Cerita Lawak : Awek Kaunter Membuat Aku Cair (Part 2)

Episod lepas klik --> AWEK KAUNTER MEMBUAT AKU CAIR

Selena Gomez
Gambar sekadar hiasan dalaman semata-mata. Siyes. Aku tak tipu

Sesampainya di hadapan sebuah premis, aku mengambil keputusan untuk park motor di sebelah tong sampah. Memudahkan urusan aku untuk membelit tali rafia untuk mengikat motor aku. Al-maklumlah. Kes kecurian motor sekarang makin berleluasa. 

Sedang asyik aku mengikat motor, secara tiba-tiba aku disapa oleh seorang mamat yang tak berapa nak kacak jika dibandingkan dengan aku.

" Bro, pejabat pos kat mana ye?",soal mamat tersebut. Kelihatan peluh bersepah-sepah di dahi beliau. Bau tengik badan beliau juga jelas kebauan.

" Oh! Pejabat pos. Bro keluar balik simpang masuk ni, bro belok ke kanan. Pastu straight je. Jangan belok-belok. Sampai je kat bulatan, ambik pukul 6. Pastu straight je lagi. Sampai lah jumpa traffic light. Kat traffic light tu nanti, bro belok ke kanan. And then bro terus je lebih kurang 30km. Agak-agak rasa macam dah 30km je, bro jeling kanan. Pejabat pos belah kanan.",ujar aku bersungguh-sungguh sampaikan tangan aku bersilang-silang dan terbelit-belit kerana menunjuk arah jalan.

" Oh!! Terima kasih bro!! Jasamu amatku kenang!",balas mamat tersebut sambil memecut motorsikalnya.

Anak mata aku melirik mengikut kelibat mamat tersebut yang semakin lama semakin menjauhi aku.

" Apa punya buta daa!! Punyalah besar terpampang pejabat pos depan mata ni, tu pun tak nampak?!! Pelik betul manusia ni!!",bisik hati aku sambil melangkah menuju ke arah pejabat pos yang berada di hadapan aku.


Sejurus memasuki premis berkenaan, mata aku tertumpu kepada seorang awek yang berada di kaunter. Aku terkaku diam seribu bahasa. Segala metabolisma dalam tubuh aku terhenti secara tiba-tiba hinggakan kaki aku menggeletek secara tiba-tiba. Makin lama makin kuat dan padu. Pergh!! Itulah penangan aura awek tersebut. Memang terbaik!! Tangan aku pula automatik membetul-betulkan jambul di kepala. Jelingan matanya pun dah cukup buat aku berkhayal yang bukan-bukan. Dalam khayalan tu, aku sedang berdiri kat atas pokok sambil bermain dengan bulu beruang dan bermain trompet. Manakala awek tersebut pula sedang berenang-renang di dalam longkang. Macam biasa, setiap adegan dalam entri ni tak lengkap jika tiada muzik latar. Lagu yang berkumandang masa tu pula adalah lagu di bawah. Sila klik play untuk mendengar alunan lagu tersebut.


BERSAMBUNG..

Aku nak sambung lagi boleh? Hahaha. Aku nak pendek-pendekkan entri aku sebenarnya. Harap korang tak marah. Heh heh. Jadi, ikuti sambungannya di episod akan datang. 

BONUS FOR TODAY

Blog review untuk bulan ni. 


Jom terjah ramai-ramai blog beliau. Blog beliau sempoi dan sentiasa berjaya membuat aku lapar. Hahahaha. KLIK --> YM <--

InsyaAllah setiap bulan aku akan pilih blog untuk direview. Kalau tiba-tiba datang sawan aku, mungkin jugak seminggu sekali aku buat blog review. Hahaha. Jangan risau. Giliran anda pasti selepas ni.


{ 41 comments.. read them below or add one }

Zaza Iman Zaza Iman 05 April, 2012
addeehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...bonnaaaaaaaaaa...tgk syok2 dia boleh sambung lg.....huhu.. =)sabar2..
Yana Halim Yana Halim 05 April, 2012
sila letak episod. senang mokcik nak refer balik. hehe
Liselle MonCherie Liselle MonCherie 05 April, 2012
Aiseyman! Sambung lagi...mcm2 la XD
AnonymousAnonymous 05 April, 2012
hahah malang sungguh tanya salah org kat mana pjbat pos.hahah
Faiz Shafie Faiz Shafie 05 April, 2012
hahaha tengok video sanggam tuh je. sape soh letak? tengok jadi tak habes bacaaa :p

nak direview je. hahaha ;p
SuparMan SuaRez SuparMan SuaRez 05 April, 2012
Nak Lajukan Putaran Jam...Xsabar Menanti sambunga cerita itu..Nice Keep it upp broo...Huhuhu
Shafiq Shafiq 05 April, 2012
Boleh Tulis Novel..hahaha
eila eila 05 April, 2012
sila sambung dengan kadar segera suka2....
Korn Ahmad Korn Ahmad 05 April, 2012
Apesal bersmbung plak.... Ni yg aku x puas ati ni... Haishhh... Xbleh blah bila kat bulatan amik kul 6.. Hahahahahaahahaahahahahaha
D D 05 April, 2012
betul2 macam sanggam punye cakap belit belittt bagi arah.
puihhh
msredcheesecake msredcheesecake 06 April, 2012
Hadoai.... Ada plak ep 3 nya... Harus aku babab budak ni....

Awek cun tu pakai tudung ke free hair?
NAL NAL 06 April, 2012
suka buat sambungan..adoi, potong la..
Naziman Naziman 06 April, 2012
gantung lagi..hahaha
حاني رملي حاني رملي 06 April, 2012
harharhar kesian mamat yg cari pjbat pos tu..ntah kemana la arah tuju dia pas awak bg arah tu..hahah

Erk smbung lagi~ Ok >,<
AnonymousAnonymous 06 April, 2012
hahahahaha kesian mamat tu.. punya lurus ikut je..
Unknown Unknown 06 April, 2012
sian mamat tu awak kelentong....hehe
fae jamal fae jamal 06 April, 2012
alaaa...ade smbg lagi ke?sian mamat tu hidup2 kena tipu..hehe..cpt2 update xsaba dah ni..;)
PCL PCL 06 April, 2012
naya betul mamat tuh..tanya pd salah orang memang kena arr..keh 28x.
Ayu Ayu 06 April, 2012
ko memang suka sambung2 kan,Boni???hahaha....
YM telah berjaya membuat ko lapar???hahaha....mahaaappp yer, engakk disengajakan deh!ekekeke
Sarah Mnasir Sarah Mnasir 06 April, 2012
ala.. bersmbung lagi. berenang lam longkang tak tahan tuu.. haha
Hirdayu Rahmat Hirdayu Rahmat 06 April, 2012
eee ! sambung la cepattt !!!\

saje buat orag tertunggu tunggu ^^
Mr.She Mr.She 06 April, 2012
mamat tu mamat tuu.. dia ikut ke direction tu? HAHA
teha teha 06 April, 2012
rajin betol kau tulis cite berepisod kan :) hehe
Lea Isnawi Lea Isnawi 06 April, 2012
mamat tu rabung ke xnampak pejabat pos tu
Ezad Skytech Ezad Skytech 06 April, 2012
haha...barangkali pejabat pos tu tak besar sgt kot...tu yg tak perasan...haha~
AnonymousAnonymous 06 April, 2012
nasib tgk lambat..xyah tunggu sambungan hahaha...
macam2 la boboi ni..
Putry Putry 06 April, 2012
adeh baca entry ni cm nak makan semut cicah coklat jep.. nape perlu sambung nape nape? oh tidakkkkk.... hikikhikhik
Unknown Unknown 06 April, 2012
huhuk siap upload lagu hindustan classic lagi..hehe

rasanya mamat tu terlalu gementar mencari pos office smpai tak nampak yang terpapar sebesar2 tu..lol
Crazy Dolphin Crazy Dolphin 06 April, 2012
jahat gila menipu orang!

tak baik tau kawan :p

kesian kat dia tauuuuuu T___T

awek tu sape wehh?CEPATLAH SAMBUNGGGG!
Jena Jena 06 April, 2012
Xbaik tipu. Neh ajar org menipu neh. Huhu..
Unknown Unknown 06 April, 2012
Alaaaaa... tgh syok2 mendalami.. kena sambung lagi.. next pleaseeee... ;)
Noor Fatin Noor Fatin 06 April, 2012
aishhh bersambung lagi. wawawawawa nak tau sgt apa endingnya! :P
Woofer Storm Woofer Storm 07 April, 2012
boleh buat novel mcm ni..ehhehee
Hirdayu Rahmat Hirdayu Rahmat 07 April, 2012
halorhh... belum sambung lagiiii ^__^
Aida Tamrim Aida Tamrim 07 April, 2012
Assalammualaikum ...

Terbaeekkkk punya cara nak tunjuk jalan. Agak2 lepas pusing2 bila bro tu perasan dia telah diperdaya, apakah perasaan dia ek? Thehehehee ..
suzie rahman suzie rahman 07 April, 2012
amboi melampau-lampau. sambung lagi.. rs nk sekeh je ni.
Unknown Unknown 08 April, 2012
tahniah bro,aku rasa ko dh ada bkat buat novel lh...hihi
CikTeddyCorner CikTeddyCorner 08 April, 2012
adoi lawak la abg boni ni..ade ke brenang dlm longkang?ngee..ayat hiperbola + metafora..like3!
sastera komedi =D
smbung jgn x smbung =D
si kiut lavender si kiut lavender 09 April, 2012
hadoi...byk pulak kesinambungan dia...huhuhuhu
Nurrul Hazieqah Nurrul Hazieqah 21 May, 2012
dah macam drama bersiri dah jadinya....

tertanya-tanya den... :>