Perlu Ke Perhimpunan Agung Umno Setiap Tahun?

Aku sebenarnya memang malas nak masuk campur dalam kisah-kisah politik ni. Sebab apa? Sebab sikit pun tak bagi apa-apa faedah kat aku. Setiap hari kena hadap jugak GST, setiap hari kena isi jugak minyak, setiap hari kena jugak hadap segala cukai yang ada. Tak ada beza jugak kalau aku beriya-iya nak ambik tau pasal politik ni.

Cuma disebabkan dah hadap News Feed Facebook yang asyik keluar video-video perhimpunan Agung tu, aku tertekan. Bila aku dah tertekan, aku terpaksa hadap video tu. Tertekan tau. Maksud aku terPLAY. Tapi ada jugak tertekan sebenarnya.

Apa yang aku tengok banyaknya tak habis-habis membodek, tak habis-habis melaungkan seolah-olah, Äku lah yang terbaik! Akulah yang terhebat! Akulah yang termaksum!"

Bila ada suara-suara lantang menegur pemimpin, semuanya macam lalu bagaikan angin sepoi-sepoi bahasa. Apa guna buat perhimpunan kalau cenggini?

Setiap tahun aku rasa benda yang sama je. Tapi apa jadi lepas tu?? Aku tengok tak ada beza pun. Rakyat terus tertindas. Rakyat terus dihimpit macam-macam jenis cukai.

Jadi, bila dah aku tengok benda yang sama je jadi, aku tak rasa ada FAEDAH langsung perhimpunan UMNO setiap tahun ni. No Point buat perhimpunan UMNO ni kalau tak ada apa-apa perubahan yang baik untuk rakyat. Kalau nak berdebat, debat je lah kat Parlimen tu.

In The End, membazir duit rakyat lagi. Tau lah. Bila dah ada perhimpunan tu, dah tentu ada makan-makan. Dah tentu bil air bil elektrik melambung-lambung. Tu nanti nak bayar tu, duit para menteri ke? Aku tak rasa macam tu. Aku rasa duit rakyat jugak yang digunakan untuk bayo tu bayo ni.

Aku dan mungkin jugak segelintir rakyat Malaysia dah makin muak dengan permainan politik ni. Apa yang kitorang tengah hadap sekarang ni? Tapi macam tak dipedulikan langsung. Cuba korang hidup dengan jumlah duit rm2000 sebulan. Tengok korang menggigil atau tak untuk hadap kehidupan korang tu.

Pendapat peribadi aku.. Aku rasa kalau setakat perhimpunan Agung Umno ni macam sembang kedai kopi, elok tak yah buat dah. Bazir duit rakyat je.

perhimpunan agung umno 2015, pau 2015, Rakyat makin tersepit, depa sibuk dok jaga poket dengan pangkat sendiri. Janganlah nak main isu melayu. Orang melayu memerintah pun rakyat semakin tertekan dan tersepit. 

3 comments.. read them below or add one

ajax85 ajax85 12 December, 2015
tahu xpe..yg sedap orang kutuk timbalan umno..hehehehe
ajax85 ajax85 12 December, 2015
tahu xpe..yg sedap orang kutuk timbalan umno..hehehehe
AnonymousAnonymous 14 December, 2015
tak perlu pun. fake semua