku nk sampai sane?
miss yatie miss yatie 21 March, 2013
mahalnya bugger, tak pe lah KY order bugger ramli je heheee
AnonymousAnonymous 21 March, 2013
burger bakar kalau kena gaya mmg sedap!
AtieYusof AtieYusof 21 March, 2013
Sedapnya Burger Bakar..
tak pernah makan lagi.. takde jumpa lagi di Lahad Datu ni..huhu:(
Unknown Unknown 21 March, 2013
Sejak dua menjak ni ramai betul cerita pasal burger bakar ni..tetiba teringin nak rasa sebab pernah rasa yg berdekatan rumah tapi rasanya tidak menepati..
Unknown Unknown 21 March, 2013
oh kat Meru ke, 15 minit jer dari rumah den...okeh nanti gua singgah...
4feet8 4feet8 21 March, 2013
oh, ingatkan dia bakar atas api berarang tu..
KiD KiD 21 March, 2013
wallaaaargghhhh... siap ada cheese.. meleleh siut!!
Ummi Hanie Ummi Hanie 21 March, 2013
rezeki dpt makan free ye

hahaha.. klako betul ayat perenggan kedua tu :p


ni boni, maaf tegur sikit, sy perasan link ComLuv Boni tak berapa cantiklah... dia keluar link "feedproxy.google.com...." gitu...

nnti Boni leh wat setting kat feedburner. itu hari sy ada baca tentang link cantik x cantik ni, ada effect juga utk beberapa perkara katanya
Unknown Unknown 21 March, 2013
kurang suka burger sebab burger ada sos..heheh
PCL PCL 21 March, 2013
peminat burger...aku tak redah lagi kawasan Klang tuh, insyaAllah kalau ada masa sampai lah ...
amirini amirini 21 March, 2013
waahh sodapnya... harga pun berpatutan...
boleh la AmiRini pergi..
dekat gak ngan rumah tu..
p/s: bila en boni nak bawak AmiRini makan ni
Unknown Unknown 21 March, 2013
perghhhhhhhhhhhhhhhhhh sedappp tu! kenapa jauh sgt, kalau penang sebelah klang, hari2 p makan..bhahhaha :D
fairus fairus 21 March, 2013
BURGER BAKAR KAMPUNG?? ISK.. ISK.. ISK.. TERGAMAK SUNGGUH SI BURGER MEMBAKAR KAMPUNGNYA.. :P
Unknown Unknown 21 March, 2013
2 kali singgah...2 kali sedap sedap sedap!!!!!!!!!!!!!!!!!
Anisa Anuar Anisa Anuar 21 March, 2013
belanje 1 burger!!! lebih pun tak pe...hhehee
Unknown Unknown 21 March, 2013
erk semata2 bege

jauh jalan

btw mmg die masak situ eh ingatkan gril2 dgg bege tu hee
cci cci 21 March, 2013
fuh terus ter;iur nengok..ngee
Luqman Zakaria Luqman Zakaria 21 March, 2013
klang la pulak..sobs...sobss..
Bobo Bobo 21 March, 2013
mesti try ni! burger bakar mcm ni lg puas hati dr McD..hehe
Denaihati Denaihati 21 March, 2013
kalau dekat dah lama sampai ni, bikin terliur lah.
Bunda_nora Bunda_nora 22 March, 2013
abang jual burger tu pun comel...hari2 makan burger..hehe..
hazwan hairy hazwan hairy 22 March, 2013
jauhnya aih nk g sna..nmpk sedappp!! lapo weh..haha
Sayidah Nafisah Ruslan Sayidah Nafisah Ruslan 22 March, 2013
nanti kalau saya sampai sana, pasti saya akan mencuba :)
::EIDA:: ::EIDA:: 22 March, 2013
jauhnya nak pergi saneeee. suh die bukak branch kat kl ni. kuangkuangkaungggg
Unknown Unknown 22 March, 2013
Boni nanti belanje Nurul makan ni k..
Hazmin Hamudin Hazmin Hamudin 22 March, 2013
Tengok harga dah berpatutan untuk burger bakar. Tapi apasal bakar atas tu. Macam failed je.
Si Matatajam Si Matatajam 23 March, 2013
Femes betoi la beger bakaq la ni...
muja muja 23 March, 2013
gambar last tu buat kita kecut perut kalau tak pergi,, hahaa
Lady ★ Hanna Lady ★ Hanna 23 March, 2013
boley try usha nie. mana tahu menyempat ;)
akubiomed akubiomed 24 March, 2013
Ada delivery servis anto ke Rawang? :-)
E-sihat.com E-sihat.com 25 March, 2013
looks yummy..
will come to try and taste it during my cheat day.
Diari Si Froggie Diari Si Froggie 25 March, 2013
Wasalam.. Ayoyo.. sedapnya lapar perut dah lah memang febret dengan beger nie. slurpppp.. Maju perniagaan org melayu maju!! :)
Admin Admin 25 March, 2013
Selalu dengar tentang burger bakar ni,
tapi sampau sekarang belum cuba makan. Huhu..
Admin Admin 25 March, 2013
Selalu dengar tentang burger bakar ni,
tapi sampau sekarang belum cuba makan. Huhu..
Jefry Jefry 26 March, 2013
burger salah satu makanan siap saji kesukaan saya, jadi pengen makan burger nie..
hazman aka species1980 hazman aka species1980 26 March, 2013
rugi betul la tak dapat join....sebab time nie gua kat pulau redang....hahahahaha
Cik Fie Cik Fie 26 April, 2013
sedapnya burger tu . :)