Cerita Lawak : Terbogel Ketika Menghantar Gas

Zaman sekarang ni segala-galanya serba canggih. Sampaikan segala-galanya hanya di hujung jari. Nak apa pun, cuma dail nombor telefon ataupun online. Kalau gas habis, cuma dail dan tak lama kemudian, akan sampailah lori penghantar gas. Tak macam zaman dulu. Dulu aku sampai terbabas dalam semak gara-gara tanggung gas atas motor. Siap kena gelak dengan awek-awek yang kebetulan tengah main sorok-sorok dalam semak tu lagi. Begitu modennya zaman sekarang ni dan melahirkan sebegitu ramai manusia yang pemalas termasuklah aku sendiri. 

Minggu lepas gas rumah habis. Aku pun mendail nombor untuk menyuruh mereka menghantar gas. Punyalah efisien. Tak sampai 10 minit dah bertempek penghantar gas tu depan rumah. Tak sempat aku nak salam, beliau terus melompat berpusing-pusing di udara dalam rumah aku. Pergh! Gila hebat. Siap berpusing melepasi set sofa rumah aku. Ingatkan dah habis aksi hebat beliau. Rupanya sampai ke dapur beliau lompat berpusing-pusing di udara. Yang menghairankan aku, beliau boleh tinggal tong gas di depan pintu. Rasa macam nak lempang laju-laju je. Aku jugak yang terpaksa mengerah kudrat jantan aku untuk memikul tong gas tersebut hingga ke dapur. Manakala beliau hanya berdiri terpacak dan membuat isyarat peace. Konon bergaya lah tu. Nak je aku lempang sampai tercabut usus belah kiri beliau. 

Selepas siap memasang segala-galanya, penghantar gas terbabit memulakan semula aksi-aksi lompatan berpusingnya di udara. Begitu laju beliau menuju ke hadapan. Penat aku mengejar daripada belakang. Hinggalah beliau mengalami satu insiden yang memalukan. Sedang asyik dan hebat beliau berpusing-pusing ke udara, secara tiba-tiba seluar beliau tersangkut di kipas syiling yang sedang berputar. Seluar beliau terkoyak. Dan secara tiba-tiba beliau terbogel tanpa sehelai benang pun. 

Gambar sekadar hiasan. Korang tengok! Ada lesung pipit kat dada dia ni.


Mungkin kerana malu, beliau terus berpusing-pusing ke udara sehinggalah ke dalam lori beliau tanpa meminta apa-apa bayaran daripada aku. Aku kaget. Aku hanya mampu melihat lori tersebut berlalu meninggalkan aku. Macam ni pun ada?

-tammat-


BONUS FOR TODAY

Kalau korang nak shopping online, nak tengok beraneka jenis tudung, korang leh terjah 
-->AREEZA SHOP<--. Tauke kedai ni adalah salah seorang sifu aku dalam arena blogger ni. Selain daripada tudung, beliau juga ada menjual kasut, beg tangan, dan bermacam-macam lagi. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, sila tanya pada beliau. Silakan terjah reramai ye. Untuk membuat korang rasa grrrr , aku  akan tunjuk sikit tudung-tudung tersebut.





Tunggu lagi? Sila terjah. Manalah tau nak buat hadiah untuk ibu, adik, kakak, awek, bini atau abang korang. Aik. Abang? Hahaha. Ok, sila terjah untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

P/S : cerita penghantar gas tersebut adalah cerita rekaan otak sewel sang penulis semata-mata. Hahahaha





{ 35 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous 13 April, 2012
Ahahahahah. Siottt!! citer ni lebih lawak bile dah tengok iklan gas kat tb tuh. Wakakakak. Terbayang jer muke brader dalam iklan tersebut. Aksi persis parkour tapi dalam rumah jer ponn. Hahah.
xD
NAL NAL 13 April, 2012
hahaha.memang byk betul la idea..syabas atas penceritaan yang dasat2..
eila eila 13 April, 2012
kat dada ada lesung pipit ker hakhakhak...
Mr.She Mr.She 13 April, 2012
amende? fantasi lebih ni.. haha :P
Ayu Ayu 13 April, 2012
YM tahu dah, mesti Boni tengah tak bape nak lurus skg nih, tu yg reka citer nih kan?kan?kan?hahahaha! Boni...Boni...nak je YM tarik tinge tu ngan Plier!:D
Geng Borak Geng Borak 13 April, 2012
adakah boni seorang penghantar gas tersebut??
Yana Halim Yana Halim 14 April, 2012
Adakah penghantar gas itu sorang gay smpi begitu bersungguh dia buat show depan Boni? hahaha...
Raden Raden 14 April, 2012
kuajo gak entry nie. gua bace smpai habis kot. grr
Aida Tamrim Aida Tamrim 14 April, 2012
Assalammualaikum ...

Fuyooooo dasat tuh brader yg anto tong gas ... Siap leh pusing2 kat udara lg ... Cam citer kugfu hongkong jek .. Terer sgt sampai terbogel ... Wakakakakaka
SuparMan SuaRez SuparMan SuaRez 14 April, 2012
Hahaha,,,
Alahai...boleh plak tersangkut..Hahaha
Noor Fatin Noor Fatin 14 April, 2012
aduhai. rugi weh kalau ari2 penghantar gas berbogel. hahahaha yela dah xmintak bayaran kan :P
Mr. Doctor Mr. Doctor 14 April, 2012
kalau camni nak sengaja londehkan sluar penghantar gas yang dtg umah.. dpt gas free :)
Crazy Dolphin Crazy Dolphin 14 April, 2012
sengal!


sampaikan salam simpati saya kepada penghantar gas tersebut :p


ada hikmah tu dia setakat tinggalkan gas kat pintu,

tengok-tengok kau dapat free gas kan? :D hahahaha

tudung bawal?saya tak reti pakai tudung bawal lah kawan T_T
Zul fattah Zul fattah 14 April, 2012
haha.. malu besar org tu.. huhu
Sarah Mnasir Sarah Mnasir 14 April, 2012
bole jdik penulis yg bjaya ni.. byk tol idea reka cite.. haha
Muhamad Azam Muhamad Azam 14 April, 2012
sengal.. cian penghantar gas tuh hahaha
MrPingu Gonzalesz MrPingu Gonzalesz 14 April, 2012
ko biar betul? hahaha aku asyik duk imagine je camne la dia terbang2 tuh hahaa
madammondoq madammondoq 14 April, 2012
auw!!!! body sapa u tempek tu wei!!! haha...
Ezad Skytech Ezad Skytech 15 April, 2012
haha...mmg terus boleh bayangkan la dari penceritaan dlm entri ni boni..kah3~
حاني رملي حاني رملي 15 April, 2012
hahaha aiyOo~ gelinya..body sapa tuh..wakakaka abg ketak2..keh2
Unknown Unknown 15 April, 2012
haha,mcm mna lah dia boleh lompat smpai ke kipas pon aku x tau..haha,lawa lesung pipit laki tu..hahahaa
D D 15 April, 2012
mendeeee golek golek bagai hantau gasss,
sahh sahhh imiginasi terlampau tinggi.
haha.
seeeeeeeeeeeeeee seeee ' p/s: '
wa tak pernah silap kerna tdk percaya sama sekali cerita neh.

hihihihihihih(gelak sopan)
teha teha 15 April, 2012
tidakk ! mesti 'beliau' malu kan.. hahahhaa !
tirahzairi tirahzairi 15 April, 2012
saya bawah umo....hahhahaa
Unknown Unknown 15 April, 2012
Hahaha tinggi sungguh imaginasi boni... :-)
fae jamal fae jamal 16 April, 2012
alamak! tersangkut pulak!
malu3..tak pasal2 terbogel..hahahaha;p
janji dpt free kan!:D

p/s : thx a lot ya boni coz sempat promotekan biz on9 fae ni..terima kasih sgt2..;)
ceklala ceklala 16 April, 2012
ingat promote gf td hehe
CikTeddyCorner CikTeddyCorner 16 April, 2012
k fine,nasib baik rekaan.haha
parah betol otak abg boni ni :P
Nurrul Hazieqah Nurrul Hazieqah 21 May, 2012
hahaaa... untung tak pyh bayor duit gas :P
Tho Ha Tho Ha 30 May, 2012
Baguslah kalau dapat tong gas cepat. Ni pengalaman aku. Pergi ke Kedai Runcit order tong gas, minta dia hantar ke rumah. Tak dtg2. Esoknya Telefon lagi .. Ye Ye, Kami Akan hantar. Tak sampai2 juga tong gas. Dua hari lepas tu pergi ke kedai : Lps tu dekat maghrib barulah sampai. Adoyai !! Apalah nasib badan. Mmg selalu macam tu. Beli dua tong gas utk kesenangan. Tuan Punya Kedai siap ckp : gas yg satu lagi ada lagi kan. "Mmg le ada ... buatnya pukul 4 pagi gas habis .. mau awak hantar ?". Suatu hari sy ke kampung seberang terpandang org perempuan selamba je bawak gas naik motor. Sejak itu tak perlu tunggu orang hantar gas. Sy ambil sendiri dgn motor.
Mr.PiNGu Mr.PiNGu 12 July, 2012
nak jugak aku org gas tu hantar gas kat umah aku gak.. xkisah la aksi2 dia tu janji dia xmintak bayaran free of charge hahaa
Unknown Unknown 18 February, 2017
Kalau Ingin Membuat Website Atau Desain Kunjungi Link Kami http://www.mastertindo.com