Ini Malaysia Ke??

Tadi aku ke Plaza Imbi. Mula-mula ke Low Yatt sebab cari barang-barang keperluan pejabat. Dekat Low Yatt tu lah terjadinya kejadian menakutkan dalam tandas awam. Ada aku ceritakan kat Facebook aku. Nak tau pergi add --> Boni Kacak

plaza imbi, malaysia, imbi plaza
Credit
Aku ke Plaza Imbi pun sebab Power Supply CPU yang aku nak beli tak ada. Terpaksa hantar Repair kat Plaza Imbi. Jejakkan kaki ke dalam Plaza Imbi tu, aku dengan dua orang Officemate aku terus tergamam. What the Fishball! Aku tak nampak pun kelibat tauke-tauke Melayu kat sana. Tauke cina pun berapa kerat je. Yang ramai dan memenuhi setiap pelusuk Plaza Imbi tu adalah peniaga dari Pakistan atau Bangladesh. Aku konpius antara dua warganegara ni. Tapi memang ternyata dorang je yang penuh kat Plaza Imbi tu. 

Suatu ketika dulu masa Low Yatt belum bukak, aku masih ingat kat sana penuh dengan peniaga-peniaga dan tauke warga tempatan. Tapi sekarang ni.... Aku pun dah konpius aku kat Malaysia ke kat mana. Aku tak pasti apa sebab musababnya jadi macam tu. 

Ok, baiklah. Dalam tempoh masa 5 tahun lagi, aku tak pasti siapa yang akan penuh kat Kuala Lumpur ni. Empayar Bangladesh, Pakistan dengan Arab dah semakin besar dan meluas kat Kuala Lumpur ni. Pakistan dah semakin banyak buat hotel kat Kuala Lumpur. Entah apa yang akan tinggal kat warga negara Malaysia satu hari nanti. Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu kena bangkit dan kukuhkan ekonomi Malaysia balik. Jangan biarkan orang luar bina kekayaan kat negara kita sendiri sedangkan rakyat tempatan masih ketinggalan...

plaza imbi, malaysia, imbi plaza
Credit
" Kasi bikin elok-elok ini Power Supply. Ini Limited Edition punya. Kalau tak elok, saya cucuk Power Supply ni dalam U punya lobang hidung. Lepas tu saya kasi on suis elektrik. Kasi tengok betul-betul muka saya yang kacak ni. Saya ni garang orangnya. Saya benar-benar maksudkannya. Jangan main-main haa.",getus aku kepada peniaga Pakistan tersebut.... tapi..dalam hati je. Hahaha. 

*Entri ni bukan bertujuan untuk menimbulkan kebencian kepada mereka. Jangan sesekali. Mereka juga adalah manusia. Cuma aku ingin menyeru supaya rakyat tempatan terutamanya orang Melayu supaya bangkit untuk memegang ekonomi Malaysia ni. Kita dah jauh ketinggalan. 


{ 21 comments.. read them below or add one }

Anisa Anuar Anisa Anuar 26 February, 2014
pernah rasa mcm ni...bila naik LRT..lgsg tak dgr bahasa Melayu, Cina atau India...if you know what I mean
Unknown Unknown 26 February, 2014
Betol..dan seniasa kena sokong bisnes org melayu..jgn cemburu je lebih..sama2 membantu
Aenoyou Aenoyou 26 February, 2014
memang menakutkan kalau jalan2 sorang terutamanya kaum Hawa
Unknown Unknown 26 February, 2014
x taunak ckp apa pasal masa depan malaysia....pemimpin yg memimpian sepatutnya bertanggungjawab atas perkara ini..
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah 27 February, 2014
Betul tu BK. Jika naik kenderran awam pun terasa. nak tgok orang kita memang rasa susah. yang ada orang luuar semuanya.
OhPanduan OhPanduan 27 February, 2014
mugkin orang kita jadi bos semuanya..huhu.
Unknown Unknown 27 February, 2014
Kadang-kadang,tauke mengupah mereka bekerja disini.maklumlah dah jadi tauke besar.tak tahulah kalau ianya adalah perniagaan mereka sendiri.

Tapi untuk peniaga melayu memang sakit nak menapak kerana kekurangan modal.dunia sekarang ni dunia suap-suap.sebab tu mereka senang-senang memulakan perniagaan disini.
THE AUTHOR THE AUTHOR 27 February, 2014
Yalah.....
Sekarang ni dia org makin leluasa berniaga...
Atau byk rakyat Malaysia yg Ali Baba bisnis mereka. Salah kita jugak.
Aqumad Aqumad 27 February, 2014
jual topup pun ok bro.. cam kawan aku sorang tu bisnes topup dah kaya dia skrang nih.. aku je yg tak kaya kaya haha..
Unknown Unknown 27 February, 2014
itulah...orang luar berpusu2 buat duit kat Malaysia ni..kita harapkan makan gaji je...tp betullah...banyak tempat dh jadi macam negara asal diorang dah...Oh Malaysiaku...
mayangbakingmadness mayangbakingmadness 27 February, 2014
rasa salah org kita juga yg bg sewa kat bangsa asing... jgn kata jln imbi.. kalau gi chow kit tu pun dah rasa cam little indon dah... seram gak....
Blog Santai Blog Santai 27 February, 2014
Itulah salah satu cabaran rakyat malaysia sekarang ni Boni..kita tak boleh salahkan dia orang coz ramai yang bagi peluang tu kat dia orang. sapa lagi kalau tak our good Malaysian Friends..sama je macam kes chow kit dan a few places lagi..semuanya dikuasai oleh bagsa asing coz ramai yang nak duit senang. Tunggu kom masuk setiap buan..tak perlu susah-suah kerja..Dan kita tak haira kalau one day even Malaysian jadi kaum minority kat KL..
♥ Nana BamBam ♥ ♥ Nana BamBam ♥ 27 February, 2014
sebabnya mereka rajin dakam membuat sesuatu pekerja demi duit.

segelintir orang malaysia malas buat kerja dan suka minta cuti jee... :D
♥ Nana BamBam ♥ ♥ Nana BamBam ♥ 27 February, 2014
sebabnya mereka rajin dakam membuat sesuatu pekerja demi duit.

segelintir orang malaysia malas buat kerja dan suka minta cuti jee... :D
hazman fadzil hazman fadzil 27 February, 2014
sama gak kat petaling street ada tempat awal bangla/nepal jadi salesman barang-barang
Fiza Rahman Fiza Rahman 27 February, 2014
Scarylah. Mereke² macam dah menguasai perniagaan kat msia nih. Tgk jer lah kat Petaling street & jalan silang tu.
Zam Zam 27 February, 2014
bangsa lain yg ambil peluang tu, bkn kita
Torascool Torascool 01 March, 2014
salam kenal dan follow
torascool(dot)blogspot(dot)com
Unknown Unknown 02 March, 2014
betol2.. pasal tu, kalau sy mbeli, slalu beli kt kedai yg org tmpatan jaga
cik tom cik tom 03 March, 2014
bangsa asing rajin amik pluang..orang melayu byk malas..entah la..susah nak ckp byk..
Myra Jay Myra Jay 04 March, 2014
Ayuhhh bangkitlah..
kat Penang pun sama gak siap ada nama pasar kemboja.. peniaga smua dari sana.. yg membeli kita org melayu..