ASSALAMUALAIKUM semua.Ape cer?Dah makan dah?Aku dah tiga hari berturut-turut makan roti arab je time lunch.Semua gara-gara aku tak sanggup nak melihat perut aku semakin berani mara lebih jauh ke hadapan.Agak-agak kalau setahun aku amalkan tabiatul ni,rasa-rasa korang berapa kg aku mampu turunkan?Aku dah try tanya bekas cikgu tuisyen twinkle-twinkle litle star wars yang mengajar aku matapelajaran vokal bukan sekadar perut,dia kata kemungkinan boleh turun dalam 10 Disember ni.Terpercik kelemumur aku tiba-tiba.Aku tersalah dengar atau dia tak faham soalan.Aku dah mula konpius dah dengan dia.Terus aku buat-buat tak kenal dia.
Hari ni aku sebenarnya dalam keadaan yang tak berapa nak ada mood.Bermacam-macam sebenarnya perkara yang berkejar-kejaran dalam kepala otak aku ni.Cinta?Bab cinta dah lepas lama dah.Aku bahgia dengan life aku biarpun masih single n available.Masuk hari ni dah setahun sebulan lebih aku hidup menyingle dan alhamdulillah aku mampu harungi perkara tu dengan penuh ketabahan walaupun pelbagai dugaan datang melanda tak henti-henti.Dan aku lebih bersyukur kerana aku tetap ada kawan-kawan yang masih menyokong,masih mempercayai,dan masih setia bersama aku.Itu yang menjadi kekuatan aku untuk terus meneruskan kehidupan aku yang penuh dengan taik lembu ni.Ramai tanya kenapa aku masih tak nak mencari pengganti lagi.Jawapan aku mudah je.Biarlah masa yang menentukannya.Lagipun,keadaan ekonomi a.k.a economoney aku sendiri masih tak stabil lagi.Kalau dah stabil,insyaAllah aku akan terus cari calon dan melangsungkan perkahwinan.Buat apa nak bercinta lama-lama.Bercinta lama-lama pun tak semestinya menjadi.
Tutup cerita pasal cintan cintun ni sebab aku ni ganas.Mana boleh cerita pasal cinta.Tergugat keganasan aku nanti.Nanti mula lah aku dikutuk dan diumpat oleh harimau,singa,beruang,buaya dan bermacam-macam lagi haiwan yang liar dan ganas termasuk sugar glaider.Silap-silap haribulan senang-senang je aku diterajangkan oleh budak umur 3 tahun.Aku tak sanggup biarkan perkara tu terjadi kerana sebagai seorang lelaki dewasa yang kacak,aku wajib digeruni oleh budak-budak bawah 5 tahun.Lagi-lagi budak dalam gambar bawah ni.Memang selalu aku bedil beliau menggunakan taik gigi aku.Ganas tak cara aku seksa budak-budak?
amacam?comel tak aku time baby2 dulu?
Jadi,setakat ni je lah pertemuan kita untuk entri kali ni.Ada tugasan yang harus aku selesaikan.Sebagai seorang mat despatch yang sangat disegani oleh bos-bos syarikat besar termasuklah syarikat Eng Kuey Tiow Malaysia Berhad,aku akan sentiasa pastikan kerja aku selesai dengan mantapnya.Bye bye bye.
*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share and twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.