MACAM NI LAH BOLA SEPAK!!OLIMPIK 2012 matlamat lepas ni.

Inilah bola sepak.Inilah yang kami semua mahukan.Tak sia-sia penantian aku selama ni.Akhirnya aku dihidangkan dengan aksi sebenar bola sepak.Tahniah Ong Kim Swee dan juga seluruh pemain bola sepak Malaysia yang telah berjaya merangkul pingat emas Sukan Sea yang ke 26.Semoga kejayaan ini akan berterusan semasa menentang Syria dalam pusingan kelayakan Olimpik malam nanti.Jika aksi cemerlang itu berterusan,InsyaAllah akan ada kejayaan.Jika tidak menang pun,aku tetap berpuas hati kerana korang semua mempamerkan corak bola sepak sebenar.Dah lama aku menanti corak permainan seperti ini dalam bola sepak Malaysia.Alhamdulillah penantian aku itu berbaloi.Namun,aku harap FAM akan terus membina dan melahirkan skuad-skuad pelapis yang sebagus mahupun lebih bagus daripada skuad sekarang ini kerana kita harus berjaya secara berterusan dan bukanlah secara bermusim.Kepada seluruh rakyat Malaysia,malam ni moh le kita beramai-ramai ke stadium Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada barisan wira-wira negara kita ini.Mungkin dengan sokongan padu kita sedikit sebanyak akan menghilangkan keletihan dan kepenatan mereka setelah melalui pelbagai kepayahan di Sukan Sea tempoh hari.



Dah dua hari aku tak menghupdate blog aku ni.Rasanya macam dua tahun.Terasa hidup aku dilanda kesedihan teramat.Macam putus cinta rasanya.Hahaha.Bukan apa.Terlalu banyak hal yang perlu aku selesaikan kebelakangan ni.Antaranya aku perlu memandikan sugar glaider jiran aku,memberi makan kepada ulat gonggok ternakan aku,menghalau keluarga lipas yang cuba menumpang di bilik tidur aku,table talk dengan cicak sebab aku terlastik sanak saudara mereka,dan macam-macam lagi lah yang dasyat-dasyat dan tahyul.

Jadi,tak banyak yang aku ingin kongsikan di sini apatah lagi menekan button share kat facebook tu.Cuma satu je seruan aku kepada seluruh rakyat Malaysia.Jom turun ramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberi sokongan padu kepada barisan Ong Kim Swee malam ni.Semoga mereka akan menang dan mengutip mata untuk memungkinkan mereka layak ke peringkat akhir Olimpik 2012 di London.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share and twitter tu ye.Bantuan korang semua amat diperlukan untuk kita memenuhkan lagi Stadium Nasional Bukit Jalil dan memberi sokongan padu kepada barisan perwira kita apabila menentang Syria malam ni.Jadi,tekanlah button share dan tweet tu k.

INGIN I-PHONE 4S?KLIK ----> SINI

--> Aku cukup teruja menonton perlawanan akhir Sukan Sea hari tu.Aku dapat melihat kualiti bola sepak Asia Tenggara sedikit meningkat daripada dulu.Harap-harap kualiti itu akan semakin meningkat dan membuka mata dunia kepada rantau kita ini.

1 comment... add one now

MrPingu Gonzalesz MrPingu Gonzalesz 23 November, 2011
rileks la baru 2 hari xupdate aku dh berminggu dh.. xde mood hahaa