Assalamualaikum semua.Malam tadi episod sedih berlaku depan mata aku.Meleleh-leleh air mata,air hingus beserta air ketuban aku sebab team Malaysia kalah 2-0 di tangan Syria dalam aksi kelayakan Olimpik London 2012.Tapi,tak apalah.Mungkin tiada rezeki dan juga kerana team Syria bermain lebih baik daripada Malaysia.Lagipun,aku tak pernah mengharapkan apa-apa dalam kelayakan Olimpik ini sebab team yang ada dalam Olimpik ni kebanyakannya adalah team-team yang berkelas dunia.Masuk pusingan kedua pun dah kira besar rahmat dah.Mungkin belum tiba masanya lagi team Malaysia mampu bersaing dengan team-team ini.Jadi,FAM perlu lebih usaha untuk mencari pelapis-pelapis yang mampu bersaing dengan team-team berkelas dunia.FAM telah pun membuktikan kredibiliti dan usahanya sehingga berjaya mewujudkan dan menubuhkan team Malaysia yang mampu menjelmakan kejayaan di peringkat Asia Tenggara.Bermula dengan team yang dikendalikan oleh Raja Gopal dan seterusnya diikuti oleh team yang yang dikendalikan oleh Ong Kim Swee.Jadi,FAM perlu bekerja lebih keras selepas ini untuk mewujudkan pula team yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan dunia.Saiz,ketinggian dan fizikal bukan penghalang kerana team Sepanyol telah membuktikannya.
Entah macam mana aku boleh teringat zaman aku sedang hebat di dalam sukan bola sepak ni.Setiap petang turun padang.Kalau tak dapat sepak bola rasa macam sebulan tak makan nasi tu.Aku teringat satu petang yang damai.Macam biasalah , dah siap-siap dengan but Adidas F50 warna biru,aku terus lari pecut sekuat hati menuju ke padang.
Dengan jelas aku dapat melihat ramai yang tengah main bola.Tanpa memberhentikan diri daripada larian pecut aku yang tersangat laju tu,aku terus merampas bola daripada kaki salah sorang budak kat tengah padang tu.Dengan selamber je aku menggelecek sampai 20 orang sekaligus sambil makan choki-choki.Bila sampai je ke dalam kotak penalti,aku terus melakukan satu rembatan yang gila kencangnya ibarat rembatan Roberto Carlos.Rembatan tu berjaya ditangkap oleh goalkeeper.Namun,disebabkan rembatan tu terlalu hebat dan kacak,goalkeeper tu tercampak ke dalam gol bersama bola di dalam pelukannya.Sambil menjerit-jerit kegembiraan,aku terus berlari mengelilingi padang untuk meraikan gol itu.Sedang dalam mod happy sambil berlari mengelilingi padang,secara tiba-tiba aku melihat tiang gol melayang ke arah aku.Tak sempat untuk aku mengelak,tiang gol tu terus terpacak kat kepala aku.
"Kau dah kenapa?!!Dengan budak-budak tadika pun kau nak tunjuk hebat ke?!!Padang ni untuk budak-budak!!Kau nak main,pergi main padang sana tu!!",teriak mak aku selepas berjaya membedil tiang gol tepat ke kepala aku.
Dengan wajah sugul,aku terus bergerak ke padang bersebelahan.Di padang itu,aku lebih banyak dibuli daripada menggelecek bola.
hEh Heh...
*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share and twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.
JOM KITA TENGOK KEHEBATAN TWISTIES SUPERSTAR.KLIK ---> TWISTIES
hEh Heh...
*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share and twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.
JOM KITA TENGOK KEHEBATAN TWISTIES SUPERSTAR.KLIK ---> TWISTIES